05 Januari 2017

"AKU", Hari Ini Dan Ketika ini

Assalamualaikum w.b.t (^_^)




DOA AGAR MENSYUKURI NIKMAT ALLAH
Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata:


 "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”
(Surah Al-Ahqaf:15)

Sangat merindui untuk pengupdate blog ini. Alhamdulillah hari ini aku masih lagi bernafas dan hari ini juga bertambah lagi umurku. Masih lagi bernyawa untuk berbuat baik kepada mama dan baba, adik-beradik, sahabat handai. Alhamdulillah infiniti kesyukuran ku lafazkan agar diri ini tidak alpa dengan segala nikmat pemberianNya buatku selama ini. =)

Dalam melayari kembara kehidupan seorang hamba telah banyak yang aku pelajari, kesenangan, ujian dan rintangan hidup. Dan ku tahu segalanya nikmat dan kesusahan hidup adalah peringatan dariNya buatku sebagai makhluk ciptaanNya. Aku yakin lagi percaya atas takdir perjalanan hidupku ini berjalan atas aturanNya. Moga sinar hidayahNya disinari dengan istiqamah dariku. Amin =)

Aku tahu masih banyak kekurangan dan kelemahan diri ini. Kita tidak pernah sempurna tapi kita perlulah berjalan menyusuri kesempurnaan. Aku juga bukanlah baik, tetapi aku cuba untuk menjadi baik. Kadang kala nafsu dalam diri membuatkan kita meronta-ronta kelemasan dan mahukan kebebasan tetapi aku sentiasa bermohon pada Allah agar menunjukkan jalan lurusNya buatku. Aku tidak pasti bagaimana pengakhiran aku kelak, bagaimana dan dimana. Aku bermohon agar aku ditetapkan iman selalu dan semoga pengakhiranku nanti dalam husnul khotimah. 

Jika berbicara soal kematian, sudah pasti, dalam ungkapan, aku masih belum bersedia. Tapi layakkah aku mempersoalkan kesediaan bagi kematian. Kematian itu pasti dan kita tidak tahu, yang kita perlu tahu apakah yang akan dibawa bertemu denganNya. ya memang menggerunkan dan menakutkan. Aku sentiasa ingin hari-hariku mengingatkan soal kematian kerana dengan mengingatinya tidak lalai dan sentiasa ingin berbuat kebaikan tapi siapalah aku hanya hambaNya yang lemah.Yang ku harapkan aku sentiasa istiqamah dalam kebaikan dan sentiasa dalam petunjukNya. Moga kesediaanku di isi dengan amal kebaikan InsyaAllah. Moga diri ini istiqamah selalu. Kuat, kuat dan kuat =) 

Ya, ini semua mungkin harapanku dalam doaku di hari ini dan pengharapanku ini hanya kepadaNya kerana Dialah tempat aku berharap dan tempat aku bergantung memohon. Syukur atas segalanya =). Mungkin orang akan kata apa-apa saja tapi bagiku Dialah penilaiku. Biarlah apa pun yang aku lakukan hanya keranaNya. Semoga aku sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusanku didunia ini. Mendapat kejayaan didunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin =)


:: Doaku dihari ini ::

"Sesungguhnya Tuhanku, tiada yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakiNya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang Maha Berkuasa menahan langit daripada jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya daripada kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus" (Riwayat Al-Baihaqi)

"Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka" (Surah Al-Baqarah:201)

Umur tidak menjamin apa-apa, 
yang penting kita tahu matlamat dan hala tuju kita
Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah Taala  InsyaAllah

melangkah "HIJRAH" di tahun 2017

Assalamualaikum Dan salam seharum syurga ALLAH..

Mengharapkan setiap sahabatku berada dalam keadaan sihat dan yang paling penting berada dalam rahmat dan Redha ALLAH.. Apa erti kehidupan andai kata, Allah tidak Redha dengan setiap perbuatan kita. Ayuh sahabat, kita mula meniti kembali hari semalam yang kita tinggalkan...Adakah kita masih berada @ memilih untuk berada di jalan yang jauh dari rahmat dan Redha ALLAH..??? Persoalan ini aku ajukan buat diri sendiri dan juga buat teman-teman semua.. Jika dahulu aku juga seperti kalian...Memilih jalan keseronokan dan juga jalan yang hanya memberi hiburan.. Sudah pasti jalan itu jauh dari redha ALLAH..

Mana mungkin ALLAH redha jika kita berada di jalan yang melupaiNYA,mana mungkin ALLAH redha jika kita asyik dengan keseronokan dunia.. Jika dahulu aku memilih untuk berada di jalan yang kelam dan penuh kegelapan,jika dahulu aku seronok untuk bersorak bersama kawan-kawan, jika dahulu aku tidak kisah untuk mendedahkan aurat, jika dahulu aku jauh dari rumah ALLAH, dan jika dahulu aku amat suka berhibur.. Namun itu tidak bermakna aku akan terus di jalan itu.. aku sedikit pun tidak malu untuk menyatakan siapa aku satu ketika dahulu.. Tapi itu semua dulu.. Manusia mampu berubah, kerana hati kita milik ALLAH. Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh mencampakkn hidayahNYA di hati kita, namun semua terserah kepada kita.. Kita ingin sambut hidayah itu atau kita ingin biarkan ia berlalu begitu sahaja..Semua bergantung kepada Kita..


Saat akal mula memikirkan bahawa diri ini terlalu berharga,saat hati mula di sentuh dengan roh hidayah dan saat itu juga diri mula rasa ingin berhijrah. Bermulalah langkah Hijrah ku atur di dalam perjalanan dakwah ku ini,. ada yang perasan akan perubahanku dan ada juga kawan-kawan yg sudah tidak rapat dengan ku lantaran ku memilih untuk berada di jalan dakwah. Aku bukan sahaja memilih untuk menjadi penyokong kepada perjuagan islam ini, namun lebih besar dari itu.. aku memilih untuk menjadi salah seorang pendokong kepada perjuagan islam. Terasa beban dakwah itu amat berat untuk di pikul berseorangan,namun ku ada ALLAH yang sentiasa memberi kekuatan jiwa.. Ujian yang datang dan pergi hanyalah tarbiyah untuk membina hati yang kuat dan jiwa yang kental..

Berhijrah tidak semudah yang di fikirkan. Payah, dan teramat payah.. tetapi untuk mendapat yang bernilai kita perlu melakukan pengorbanan yang besar dalam kehidupan ini. Seorang yang memilih untuk berubah perlu ada 5 H dalam perubahan nya..

H yang pertama dan paling utama ialah kena memiliki "HATI" yang kuat...
bagaimana untuk kita memiliki hati yang kuat..??? Jawapanyan ada pada tahajud d 1/3 malam dan ada pada zikrullah.. Tahajjud adalah kekuatan untuk para pejuang agama ALLAH. Jika kita singkap kembali sirah Rasulullah, kita dapat temui kekuatan tentera islam bukan ada pada jumlah yang ramai, namun ada pada Tahajjud. Rasulullah tidak pernah meninggalkan tahajjud. Atas sebab itu hati dan jiwa kekasih ALLAH ini amat kuat dan tidak pernah berputus asa. Begitu juga dengan kita.Jika kita ingin berubah, cari lah kekuatan itu pada tahajjud.. Kelak kita tidak akan mudah rebah dek ujian dan tidak pernah mati dek keji manusia. Perbanyakkan mengingati ALLAH dengan berzikir.. Jiwa yang kosong akan terisi dengan cinta ALLAH.. Dan manusia yang paling berjaya ada lah manusia yang sentiasa mengingati mati...

H yang kedua ialah "Hampiri" orang yang bersifat positif..
Jika kita ingin berjaya dalam penghijrahan kita, cubalah untuk hampiri orang yang sentiasa positif dengan jalan dakwah.Orang yang memikirkan jalan dakwah adalah jalan untuk mentarbiyah diri sebelum bertemu ALLAH.. kelak kita akan termotivasi dengan semangat para da'ie ini.. Biar siapa kita, biar secetek mana ilmu kita, kita jangan takut untk bersama mereka keran kita adalah sama tapi apa yang membezakan kita adalah tahap keTaqwaan kita pd ALLAH.. Jika ilmu kita kurang, carilah dan jangan pernah meninggalkan jalan dakwah..

H yang ketiga ialah "HINDARI" orang yang jauh dari jalan ALLAH..
Jika kita belum yakin dengan iman kita, elok kurangkan masa bersama orang yang jauh dari jalan ALLAH.. d bimbangi kita tidak mampu untuk menepis permintaan mereka untuk meninggalkan Hijrah yang kita pilih.. Akan tetapi kawan2 kita yang masih jauh dari jalan ALLAH jangan d biarkan mereka berterusan begitu.. Tarik lah mereka agar mereka juga menikmati roh hidayah ini.. Mereka menjadi tanggungjwab kita.. Mereka juga saudara kita..Mana tahu mereka mendapat hidayah lantaran kita..Dan ketika itu, kitalah orang yang lebih mulia dari apa yg disinari matahari jika ada teman-teman yang mendpat hidayah lantaran kita.. Jangan cepat menghukum jika ada teman-teman melakukan kesilapan,angaplah itu srbahagian dari medan dakwah..

H yang keempat ialah "HAJAT"
Sebagai insan yang ALLAH ciptakan sbg khalifah ini harus hidup dengan ber"HAJAT" .. Berhajat kepada ilmu, berhajat kepada kejayaan,berhajat kepada perkara yang memberi manfaat kepada Islam.. Binalah matlamat untuk berjaya kelak akan ada usaha yang di palu untuk mencapai kejayaan.

dan H yang terakhir ialah " HIJRAH".
sentiasa lah kita mebina hari-hari yang kita lalui dengan Hijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik.. Jika hari semalam amat menduka citakan, jangan biarkan ia berulang pada hari ini dan bina kewaspadaan untuk menempuh hari esok.. Dalam peghijrahan ini yang paling penting ialah ilmu. carilah ilmu ALLAH yang banyak ini untuk di pasakkan ke hati kita...Kelak kita juga akan berjaya..

sekadar itu dahulu perkongsian saya ini..selamat berhijrah dan salam persinggahan..

saya SAYANG kalian. 

www.persinggahanterakhir.blogspot.com

Suatu ketika dahulu "Bersama IBUku Sayang"

Tarikh : Suatu ketika dahulu 
Lokasi : Disebuah rumah usang 
Masa : Menjelang tengah malam 

Sewaktu kecil ku, ibu sentiasa menceritakan kepada ku akan kisah-kisah yang terdapat dalam kitab-kitab sebelum aku memejamkan mata untuk tidur. Masih ku ingat, sebuah kitab berwarna hijau yang di muka hadapan tertera perkataan TANBIHUL GHAFILIN. 

Pernah ku tanya ibu, siapakah yang menulis cerita-cerita di dalam kitab itu. Jawabnya Abu Laits As Samarqandi. 

Ku bertanya lagi, siapakah dia ? Jawab ibu, dialah salah seorang yang dijadikan Allah untuk menyambung lidah Nabi (SAW). 

Ku bertanya lagi, bagaimana mereka menyambung lidah Nabi ibu ? Jawab ibuku, mereka mengorbankan kesenangan dan kemewahan dunia untuk mendapat harta yang paling berharga. 

Ku bertanya lagi, apakah harta yang paling berharga ? 

Jawab ibu secara spontan dan ringkas, ILMU. 

Aku kebingungan, Ilmu ? Ibu tersenyum sambil mengusap rambut ku. Ya, ilmulah harta yang paling berharga di dunia. Kerana ilmulah yang akan menjadi pelita buat menyuluh jalan untuk kita beramal ke arah kesempurnaan iman. 

Ibu menyambung, ilmu juga harta yang tidak mampu dirompak dan dicuri. Malah ilmu juga tidak seperti harta-harta yang lain. Ilmu makin diberi kepada manusia, ilmu itu semakin bertambah tidak berkurang. Tidak seperti duit, makin diberi semakin berkurangan, ujarnya. 

Ilmu juga bisa dibawa ke mana sahaja dan tidak memakan ruang berbanding dengan harta dunia yang lain. 

Lalu ibu berkata lagi, bila dewasa nanti jadilah seperti mereka. Kelak hidup mu akan mendapat keberkatan di dunia serta bahagia di akhirat. 

Ku bertanya, jika saya tidak mampu menjadi seperti mereka ? Ibu menjawab, maka Allah tidak akan jatuh darjat-Nya walau sedikit pun. Sebaliknya Allah akan datangkan seorang hamba-Nya yang lebih bertaqwa untuk memperjuangkan lidah kekasih-Nya. Waktu itu anak ibu akan berada di dalam kerugian. 

Tapi bu, Saya tidak mahu mendapat kerugian, tapi mampukah saya menjadi seperti mereka ? 

Ibu tersenyum, "Sebab itu ibu membacakan kisah-kisah mereka. Agar anak ibu dapat mempelajari bagaimana ingin menjadi seperti mereka. Ibu mana yang sanggup melihat puteranya dalam hayatnya digamit kerugian ? Jadi niatlah dari sekarang agar kelak di usia dewasa mu nanti, anak ibu akan menjadi seperti mereka. Memberi ilmu buat menyuluh jalan-jalan menuju kesempurnaan iman dan taqwa. Yang menjadikan diri mereka bagai bulan purnama, menerima cahaya matahari untuk keindahan diri serta menerangi manusia didunia dari kegelapan malam. Begitulah resam orang yang menimba ilmu bagai bulan purnama. Mengambil ilmu dari Yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui untuk mengindahkan diri dengan akhlak terpuji, serta menyebarkan ilmu kepada masyarakat untuk menyinari kegelapan zulumat jahiliah". 

Wallahua a'lam