15 Jun 2017

Perjalanan 20 Ramadhan 1438H







      


Assalamualaikum, w.b.t.

Salam Ramadhan Kareem,  Salam Ramadhan 1438H.. salam kasih sayang dan salam selamanya buat teman-temanku semua. doaku, semoga kalian berada dalam Rahmatnya sentiasa InsyaAllah.
Maaf, lama menyepikan diri disini..hampir 2 minggu rasanya tidak menitipkan sesuatu buat teman-teman yang dikasihi..bukan sengaja untuk menyepikan diri. tetapi masa begitu mencemburui buat diri dalam melaksanakan tugas seharian dan menulis dilaman Persinggahan ini.

Teman-temanku..,
Hari ini 20 Ramadhan 1438H, 10 malam terakhir yang mana Nabi janjikan punyai malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam (Lailatul Qadar). Beberapa hari lagi Ramadhan akan berlalu. berakhirnya Ramadhan, maka berakhirlah segala kenikmatan yang telah Allah berikan khusus buat manusia..berakhirlah segala Rahmat dan maghfirah yang dibuka seluas-luasnya buat manusia didalam bulan yang mulia ini.. Renunganku semakin jauh pagi ini..fikiran berkisar tentang diri sepanjang perjalanan Ramadhanku kali ini yang akan sampai ke penghujungnya.. Muhasabah dihari terakhir Ramadhan membawaku mengenal erti diri sebagai hamba Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang kepada sekelian makhluknya... pasrah atas segala yang menimpa, sabar melalui dugaan kehidupan dan cabaran diri kepada manusia adalah sesuatu yang lumrah dan mesti dilalui oleh semua...

Alhamdulillah.. hari ini aku masih merasai ketenangan diri. doaku mudah-mudahan sepanjang sebulan perjalananku didalamnya dapat mengubah diri dan meningkatkan amalan di hari-hari  yang mendatang nanti.. Perjalanan masih jauh, 11 bulan yang mendatang mesti dilalui dengan apa cara sekali pun.. walaupun pelbagai dugaan yang datang.. pasrah dan tabah mesti diterapkan dalam diri..doa dan tawakkal tidak dilupakan sama sekali..

Buat Diri..
tabahkan hati dalam menempuh onak dan duri kehidupan.. "kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang hanya dia" janganlah mengeluh atas apa yang telah menimpa dirimu, anggaplah itu hanya ujian darinya. Semakin berat dugaan yang menimpamu, semakin sayang Allah padamu...dengan syarat kamu sabar dan tabah dalam menerima ujian itu.. 
Wahai diri, ingatlah.."sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita" dalam apa jua situasi..


Syukur padamu RABBI, atas kurniaan ini.. nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikan pada diri ini.. nikmat IMAN dan ISLAM adalah nikmat yang terbesar dalam kehidupan seluruh umat manusia..Maha sucimu Ya Allah atas kurniaan ini..syukur ku padamu Ya Allah...

Buat Saudara-saudaraku..
Saudara-saudaraku semoga Allah merahmatimu, tinggal beberapa hari lagi bulan yang penuh dengan berkah ini akan meninggalkan kamu, bulan yang penuh hikmah ini akan  pergi tanpa ada sekelumit pun rasa rugi, sebaliknya mereka yang tidak mengambil peluang didalamnyalah perlu merasainya. bulan yang senantiasa ditunggu-tunggu dan dialu-alukan kehadirannya oleh segenap kaum muslimin. ya, bulan dimana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasna dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya… Maka berbahagialah wahai saudara-saudaraku, berbahagialah anda yang masih diperkenankan oleh sang Khaliq yang Maha Rahman lagi Rahim bersua dengan bulan ini, dimana di dalamnya penuh dengan rahmat, maghfirah dan barokah…!!!



Tiada ulasan: