21 Jun 2017

Anak Adalah Anugerah

                             
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Anak itu amanah untuk dijaga

Alhamdulillah.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian Alam. Anak,satu pemberian yang paling bernilai untuk pasangan yang mendambarkan kebahagian dalam melayari bahtera berkahwinan. Satu Anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan untuk menyerikan lagi segenap alam kehidupan.

Kelahiran seorang anak itu merupakan satu anugerah kepada seseorang daripada Allah swt.Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-hamba-Nya.Mengapa satu anugerah?Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah swt.Firman Allah dalam Al-Quran:

 "Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin.Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu.Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar."[Surah al-israa' 17:31]

Jadi anugerah pemberian rezeki telah dijanjikan setiap anak yang dilahirkan di atas muka bumi ini.Bahkan setiap anak yang dilahirkan dibahagi bahagian rezeki mereka masing-masing sejak berusia 4 bulan dalam kandungan ibu. Sabda Nabi Muhammad saw:

 "Sungguh, dikumpulkan penciptaan kalian dalam perut ibumu selama 40 hari.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi segumpal darah.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi sekerat daging.Kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan juga diperintahkan dengan empat hal;untuk menulis rezekinya, ajalnya, amalnya,dan termasuk orang yang sengsara atau bahagia."[HR Bukhari dan Muslim]

Anak adalah pinjaman daripada Allah swt.Jadi ianya merupakan salah satu amanah yang dipegang oleh ibu bapa sebelum kembali kepada penciptanya.Ibu bapa perlulah mendidik,menyayangi anak-anak dengan penuh perhatian.Bekalan ilmu agama perlulah diterapkan untuk menjadikan 'amanah' ini dapat mengenal penciptanya.Mengikuti segala perkara yang disuruh dan meninggalkan setiap perbuatan buruk yang ditegah oleh Allah swt.Sabda Rasulullah saw:

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi, Nasrani atau pun majusi" [Bukhari]

19 Jun 2017

Hilangnya Rabitah Cinta Rabbi,..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Duhai diriku,
renungkanlah apa yang suara hati ini mahu luahkan..

Sedarkah betapa ALLAH menyayangi diri ini?
Pernahkah terfikir betapa kasihnya ALLAH kepada diri ini?

Andai hati benar-benar mencintai ALLAH,

Qiam kah aku kerap di sepertiga malam?
Dhuha kah aku pada setiap pagi?
Adakah aku mentadabbur 'surat' cinta-NYA pada setiap hari?
Basahkah lidahku dengan kalimah-kalimah zikir setiap detik waktu?
Insafkah aku pada dosa-dosa dahulu dan kini?
Sudah lupakah nikmat-nikmat ALLAH yang tidak terhitung banyaknya selama ini?
ASTAGHFIRULLAH!

Wahai diriku yang dengan izin-NYA sungguh-sungguh berada dalam jagaan dan pemeliharaan ALLAH,

wahai diri,.!! 

BUKAKANLAH PINTU HATIMU ITU! IZINKANLAH NURULLAH MENERANGI SEGENAP RUANG QALBU ITU! KEMBALIKAN SEMULA SINAR DALAM JIWAMU ITU MENJADI BENAR-BENAR 'CAHAYA DI ATAS CAHAYA' YANG SELAMA INI KAU IMPIKAN. DI MANAKAH PERGINYA GELARAN MUJAHIDAH SUFI HARAKI YANG TELAH PERNAH KAU PERTAHANKAN SUATU KETIKA DAHULU?! AYUH! BUKTIKAN KEMAMPUANMU YANG BISA MENCIPTA GELOMBANG SEJARAH LUAR BIASA! DEMI AN-NAFS YANG MASIH BERADA DALAM GENGGAMAN TUHAN, BANGKITLAH!!!"

15 Jun 2017

Perjalanan 20 Ramadhan 1438H







      


Assalamualaikum, w.b.t.

Salam Ramadhan Kareem,  Salam Ramadhan 1438H.. salam kasih sayang dan salam selamanya buat teman-temanku semua. doaku, semoga kalian berada dalam Rahmatnya sentiasa InsyaAllah.
Maaf, lama menyepikan diri disini..hampir 2 minggu rasanya tidak menitipkan sesuatu buat teman-teman yang dikasihi..bukan sengaja untuk menyepikan diri. tetapi masa begitu mencemburui buat diri dalam melaksanakan tugas seharian dan menulis dilaman Persinggahan ini.

Teman-temanku..,
Hari ini 20 Ramadhan 1438H, 10 malam terakhir yang mana Nabi janjikan punyai malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam (Lailatul Qadar). Beberapa hari lagi Ramadhan akan berlalu. berakhirnya Ramadhan, maka berakhirlah segala kenikmatan yang telah Allah berikan khusus buat manusia..berakhirlah segala Rahmat dan maghfirah yang dibuka seluas-luasnya buat manusia didalam bulan yang mulia ini.. Renunganku semakin jauh pagi ini..fikiran berkisar tentang diri sepanjang perjalanan Ramadhanku kali ini yang akan sampai ke penghujungnya.. Muhasabah dihari terakhir Ramadhan membawaku mengenal erti diri sebagai hamba Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang kepada sekelian makhluknya... pasrah atas segala yang menimpa, sabar melalui dugaan kehidupan dan cabaran diri kepada manusia adalah sesuatu yang lumrah dan mesti dilalui oleh semua...

Alhamdulillah.. hari ini aku masih merasai ketenangan diri. doaku mudah-mudahan sepanjang sebulan perjalananku didalamnya dapat mengubah diri dan meningkatkan amalan di hari-hari  yang mendatang nanti.. Perjalanan masih jauh, 11 bulan yang mendatang mesti dilalui dengan apa cara sekali pun.. walaupun pelbagai dugaan yang datang.. pasrah dan tabah mesti diterapkan dalam diri..doa dan tawakkal tidak dilupakan sama sekali..

Buat Diri..
tabahkan hati dalam menempuh onak dan duri kehidupan.. "kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang hanya dia" janganlah mengeluh atas apa yang telah menimpa dirimu, anggaplah itu hanya ujian darinya. Semakin berat dugaan yang menimpamu, semakin sayang Allah padamu...dengan syarat kamu sabar dan tabah dalam menerima ujian itu.. 
Wahai diri, ingatlah.."sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita" dalam apa jua situasi..


Syukur padamu RABBI, atas kurniaan ini.. nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikan pada diri ini.. nikmat IMAN dan ISLAM adalah nikmat yang terbesar dalam kehidupan seluruh umat manusia..Maha sucimu Ya Allah atas kurniaan ini..syukur ku padamu Ya Allah...

Buat Saudara-saudaraku..
Saudara-saudaraku semoga Allah merahmatimu, tinggal beberapa hari lagi bulan yang penuh dengan berkah ini akan meninggalkan kamu, bulan yang penuh hikmah ini akan  pergi tanpa ada sekelumit pun rasa rugi, sebaliknya mereka yang tidak mengambil peluang didalamnyalah perlu merasainya. bulan yang senantiasa ditunggu-tunggu dan dialu-alukan kehadirannya oleh segenap kaum muslimin. ya, bulan dimana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasna dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya… Maka berbahagialah wahai saudara-saudaraku, berbahagialah anda yang masih diperkenankan oleh sang Khaliq yang Maha Rahman lagi Rahim bersua dengan bulan ini, dimana di dalamnya penuh dengan rahmat, maghfirah dan barokah…!!!



08 Jun 2017

RAMADHAN BULAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG



Assalamualaikum Dan salam seharum syurga ALLAH..

Mengharapkan setiap sahabatku berada dalam keadaan sihat dan yang paling penting berada dalam rahmat dan Redha ALLAH.. Apa erti kehidupan andai kata, Allah tidak Redha dengan setiap perbuatan kita. Ayuh sahabat, kita mula meniti kembali hari semalam yang kita tinggalkan...Adakah kita masih berada @ memilih untuk berada di jalan yang jauh dari rahmat dan Redha ALLAH..??? Persoalan ini aku ajukan buat diri sendiri dan juga buat teman-teman semua.. Jika dahulu aku juga seperti kalian...Memilih jalan keseronokan dan juga jalan yang hanya memberi hiburan.. Sudah pasti jalan itu jauh dari redha ALLAH..

Bersempena bulan yang mulia ini, mari kita renung seketika perjalanan hidup kita ketika ini. Sabda Nabi S.A.W : 

“Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu rahmat (kasih sayang) dan ditutup pintu jahanam dan syaitan-syaitan dibelenggu (Hadis riwayat Ahmad),

“Ketika datang malam pertama dari bulan Ramadhan seluruh syaitan dibelenggu, dan seluruh jin diikat. Semua pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang terbuka. Semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pun pintu yang tertutup. Lalu tiap malam datang seorang yang menyeru: “Wahai orang yang mencari kebaikan kemarilah; wahai orang yang mencari keburukan menyingkirlah. Hanya Allah lah yang bisa menyelamatkan dari api neraka”. (HR. Tirmidzi)

Marilah kita sambut bulan suci Ramadhan dengan gembira, seperti firman Allah ta’ala dalam Al-Qur’an yang bermaksud, “Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan“. (QS. Yunus{10} : 58)
Bulan yang ditunggu-tunggu kedatangannya oleh segenap kaum muslimin. Semua muslim di dunia menyambutnya dengan kebahagiaan. Sebagaimana Rasulullah menyambut Ramadhan dengan penuh suka cita karena Ramadhan memiliki keistimewaan dari bulan-bulan yang lain.

Marilah teman2, sahabat2 yang kusayangi, berubahlah untuk kebaikan diri sendiri, perjalanan hidup ini masih jauh, andai ditakdirkan umur kita setakat ini, mohon dari yang Maha Esa agar Ramadhan ini adalah Ramadhan yang di Rahmati olehnya.. RAMADHAN BULAN RAHMAT DAN BULAN KASIH SAYANG ALLAH BUAT KITA..


31 Mei 2017

HARI KE LIMA RAMADHAN 1438H



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SELURUH
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KHASNYA PELAWAT BLOG PERSINGGHANTERAKHIR..

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KITA KEKUATAN UNTUK BERIBADAH
SIANG DAN MALAM SEMAKSIMUM MUNGKIN AGAR
MENDAPAT GANJARAN TAQWA SEBAGAIMANA
YG TELAH DIJANJIKAN, INSYAALLAH..

Salam Ramadhan Kareem,. 
Daripada :

Admin , www.persinggahanterakhir.blogspot.com
@
@

23 Mei 2017

Salam Ramadhan 1438H / 2017M



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Hanya kepada Allah kita berserah. Hanya kepada Allah kita sandarkan segala rasa hati.. Hanya kepada Allah kita luahkan segalanya. Kerana pada saat walaupun seluruh dunia & segala isinya mampu mendengar, memahami dan mengerti tentang kita, ianya tetap tidak dapat mengatasi besar dan hebatnya kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba yang lemah..

Dengan izin Allah, jari jemari ini pantas menaipkan butiran bicara yang tersimpan jauh di lubuk hati.. Cuba memandang sisi-sisi kehidupan yang dilalui lewat kebelakangan ini sebagai suatu momen yang terindah..sebagai satu saat yang sentiasa membahagiakan..sebagai satu detik yang tidak pernah ada padanya kelukaan, kesakitan, penderitaan.. segalanya bahagia..kerana segalanya dari ALLAH SWT..

Hari ini 23 Mei 2017 / 26 Sya'ban 1437H,.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan Olehnya untuk merasai nikmat hidup diatas dunia yang fana' ini. sungguh beberapa hari lagi kita akan memasuki gerbang Ramadhan yang muia. Yang pasti, setiap yang datang dan singgah pada diri, mesti diharungi dengan tabah dan sabar.. Ramadhan Kareem buat semua yang singgah dan membaca blog persinggahan ini. semoga kalian diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa kali ini,.. 

Bermenolog sendirian tika ini, memikirkan perjalanan Ramadhanku, juga perjalanan hidupku kini,. bicara hati yang tidak berkesudahan, membuatkan fikiran berkecamuk memikirkan tentang hidup ini. Ya Ramadhan, aku akan melangkah memasuki ke gerbangmu,.... Alhamdulillah, Syukur yang tidak terhingga.

Sabda Nabi S.A.W.
" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) krn b'puasa lbh wangi di sisi Allah S.W.T"
( HR Bukhari dan Muslim )

Sekali lagi hati dan iman berbicara.. moga diri ini ikhlas menerima kehadiran ramadhan kali ini.. Usia lalu telah banyak dibazirkan.. ramadhan yang barakah tidak pernah diperhalusi kehadirannya.. Ya Allah.. segalanya dalam genggamanMU.. segalanya dengan kudratMu.. izinkan hambaMu ini menggapai keampunanMu. .menikmati indahnya cintaMu dalam ramadhan kali ini... hanya Engkau yang Maha Mengetahui.. 

18 Januari 2017

BICARA KITA BICARA HATI...


Bicara Dengan Bahasa Hati

….

Tak ada musuh yang dapat ditaklukan oleh Cinta
Tak ada penyakit yang dapat disembuhkan oleh kasih sayang
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan
Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran

Semua itu haruslah berasal dari HATI

Bicaralah dengan bahasa HATI maka akan sampai ke HATI pula

Kesuksesan bukan semata-mata betapa keras otot dan
betapa tajam otak, namun juga betapa lembut HATI
dalam menjalani segala sesuatu

Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya
dengan merengkuhnya dengan lengan yang kuat
atau membujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata manis
Anda harus mendekapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang
jauh di dalam dada anda

Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya
pada keberhasilan anda


-CatatanRasaSeorangHamba-
.:Senyuman itu lebih bermakna setelah melalui kesukaran:.

11 Januari 2017

Moga Kedamaian Ini Milik Kita Bersama....

 Bismillahirrahmanirrohim.
 Assalamualaikum wbt.๐Ÿ˜‡ 


Aku mencari-cari usrah. Bulatan gembira yang lama aku tinggalkan. Suasana damai tenang di jiwa.
Rindu. Rindu, sebak. Rupanya ia ada di dalam rumahku sendiri.

 Solat berjemaah bersama, Merajuk, Makan sepinggan, Membesarkan anak-anak, Berjalan, memasak di dapur, mengemas rumah, dan semua di dalam rumah. whatsapp, pesanan ringkas semasa bekerja. Setiap masa, ada "usrah". Kami memujuk, bersembang, berkongsi, bertukar pendapat dan fikiran, menenangkan dengan baris-baris ayat, merasionalkan kematangan, membantu, menyokong dan sebagainya untuk mengukuhkan binaan yang dibina๐Ÿ’˜. 

Tujuan "binaan" kami ingin bersama masuk syurga Allah atas tiket berkasih-sayang. Allah meredhai keluarga kami๐Ÿ‘ช. Bukan ingin mengantikan sekiranya prestasi antaranya tidak memberangsangkan. Meninggalkan ketika salah seorang kecundang atau tersasar. Membiarkan apabila salah seorang remuk, duka lara, jatuh, dan sebagainya. 

Tiada rasa tercabar untuk ahli usrah aku. Kerana aku hanya perlu kamu. Gantian itu tiada. Kerana dalam doa hanya ada kami. Aku dan Kamu. Noktah. ๐Ÿ’– Usrah aku, bersama si dia dan khalifah kecil kami bertambah gembira. Kerana kami saling bantu-membantu. Malah kami bertambah gembira. Bertambah sayang dan bertambah cinta antara kami๐Ÿ’‘.

 Namun dalam membina untuk kukuh, Kesilapan dan masalah adalah ujian besar bagi kami dan semua manusia. Kerana kesempurnaan itu bukan dari manusia. Allah mengajar, melatih daripada itu untuk lebih berusaha. Itulah membuatkan kami bertambah rasa cinta. Manusia, memang akan belajar dari kesilapan. Allah hantarkan Aku dan kamu saling untuk membantu. Kerana itu,kini kita bersatu.๐Ÿ’ช Kami saling mengetahui kekurangan, kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Dan aku memang perlu kamu, ahli usrahku๐Ÿ’•. Aku Cintakan Allah kerana mengizinkan aku melayari pengalaman indah bersama ahli usrah ini. Moga Allah sentiasa kekalkan sakinah, rahmah dan mawaddah dalam kehidupan kami untuk menuju destinasi abadi.๐Ÿ’ Aamin.

Sayang Kalian Kerana ALLAH....

Dari Abi.... untuk

Ummi, Nur Aini Izzati & Muhammad Fawwaz

10 Januari 2017

05 Januari 2017

"AKU", Hari Ini Dan Ketika ini

Assalamualaikum w.b.t (^_^)




DOA AGAR MENSYUKURI NIKMAT ALLAH
Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata:


 "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”
(Surah Al-Ahqaf:15)

Sangat merindui untuk pengupdate blog ini. Alhamdulillah hari ini aku masih lagi bernafas dan hari ini juga bertambah lagi umurku. Masih lagi bernyawa untuk berbuat baik kepada mama dan baba, adik-beradik, sahabat handai. Alhamdulillah infiniti kesyukuran ku lafazkan agar diri ini tidak alpa dengan segala nikmat pemberianNya buatku selama ini. =)

Dalam melayari kembara kehidupan seorang hamba telah banyak yang aku pelajari, kesenangan, ujian dan rintangan hidup. Dan ku tahu segalanya nikmat dan kesusahan hidup adalah peringatan dariNya buatku sebagai makhluk ciptaanNya. Aku yakin lagi percaya atas takdir perjalanan hidupku ini berjalan atas aturanNya. Moga sinar hidayahNya disinari dengan istiqamah dariku. Amin =)

Aku tahu masih banyak kekurangan dan kelemahan diri ini. Kita tidak pernah sempurna tapi kita perlulah berjalan menyusuri kesempurnaan. Aku juga bukanlah baik, tetapi aku cuba untuk menjadi baik. Kadang kala nafsu dalam diri membuatkan kita meronta-ronta kelemasan dan mahukan kebebasan tetapi aku sentiasa bermohon pada Allah agar menunjukkan jalan lurusNya buatku. Aku tidak pasti bagaimana pengakhiran aku kelak, bagaimana dan dimana. Aku bermohon agar aku ditetapkan iman selalu dan semoga pengakhiranku nanti dalam husnul khotimah. 

Jika berbicara soal kematian, sudah pasti, dalam ungkapan, aku masih belum bersedia. Tapi layakkah aku mempersoalkan kesediaan bagi kematian. Kematian itu pasti dan kita tidak tahu, yang kita perlu tahu apakah yang akan dibawa bertemu denganNya. ya memang menggerunkan dan menakutkan. Aku sentiasa ingin hari-hariku mengingatkan soal kematian kerana dengan mengingatinya tidak lalai dan sentiasa ingin berbuat kebaikan tapi siapalah aku hanya hambaNya yang lemah.Yang ku harapkan aku sentiasa istiqamah dalam kebaikan dan sentiasa dalam petunjukNya. Moga kesediaanku di isi dengan amal kebaikan InsyaAllah. Moga diri ini istiqamah selalu. Kuat, kuat dan kuat =) 

Ya, ini semua mungkin harapanku dalam doaku di hari ini dan pengharapanku ini hanya kepadaNya kerana Dialah tempat aku berharap dan tempat aku bergantung memohon. Syukur atas segalanya =). Mungkin orang akan kata apa-apa saja tapi bagiku Dialah penilaiku. Biarlah apa pun yang aku lakukan hanya keranaNya. Semoga aku sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusanku didunia ini. Mendapat kejayaan didunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin =)


:: Doaku dihari ini ::

"Sesungguhnya Tuhanku, tiada yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakiNya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang Maha Berkuasa menahan langit daripada jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya daripada kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus" (Riwayat Al-Baihaqi)

"Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka" (Surah Al-Baqarah:201)

Umur tidak menjamin apa-apa, 
yang penting kita tahu matlamat dan hala tuju kita
Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah Taala  InsyaAllah

melangkah "HIJRAH" di tahun 2017

Assalamualaikum Dan salam seharum syurga ALLAH..

Mengharapkan setiap sahabatku berada dalam keadaan sihat dan yang paling penting berada dalam rahmat dan Redha ALLAH.. Apa erti kehidupan andai kata, Allah tidak Redha dengan setiap perbuatan kita. Ayuh sahabat, kita mula meniti kembali hari semalam yang kita tinggalkan...Adakah kita masih berada @ memilih untuk berada di jalan yang jauh dari rahmat dan Redha ALLAH..??? Persoalan ini aku ajukan buat diri sendiri dan juga buat teman-teman semua.. Jika dahulu aku juga seperti kalian...Memilih jalan keseronokan dan juga jalan yang hanya memberi hiburan.. Sudah pasti jalan itu jauh dari redha ALLAH..

Mana mungkin ALLAH redha jika kita berada di jalan yang melupaiNYA,mana mungkin ALLAH redha jika kita asyik dengan keseronokan dunia.. Jika dahulu aku memilih untuk berada di jalan yang kelam dan penuh kegelapan,jika dahulu aku seronok untuk bersorak bersama kawan-kawan, jika dahulu aku tidak kisah untuk mendedahkan aurat, jika dahulu aku jauh dari rumah ALLAH, dan jika dahulu aku amat suka berhibur.. Namun itu tidak bermakna aku akan terus di jalan itu.. aku sedikit pun tidak malu untuk menyatakan siapa aku satu ketika dahulu.. Tapi itu semua dulu.. Manusia mampu berubah, kerana hati kita milik ALLAH. Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh mencampakkn hidayahNYA di hati kita, namun semua terserah kepada kita.. Kita ingin sambut hidayah itu atau kita ingin biarkan ia berlalu begitu sahaja..Semua bergantung kepada Kita..


Saat akal mula memikirkan bahawa diri ini terlalu berharga,saat hati mula di sentuh dengan roh hidayah dan saat itu juga diri mula rasa ingin berhijrah. Bermulalah langkah Hijrah ku atur di dalam perjalanan dakwah ku ini,. ada yang perasan akan perubahanku dan ada juga kawan-kawan yg sudah tidak rapat dengan ku lantaran ku memilih untuk berada di jalan dakwah. Aku bukan sahaja memilih untuk menjadi penyokong kepada perjuagan islam ini, namun lebih besar dari itu.. aku memilih untuk menjadi salah seorang pendokong kepada perjuagan islam. Terasa beban dakwah itu amat berat untuk di pikul berseorangan,namun ku ada ALLAH yang sentiasa memberi kekuatan jiwa.. Ujian yang datang dan pergi hanyalah tarbiyah untuk membina hati yang kuat dan jiwa yang kental..

Berhijrah tidak semudah yang di fikirkan. Payah, dan teramat payah.. tetapi untuk mendapat yang bernilai kita perlu melakukan pengorbanan yang besar dalam kehidupan ini. Seorang yang memilih untuk berubah perlu ada 5 H dalam perubahan nya..

H yang pertama dan paling utama ialah kena memiliki "HATI" yang kuat...
bagaimana untuk kita memiliki hati yang kuat..??? Jawapanyan ada pada tahajud d 1/3 malam dan ada pada zikrullah.. Tahajjud adalah kekuatan untuk para pejuang agama ALLAH. Jika kita singkap kembali sirah Rasulullah, kita dapat temui kekuatan tentera islam bukan ada pada jumlah yang ramai, namun ada pada Tahajjud. Rasulullah tidak pernah meninggalkan tahajjud. Atas sebab itu hati dan jiwa kekasih ALLAH ini amat kuat dan tidak pernah berputus asa. Begitu juga dengan kita.Jika kita ingin berubah, cari lah kekuatan itu pada tahajjud.. Kelak kita tidak akan mudah rebah dek ujian dan tidak pernah mati dek keji manusia. Perbanyakkan mengingati ALLAH dengan berzikir.. Jiwa yang kosong akan terisi dengan cinta ALLAH.. Dan manusia yang paling berjaya ada lah manusia yang sentiasa mengingati mati...

H yang kedua ialah "Hampiri" orang yang bersifat positif..
Jika kita ingin berjaya dalam penghijrahan kita, cubalah untuk hampiri orang yang sentiasa positif dengan jalan dakwah.Orang yang memikirkan jalan dakwah adalah jalan untuk mentarbiyah diri sebelum bertemu ALLAH.. kelak kita akan termotivasi dengan semangat para da'ie ini.. Biar siapa kita, biar secetek mana ilmu kita, kita jangan takut untk bersama mereka keran kita adalah sama tapi apa yang membezakan kita adalah tahap keTaqwaan kita pd ALLAH.. Jika ilmu kita kurang, carilah dan jangan pernah meninggalkan jalan dakwah..

H yang ketiga ialah "HINDARI" orang yang jauh dari jalan ALLAH..
Jika kita belum yakin dengan iman kita, elok kurangkan masa bersama orang yang jauh dari jalan ALLAH.. d bimbangi kita tidak mampu untuk menepis permintaan mereka untuk meninggalkan Hijrah yang kita pilih.. Akan tetapi kawan2 kita yang masih jauh dari jalan ALLAH jangan d biarkan mereka berterusan begitu.. Tarik lah mereka agar mereka juga menikmati roh hidayah ini.. Mereka menjadi tanggungjwab kita.. Mereka juga saudara kita..Mana tahu mereka mendapat hidayah lantaran kita..Dan ketika itu, kitalah orang yang lebih mulia dari apa yg disinari matahari jika ada teman-teman yang mendpat hidayah lantaran kita.. Jangan cepat menghukum jika ada teman-teman melakukan kesilapan,angaplah itu srbahagian dari medan dakwah..

H yang keempat ialah "HAJAT"
Sebagai insan yang ALLAH ciptakan sbg khalifah ini harus hidup dengan ber"HAJAT" .. Berhajat kepada ilmu, berhajat kepada kejayaan,berhajat kepada perkara yang memberi manfaat kepada Islam.. Binalah matlamat untuk berjaya kelak akan ada usaha yang di palu untuk mencapai kejayaan.

dan H yang terakhir ialah " HIJRAH".
sentiasa lah kita mebina hari-hari yang kita lalui dengan Hijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik.. Jika hari semalam amat menduka citakan, jangan biarkan ia berulang pada hari ini dan bina kewaspadaan untuk menempuh hari esok.. Dalam peghijrahan ini yang paling penting ialah ilmu. carilah ilmu ALLAH yang banyak ini untuk di pasakkan ke hati kita...Kelak kita juga akan berjaya..

sekadar itu dahulu perkongsian saya ini..selamat berhijrah dan salam persinggahan..

saya SAYANG kalian. 

www.persinggahanterakhir.blogspot.com

Suatu ketika dahulu "Bersama IBUku Sayang"

Tarikh : Suatu ketika dahulu 
Lokasi : Disebuah rumah usang 
Masa : Menjelang tengah malam 

Sewaktu kecil ku, ibu sentiasa menceritakan kepada ku akan kisah-kisah yang terdapat dalam kitab-kitab sebelum aku memejamkan mata untuk tidur. Masih ku ingat, sebuah kitab berwarna hijau yang di muka hadapan tertera perkataan TANBIHUL GHAFILIN. 

Pernah ku tanya ibu, siapakah yang menulis cerita-cerita di dalam kitab itu. Jawabnya Abu Laits As Samarqandi. 

Ku bertanya lagi, siapakah dia ? Jawab ibu, dialah salah seorang yang dijadikan Allah untuk menyambung lidah Nabi (SAW). 

Ku bertanya lagi, bagaimana mereka menyambung lidah Nabi ibu ? Jawab ibuku, mereka mengorbankan kesenangan dan kemewahan dunia untuk mendapat harta yang paling berharga. 

Ku bertanya lagi, apakah harta yang paling berharga ? 

Jawab ibu secara spontan dan ringkas, ILMU. 

Aku kebingungan, Ilmu ? Ibu tersenyum sambil mengusap rambut ku. Ya, ilmulah harta yang paling berharga di dunia. Kerana ilmulah yang akan menjadi pelita buat menyuluh jalan untuk kita beramal ke arah kesempurnaan iman. 

Ibu menyambung, ilmu juga harta yang tidak mampu dirompak dan dicuri. Malah ilmu juga tidak seperti harta-harta yang lain. Ilmu makin diberi kepada manusia, ilmu itu semakin bertambah tidak berkurang. Tidak seperti duit, makin diberi semakin berkurangan, ujarnya. 

Ilmu juga bisa dibawa ke mana sahaja dan tidak memakan ruang berbanding dengan harta dunia yang lain. 

Lalu ibu berkata lagi, bila dewasa nanti jadilah seperti mereka. Kelak hidup mu akan mendapat keberkatan di dunia serta bahagia di akhirat. 

Ku bertanya, jika saya tidak mampu menjadi seperti mereka ? Ibu menjawab, maka Allah tidak akan jatuh darjat-Nya walau sedikit pun. Sebaliknya Allah akan datangkan seorang hamba-Nya yang lebih bertaqwa untuk memperjuangkan lidah kekasih-Nya. Waktu itu anak ibu akan berada di dalam kerugian. 

Tapi bu, Saya tidak mahu mendapat kerugian, tapi mampukah saya menjadi seperti mereka ? 

Ibu tersenyum, "Sebab itu ibu membacakan kisah-kisah mereka. Agar anak ibu dapat mempelajari bagaimana ingin menjadi seperti mereka. Ibu mana yang sanggup melihat puteranya dalam hayatnya digamit kerugian ? Jadi niatlah dari sekarang agar kelak di usia dewasa mu nanti, anak ibu akan menjadi seperti mereka. Memberi ilmu buat menyuluh jalan-jalan menuju kesempurnaan iman dan taqwa. Yang menjadikan diri mereka bagai bulan purnama, menerima cahaya matahari untuk keindahan diri serta menerangi manusia didunia dari kegelapan malam. Begitulah resam orang yang menimba ilmu bagai bulan purnama. Mengambil ilmu dari Yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui untuk mengindahkan diri dengan akhlak terpuji, serta menyebarkan ilmu kepada masyarakat untuk menyinari kegelapan zulumat jahiliah". 

Wallahua a'lam