25 Ogos 2014

HAZA MIN FADHLI ROBBI,...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Assalamualaikum W.B.T

Salam Ta'zim, Salam Mahabbah fillah buat teman-teman seperjuangan yang sudi singgah di teratak Persinggahan ini, Alhamdulillah Puji-pujian bagi Allah yang menciptakan segalanya dengan penuh hikmah dan kasih sayang... padamu aku berserah dan bertawakkal Ya Rabbi, mudahan aku tergolong dikalangan orang-orang yang sabar dalam menempuh kehidupan yang kian mencabar ini,. 

15 Jun 2012
Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah
Cinta itu hadir dari yang maha Esa buatku dan pasangan lebih kurang 2 tahun yang lalu,. hadirnya tanpa aku sedari, dan menggamit untuk ku cuba mendekati. indahnya percaturan Allah buat diri,  kami berkenalan dalam suasana mahabbahfillah melalui orang tengah iaitu Kak Long sendiri,.
ta'aruf dan perkenalan kami semuanya melalui alam maya. tanpa kenal budi pekerti dan keluarga kedua-belah pihak,.

10 Februari 2013
perkenalan di alam siber, ta'aruf yang begitu singkat dan tanpa bersua muka, kami di satukan dalam ikatan pertunangan oleh kedua belah keluarga. keluarganya menerimaku seadanya dan begitu juga keluargaku padanya. Semuanya di bawah perancangan Allah yang Maha Esa. Kami disatukan melalui ikatan pertunangan selama setahun,. Ya Allah, rahmatilah hubungan kami ini....!!

02 Februari 2014
Allah masih panjangkan umur kami dalam nikmat Iman dan Islam dan masih memberi kesempatan menghirup udara segar di bumi Allah yang maha luas ini.. Alhamdulillah. tanggal ini, aku telah disatukan dengannya melalui ikatan yang sah, Alhamdulillah, Maha suci Allah yang telah mempertemukan aku dengannya sehingga ke tahap ini. kini aku telah menggalas satu tanggungjawab baru iaitu tanggungjawab seorang suami kepada isteri ku. 

18 April 2014
"Demi Allah yang menciptakan manusia dari segumpal darah" hari demi hari berlalu, ku lalui hidup ini dengan pelbagai mehnah dan ujian. betapa Allah aturkan hidup ku tika ini dengan begitu teratur dan dapat menempuhinya dengan baik. Sayangnya Allah padaku dan dia,.. sayangnya Allah pada hamba-hambanya... demi Allah, akan ku jaga dia dengan segala kemampuan ku. dialah bidadari di hatiku,. Terima kasih sayang kerana menerimaku seadanya,.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Bila rasa cinta itu hadir, hidup menjadi indah....segalanya bahagia....kerana cinta itu kurniaan allah..... Kekalkan cintamu suci, bukan cinta yang mengheret ke neraka. Saat rasa cinta itu hadir, sambutlah, menyintai kerana allah......jagalah ia, peliharalah ia.... Jadikanlah ia cinta yang menghantar kita ke syurga....... cinta ialah iradah Allah, dikirimNya ke dunia supaya ia tumbuh, kalau terletak di atas tanah yang gersang dan tandus, tumbuhannya akan menyeksa jiwa orang lain, kalau ia datang pada hati yang keruh dan budi yang rendah ia akan membawa kerosakan, tetapi jika ia hinggap di hati ini, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Allah

 إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لا شَرِيكَ لَه وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأنا من الْمُسْلِمِينَ 

" Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya, dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah termasuk orang-orang yang menyerahkan diri... Amin ya Rabbal Alamin.. "

2 ulasan:

ana ily berkata...

so sweet...Ya Allah berkatilah perkahwinan mereka ini hingga ke jannah....Allahuakbar....
(nak nangislah pulak)
ikatkanlah hati kedua mereka ini dengan ikatan kasih dan sayang yang kuat LillahiTaala....SubhanAllah...
(hish, tersentuh hati ni tika membaca coretan di atas)

PersinggahanTerakhir berkata...

Amin,..semoga Allah tautkan hati kita semua,.. terima kasih sahabat,.