22 Januari 2014

Kisah Si Pencari Cinta,..

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Assalamualaikum,.....
Salam sejahtera dan salam ingatan buat teman-teman yang di ingati lagi di sayangi,..
Lama tak mencoret sesuatu di laman persinggahanterakhir ini,.. barangkali kesuntukan masa
Dalam mengendali hal dan kerja-kerja seharian di dunia pekerjaan baru ini
Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga buat Rabbul Jalil atas nikmat dan Rahmat yang diberi buat diri ini,.

Dalam melalui perjalanan hidup yang penuh ranjau dan duri ini, Allah masih beri kesihatan dan kekuatan buat diri Untuk menimba ilmu dan pengetahuan di bumi Allah yang maha luas ini.
 
Alhamdulillah, tahun ini aku di beri kesempatan untuk duduk didunia baru dalam pekerjaan, bukan lagi seorang guru Mengajar anak didik di Sekolah,. Tetapi seorang penyelia daerah yang InsyaAllah akan membantu setiap guru-guru di daerah tempat ku Bekerja..

Allah, betapa besar nikmat dan kasih sayang mu pada diri ini. Sekadar inigin mencuba dunia baru dalam bidang pekerjaan. Alhamdulillah Allah permudahkan…
 
Hari ini 22hb 01 2014. Lagi 10 hari akan bergelar raja sehari,. Macam tak percaya, tetapi itulah ketentuan dan kenyataan dari yang maha Esa Buat diri yang daif ini.

 “ Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Maakirin” Allah merancang, kita juga merancang sama, bahkan perancangan Allah
Lebih baik dari perancangan kita sebagai hambanya. Hakikat perkenalan selama setahun dan bertunang hampir setahun menjadi titik tolak bermulanya perhubungan yang di persetujui oleh
Kedua-dua keluarga,. Ku mengharapkan redhomu Ya Allah atas hubungan yang terjalin ini.

Rasa agak unik dalam menjalani hidup sejak akhir-akhir ini, barangkali ini dikatakan rezeki Allah dan barangkali juga ini dikatakan ujian buat diri,. Jodoh yang datang tanpa dipinta, menguatkan lagi untuk ku katakana pada diri  ~ia adalah perancangan Allah s.w.t. ~ yakin pada diri dan segala apa yang berlaku adalah takdir dari yang maha Esa.

Tanggal 01022014, (Sabtu) dengan izin Allah, mudahan Allah permudahkan segala persiapan dan perjalanan majlis pada hari itu,. Debar menanti untuk disatukan dengan seorang wanita yang tidak pernah ku kenali dan bersua muka, tetapi atas perancangan Allah kami bersua di dunia maya . titip perkenalan hari demi hari mendatangkan rasa cinta di hati.  Sungguh Allah aturkan perjalanan cinta kami dengan sempurna. Dunia yang sementara, dan perjalanan perlu di tempuhi dengan sabar dan tabah,

“ Ya Allah, satukan HATI ku dengan HATI nya dalam mahabbah dan kasih sayang mu, tabahkan hati kami dalam menempuhi hidup yang serba mencabar ini. Berilah kami kesabaran dalam hal-hal yang berkaitan hidup kami,.  Ya Allah, harapan dariku semoga permulaan hidup berumah tangga ini, mendapat redhomu dan kekal hingga ke Jannah mu. Dan melahirkan zuriat soleh dan solehah,..”

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah,.. tahniah teman..
Semoga Allah rahmati kalian berdua,..