31 Mei 2013

Cuma Ingin Meluahkan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHI



Berteman malam yang sunyi, berteman bingit-bingit suasana malam yang menyelinap masuk ke dalam minda..
Teringin pula jiwa mengeluarkan kata cinta buat insan yang telah Allah pilih untuk bertakhta dihati ini. namun apalah daya tiada singgah... tidak tahu apa yang hendak dikongsikan, tapi cuma satu perasaan yang ingin berkata-kata..

Sebuah buku putih kemas dengan ukiran comelnya baru selembar dicoretkan, sekian lamanya yang menjadi luahan ... terluput kini,dan memori tidak lagi dalam ingatan, tapi cuma bermain-main tat kala mengingat.

Teringin pula diri ini menulis sebuah cerita, akan sebuah kisah cinta... teringin pula diri ini mengukir sebuah lukisan, lukisan yang bisa mendalam dalam sanubari... teringin pula diri ini bermain lensa, menjadikan segalanya berharga... teringin pula diri ini mengintai ilham mencipta sebuah gambar menarik, menjadikan kepuasan dalam melalui masa... namun apakan daya... masa tiada menentu, dan mood yang sering berubah-ubah....

Aku ingin menjadi seperti insan yg lain, yang mudah mengeluarkan kata-kata manis dalam menulis cerita dan sebuah pengajaran,jika berkata-kata, jauh sekali aku bisa. Mungkin aku belum bersedia untuk menjadikan sebuah kisah realiti yang ku lalui sebagai pengajaran  buat orang lain.

Hati ini masih belum bersedia... kekuatan yg masih belum tiba, dan mungkin ada baiknya segalanya biarlah tersimpan indah dalam memoir duka semalam... Segalanya telah Allah aturkan hikmah.. redha dan teruskan kehidupan.. Insya'Allah suatu hari, akan ku tuliskan cerita buat tatapan bersama. kerana aku juga ingin.. sekali.. ingin sekali meluahkannya.... Insya'Allah...


Allah Hu Yahdiki,..

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Dialah puteri indah RUPAWAN…

Tika gadis lain sibuk menghias diri,
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya…
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa dengan bersama CintaNYA…

Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga,
Dia TEKUN dengan BAIT kata TUHANnya…
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba…

Gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
Indah di pandangan namun sukar DIPEGANGI
Mulianya kerana KETAQWAAN,
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA…

Kerana itulah dikatakan dia…

GADIS IDAMAN
Moga engkaulah gadis yang dirindui SYURGA…


~~ BICARA HUD-HUD / MYOKO ICHI ~~