10 Mei 2013

BINGKISAN BUAT UKHTIKU,..


                            Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


surat ini khas ditujukan buat ukhti, insan tersayang..
semoga tabah dalam menghadapi ujian hidup, tarbiyyah dari Illahi..
suka kiranya mahu berkongsi..
dalam tiap langkah, jangan lupa untuk 'report' padaNya..
biar pun susah atau senang..
andai susah.. 
adulah.. "ya Allah...hambaMu ini sedang menghadapi kesusahan.bantulah aku dalam menghadapiNya.kuatkan langkah kaki ini untuk menuju cintaMu, dan bukan cinta lain. kurniakan aku ya Allah pilihan yang terbaik untukku dariMu kerana aku tahu segala yang berlaku dariMu dan Engkau tahu itu yang terbaik untukku. jangan biarkan aku membuat pilihan tanpa petunjukMu walau sekerdipan mataku ini.."



andai senang..
khabarkan.. "ya Allah. ku syukuri nikmatMU padaku. kurniakan aku jiwa yang sentiasa bersyukur dan bukan kufur. ya Allah, tetapkan aku di jalan ini dan jangan pula Kau pesongkan dan hanyutkan aku dengan kesenangan ini. ya Allah, jadikan aku hamba yang sentiasa syukur dan redha dengan nikmat pemberianMu, juga yang murah untuk berkongsi nikmatMu dengan yang lain. jauhilah aku dari sikap mazmumah. aku tahu, ini yang terbaik untukku. terima kasih ya Allah."
....


dalam tiap gerak langkah, pasti kita akan dilamar dengan pilihan.
jarang kita mempunyai lebih daripada dua pilihan..
syurga@neraka.. muslim@kafir.. syukur@kufur.. pahala@dosa.. mahu@tidak.. sayang@benci.. terima@tolak.. pendam@luah..
oleh itu, fikirkan kembali setiap pilihan yang dibuat.
jika pilihan yang dibuat terbaik buat agama..maka teruskanlah..
yakinlah dengan tiap langkahmu kerana Allah sentiasa bersama hambaNya..
jangan pernah putus untuk terus mengadu nasib padaNya...
jangan pernah tinggal untuk berkongsi gembira bersamaNya..
jangan pernah lupa untuk kahbarkan kedukaan di hatimu menerusiNya..
cintailah mereka yang mencitai Allah.
sayangilah mereka yang menyayangi Allah
rindulah mereka yang merindui Allah
kasihkan mereka yang mengasihi Allah
...
moga tiap gerak-geri dalam jagaanNya.
supaya tidak tersasar dari jalanNya.
terima segalanya dengan hati terbuka.
itu terbaik buat diri..

 buatmu yang tersayang..ukhti habibi awi-awi... ;)  ^_^  (" 

www.persinggahanterakhir.blogspot.com

09 Mei 2013

TOLONG CARI BAHU UNTUKKU,...!!


 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar. Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti." Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi.

Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita." Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta." Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan.

Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku." Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok. Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?" Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting." Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu." Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.

Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya." Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.

Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti. Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... 

Buat mu Ukhti Habib,
"moga tiap gerak-geri dalammu sentiasa di dalam jagaanNya.
supaya tidak tersasar dari jalanNya,
terima segalanya dengan hati terbuka.
itu terbaik buat diri kita berdua.."

www.persinggahanterakhir.blogspot.com

:::.. SABAR DALAM MENEMPUH DUGAAN ..:::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum wbt, dan selamat sejahtera buat para pembaca yang
 saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada
 kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 

Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan Iman,
 dimatikan dalam Iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan Iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan 
dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w.,
 Ahli keluarga dan para Sahabatnya.....


Teman.,!

Mereka menafikan kebenaran,
Mengagungkan kefasikan,
Menepis hak rakyat dari segenap lapisan,
Mereka sanggup lakukan apa saja demi kekal menjadi kerajaan.

Usah bersedih, usah berduka,
Teruskan perjuangan  dan ingatlah,
Walaupn kita tidak menang dihadapan manusia,
Kita tetap menang di hadapan ALLAH."

______________________________________

Teman, 
Persinggahan Terakhir kita adalah di akhirat sana,.
walau pun kita tidak menang didunia, tetapi InsyaAllah ingatlah. 
Allah maha berkuasa atas segala-galanya.

www.persinggahanterakhir.blogspot.com