04 Mac 2013

Sisipan Kata Mutiara Indah... "IKHLAS"


Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

penantian seorang Daie'


'Hatiku ini milik siapa..?' Persoalan tegar yang pastinya memenuhi benak setiap insan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup..Cinta, hebatkah cinta, benarkah ia begitu agung seperti yang diceritakan dalam hikayat-hikayat dan syair-syair indah..Atau ia sekadar rekaan manusia semata-mata, demi menjadikan kehidupan ini lebih bermakna..
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula..

Yang pastinya, setiap mereka yang waras pasti mempunyai keinginan ke arah itu..Fitrah insani, ingin mencintai dan dicintai..Namun apalah daya, belum tiba masanya..Ya, masanya masih belum tiba untuk kami memetik bunga yang sedang mekar di taman..Bersabarlah wahai bidadari-bidadari syurga, betapa kami ingin memilikimu, namun kami lebih takut akan Allah..


Kami tidak ingin menyentuhmu, bahkan kami takut untuk menyatakan cinta kepadamu, kerana kami tidak ingin berdusta padamu..Sesungguhnya setiap lelaki itu, dalam hatinya pasti terselit niat ingin mencari wanita yang baik untuk dijadikan ibu kepada anaknya..Sebab itulah kami tidak ingin menjadikanmu sebagai kekasih sekarang, kerana mungkin kami akan meninggalkanmu apabila kami bertemu yang lebih baik..

Wahai sekalian bidadari dunia, teruskanlah menundukkan pandangan matamu, kerana malu itu perhiasan bagi wanita..Namun ramai wanita tidak menyedari, betapa kami sering tertewas dengan sifat malu itu, oleh itu jangan sekali-kali engkau membuangnya daripada dirimu..Janganlah engkau memandang tersenyum kepada kami, kerna ia mungkin memberi penyakit pada hati kami, lalu bagaimana kami akan menjadi pemimpin yang baik kepada kamu..

Benar, engkau ingin kelihatan cantik di mata kami, lalu engkau lengkapkan dirimu dengan perhiasan dan keindahan..Tapi tahukah engkau apa erti kecantikan sebenar wanita di mata kami..Tahukah engkau bila saatnya kami benar-benar terpesona kagum denganmu..Itulah apabila engkau menutup rapi dirimu dengan pakaian longgar..Kerana bukanlah pakaian ketatmu yang mencantikkan engkau, bukan juga tubuh badan yang   indah dipandang..Ia hanyalah cantik pada pandangan nafsu, namun pada pandangan hati kami, saat itu engkau tertewas.. 


Wahai kaum hawa penyejuk mata, cukuplah engkau mendedahkan auratmu..Turunkanlah, dan labuhkanlah pakaianmu..Bukan kami benci melihatmu, bukan kami meluat melihatmu dalam pakaian ketat, bahkan nafsu kami menginginkannya! Namun kami sedar ada yang lebih berhak ke atasmu, suamimu..Kami tidak ingin mengkhianati suamimu dengan memandangmu dgn penuh bernafsu..Boleh jadi suamimu nanti adalah sahabat kami sendiri, pasti kami akan berasa lebih berdosa..

Di saat ini kami sedang mujahadah, melawan godaan-godaan yang datang..Sesungguhnya pada usia beginilah  perasaan itu kuat mendera..Bukanlah kami ingin menafikan sunnatullah, namun amanahnya terlalu berat..Kami sedar kami tidak akan mampu melawannya sendirian, oleh itu kami memerlukanmu, bantulah kami dalam memelihara diri..InsyaAllah bila tiba saatnya, kami akan datang kepadamu, mengambil dirimu dari orang tuamu sendiri..Di saat itu kami tidak berdusta lagi, kami benar-benar ikhlas mencintaimu..Saat itu kita sama-sama tersenyum bahagia, mengucapkan ayat-ayat cinta yang sekian lama terpendam..

"Ku Berubah Kerana Allah"


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah atas segala nikmat kurniaannya kerana hari ini saya masih bernafas dan berpeluang untuk memperbaiki kelemahan diri.
Setiap manusia itu di anugerahkan Kelebihan dan kelemahan. Dalam meniti hari-hari dalam hidup, kini dunia yang saya pijak terasa semakin nyata. Semakin hari semakin sedar betapa hanyut diri ini selaku insan yang diciptakan oleh Allah sebagai hambanya.


Bukan baru sedar betapa indahnya dunia Allah cipta untuk kita, bukan baru tahu bahawa dunia ni tempat persinggahan, tapi baru terdetik dalam hati ini SIAPA SAYA DI BUMI ALLAH. . . saya berharap agar perasaan ini kekal dalam diri saya selamanya . kadang kita sihat, kadang kita sakit, esok lusa kita tidak tahu adakah kita masih bernafas. Saya tidak layak untuk berkhutbah, atau menasihati orang lain, kerana saya masih perlu memperbaiki siapa saya. :) saya cuma ingin meluahkan apa yang tersirat dalam hati ini.

Saya berterima kasih kepada sesiapa yang menyokong saya dari belakang, Alhamdulillah ,masih ada yang kasih pada saya. saya gembira dengan keadaan saya sekarang. lebih TENANG dan bahagia. Perubahan yang kita lakukan pada diri sendiri tidak perlu paksaan. ia akan lahir dari hati kita. walaupun perubahan yang saya alami adalah sebesar sebutir pasir di pantai, saya yakin, bahawa Allah itu sentiasa memberi petunjuk untuk kita.

"Dalam meniti hari-hari sebagai seorang hamba, sering kali kita terlupa tentang 'teguran-teguran' yang Allah hantar kepada kita. Kita menganggap serpihan kaca yang dipijak itu hanyalah sampah yang berlegaran di jalan raya. Selalu kita lupa setiap detik pergerakan kita dalam perhatian Allah, jadi mana mungkin semua yang berlaku keatas kita adalah kebetulan dan sia-sia." -persinggahanterakhir.blogspot.com