14 Februari 2013

SAAT INDAH ITU .....


Alhamdulillah Syukur, masih berpeluang menulis sedikit dalam blog  persinggahan ini.. dah lama rasanya tidak coret-coret kat blog semangat cinta persinggahan ni. Syukur segala puji bagi Allah, Semangat cinta yang dipertahankan masih dipahat sebaiknya... Iman ada naik turunnya, namun bersyukur kerana masih terjaga ketika lemah, semangat masih datang ketika ia pergi. Semangat cinta buat Pencipta dan Rasul junjungan ... datangnya buat keluarga, sahabat dan mereka yang turut menyintainya. 

Dalam kasih ~ Jangan ada "kerana" yang lain... Jikalau ada yang lain, pasti hubungan itu tergugat jua walaupun bagaimana teguhnya janji dan peneguhan kata yang pernah dibina... bagi mengekalkan kasih, yang bahagia di dunia mahu pun akhirat, berbuatlah apa sahaja kerana Allah.... Lurus dan tulus, tanpa belok dan bengkok.... (Wall post yang ku beri pada seorang rakan yang begitu rapat dalam hidupku, yang memberi semangat ketika runtun, memberi kegembiraan dalam kepiluan, membawa sinar ketika suram, membawa cahaya ketika gelita..... )


Melalu hari-hari yang datang seperti biasa, tanggal 10.02.2013 yang lalu berubah sekelip mata, tanpa sadar dan jaga. Alhamdulillah, sungguh Allah s.w.t mendengar rintihan kalbu, yang disalurkan pada doa dan harapan. Ianya hari indah, dimana terukir mentari, saat mula diukirkan sebuah harapan dan mehnah dalam kehidupan seorang hamba. Menerima panggilan dari teman yang begitu istimewa dalam diri, yang sudah bersedia membina mahligai indah impian setiap insan. Dalam keadaan bersedia atau tidak, begitulah cerita dan takdir yg telah diukirkan untuk kita... Kala hati tak terkata, pelbagai perasaan yang berbaur menjadi satu, antara gundah dan gabra, risau dan takut.. 

Bersedia kadang datang dengan kergaun, namun keyakinan hadir bila segalanya diatur dengan penuh rapi,Hendak maju haruslah berani menghadapi ketakutan yg ada, hendak mara haruslah berani menghadapi segala kemungkinan, apa pun ujian yg datang, tidaklah mustahil dalam menghadapi...

Senyuman terukir setiap hari, bait-bait indah mula mengiringi setiap saat... Bersyukur tiada henti kerana doa yang di pohon termakbul akhirnya, istikharah terjawab, berkat kesabaran dan tawakal tiada henti. Walaupun pada mulanya agar sukar, dengan mehnah yang datang, alhamdulillah segalanya kini rapi, dan masanya hampir tiba...Menanti saat indah, selangkah maju dalam mengharungi jalan menuju cinta sejati..tiada terkata debaran ini hingga merasa sendu dalam gembira, tanda syukur kerana apa yang dipertahankan telah dibalas begitu indah sekali...  hanya diri dan Allah SWT yang tahu akan Debaran menanti saat pertama melihat wajahnya dihadapan mata.. Sebagai suri yang bakal taat untuknya... insya'allah...     

Semoga Allah menjaga cinta dihati kami, agar tidak dicemari dengan kehinaan yang membinasakan kami dan keturunan kami, hingga saat yang tercatit tiba, sabar menanti masanya, kami disatukan dgn akad suci... 
Allahumma amin ya rabbal alamin...