10 Oktober 2013

Bersamanya, Segalanya Sempurna.


Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah lagi maha Mengasihi
 

Cukup untuk yakin Allah ada bersama,Segalanya terasa sempurna :)
Jalan ini

 
Katamu
Jalan yang penuh kesedihan
Sepinya berpanjangan
Rasa ditinggalkan
Jauh terkebelakang

Katamu 
Jalan ini penuh kesesakan
Menyempitkan akal
Melemaskan jiwa 
Malah begitu menghinakan 
Hanya sesuai bagi mereka yang tersisih.

Katamu lagi
Jalan ini jalan yang dibenci
Tak siapa sanggup menemani 
Dan akhirnya aku kan terus sunyi
Hidup bersendiri.

Berbeza dengan kata hatiku.

 


Percaya sahaja tidak mencukupi,masih perlu pada keyakinan
Bagi ku jalan ini penuh kebahagiaan
Tidak pernah sedetik aku keseorangan 
Tidak pernah sesaat aku ditinggalkan 
Tidak pernah sekali aku diabaikan
Kerana aku tahu
Dijalan ini aku punya DIA.

Kata hatiku
Jalan ini penuh ketenangan
Mendidik akalku
Mendamaikan jiwa
Malah aku terasa mulia dengan 'izzahnya jalan ini

Kerana aku tahu
Dijalan ini Aku bersama DIA.

Kata hatiku lagi,
Jalan ini penuh cinta
Khas dari Pemilik segala cinta
Setiap waktu DIA setia menemani
Tak pernah sekali DIA melupai

Kerana aku tahu
Dijalan ini aku membina cinta untukNya.
 
Sering.Selalu.Sentiasa.

 
Setia bersamaNya ternyata aku tidak mungkin pernah kecewa.

Dari Abdullah bin Abbas R.A- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: "Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamuJagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah ditetapkan takdir-takdir."

(Hadith riwayat At-Tirmizi)

Tiada ulasan: