10 Mei 2013

BINGKISAN BUAT UKHTIKU,..


                            Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


surat ini khas ditujukan buat ukhti, insan tersayang..
semoga tabah dalam menghadapi ujian hidup, tarbiyyah dari Illahi..
suka kiranya mahu berkongsi..
dalam tiap langkah, jangan lupa untuk 'report' padaNya..
biar pun susah atau senang..
andai susah.. 
adulah.. "ya Allah...hambaMu ini sedang menghadapi kesusahan.bantulah aku dalam menghadapiNya.kuatkan langkah kaki ini untuk menuju cintaMu, dan bukan cinta lain. kurniakan aku ya Allah pilihan yang terbaik untukku dariMu kerana aku tahu segala yang berlaku dariMu dan Engkau tahu itu yang terbaik untukku. jangan biarkan aku membuat pilihan tanpa petunjukMu walau sekerdipan mataku ini.."



andai senang..
khabarkan.. "ya Allah. ku syukuri nikmatMU padaku. kurniakan aku jiwa yang sentiasa bersyukur dan bukan kufur. ya Allah, tetapkan aku di jalan ini dan jangan pula Kau pesongkan dan hanyutkan aku dengan kesenangan ini. ya Allah, jadikan aku hamba yang sentiasa syukur dan redha dengan nikmat pemberianMu, juga yang murah untuk berkongsi nikmatMu dengan yang lain. jauhilah aku dari sikap mazmumah. aku tahu, ini yang terbaik untukku. terima kasih ya Allah."
....


dalam tiap gerak langkah, pasti kita akan dilamar dengan pilihan.
jarang kita mempunyai lebih daripada dua pilihan..
syurga@neraka.. muslim@kafir.. syukur@kufur.. pahala@dosa.. mahu@tidak.. sayang@benci.. terima@tolak.. pendam@luah..
oleh itu, fikirkan kembali setiap pilihan yang dibuat.
jika pilihan yang dibuat terbaik buat agama..maka teruskanlah..
yakinlah dengan tiap langkahmu kerana Allah sentiasa bersama hambaNya..
jangan pernah putus untuk terus mengadu nasib padaNya...
jangan pernah tinggal untuk berkongsi gembira bersamaNya..
jangan pernah lupa untuk kahbarkan kedukaan di hatimu menerusiNya..
cintailah mereka yang mencitai Allah.
sayangilah mereka yang menyayangi Allah
rindulah mereka yang merindui Allah
kasihkan mereka yang mengasihi Allah
...
moga tiap gerak-geri dalam jagaanNya.
supaya tidak tersasar dari jalanNya.
terima segalanya dengan hati terbuka.
itu terbaik buat diri..

 buatmu yang tersayang..ukhti habibi awi-awi... ;)  ^_^  (" 

www.persinggahanterakhir.blogspot.com

Tiada ulasan: