10 Oktober 2013

Bersamanya, Segalanya Sempurna.


Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah lagi maha Mengasihi
 

Cukup untuk yakin Allah ada bersama,Segalanya terasa sempurna :)
Jalan ini

 
Katamu
Jalan yang penuh kesedihan
Sepinya berpanjangan
Rasa ditinggalkan
Jauh terkebelakang

Katamu 
Jalan ini penuh kesesakan
Menyempitkan akal
Melemaskan jiwa 
Malah begitu menghinakan 
Hanya sesuai bagi mereka yang tersisih.

Katamu lagi
Jalan ini jalan yang dibenci
Tak siapa sanggup menemani 
Dan akhirnya aku kan terus sunyi
Hidup bersendiri.

Berbeza dengan kata hatiku.

 


Percaya sahaja tidak mencukupi,masih perlu pada keyakinan
Bagi ku jalan ini penuh kebahagiaan
Tidak pernah sedetik aku keseorangan 
Tidak pernah sesaat aku ditinggalkan 
Tidak pernah sekali aku diabaikan
Kerana aku tahu
Dijalan ini aku punya DIA.

Kata hatiku
Jalan ini penuh ketenangan
Mendidik akalku
Mendamaikan jiwa
Malah aku terasa mulia dengan 'izzahnya jalan ini

Kerana aku tahu
Dijalan ini Aku bersama DIA.

Kata hatiku lagi,
Jalan ini penuh cinta
Khas dari Pemilik segala cinta
Setiap waktu DIA setia menemani
Tak pernah sekali DIA melupai

Kerana aku tahu
Dijalan ini aku membina cinta untukNya.
 
Sering.Selalu.Sentiasa.

 
Setia bersamaNya ternyata aku tidak mungkin pernah kecewa.

Dari Abdullah bin Abbas R.A- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: "Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamuJagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah ditetapkan takdir-takdir."

(Hadith riwayat At-Tirmizi)

02 Oktober 2013

Bicara Hati - "Bila Nikmat Allah Tidak Kita Syukuri"


         
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya terlalu banyak  nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Baik kita sedar ataupun tidak, Allah sentiasa mengurniakan nikmat yang bertali arus kepada kita. Namun sedarkah kita, dalam seharian berapa kali sangatlah kita duduk insafi dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan???

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..

" Golongkanlah aku dalam kalangan orang yang sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat yang Engkau telah kurniakan kepada kami, walaupun pasti aku tidak dapat senaraikan satu persatu kerana terlalu banyak ya Allah..Golongkanlah aku ya Allah dalam kalangan hambaMu yang bersabar dan redha dengan segala ketentuan dan ujian yang Engkau datangkan kepadaku. Engkau tidak akan turunkan ujian ini melainkan kesanggupanku untuk mendepaninya ya Allah.."


Bila di saat genting, barulah kita sedar sebenarnya sekuat mana pun usaha kita, banyak perkara yang kita sebenarnya tidak mampu untuk melangkah kehadapan sekiranya tiada Allah disisi. Jangan pernah ego bahawa, apa yang kita lakukan itu atas daya usaha dan kehebatan kita, tapi segalanya dari Allah. Meskipun untuk berdiri, kita memerlukan nikmat Allah, inikan pula untuk terus hidup dengan macam-macam lagi yang segalanya dapat kita hadapi hanya dengan belas ehsan Allah..

Ingat kalian, kita telahpun menjadi juara diantara 250juta sperma dalam satu pertarungan dulu. Maksudnya, Allah benar-benar telah memilih kita untuk hidup di muka bumi ini. Ya kita! Bukan di belakang, depan, kiri, kanan, atas mahupun bawah. Tapi kita yang Allah pilih! Mulakan detik ini dengan bersungguh dan perbaharui niat setiap apa yang kita korbankan, apa yang kita buat segalanya untuk Allah.

Supaya kita setiasa rasa bahagia, biarpun badan penat teramat  sangat, tapi ingat Allah ada. Biarpun serabut memikirkan beban kerja yang menggunung, ingat Allah ada.Biarpun penat otak memikir, ingat Allah ada. Biarpun hati sedih meronta-ronta tebarkan senyuman dan ingat Allah ada dan yang paling penting,

Allah tidak pernah MENZALIMI hamba-hambaNya…

Bantu kami untuk kuat ya Allah disaat kami amat memerlukan pertolonganMu untuk teruskan langkah kami yang kian rapuh ini..

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..

12 September 2013

Syukur Padamu Ya Rabb, atas segala ketentuan,.


Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani



 Pagi menjelang begitu indah... 
terasa syahdu walaupun nyamuk tidak henti-henti menjentik.
 Alhamdulillah hari ini masih mampu jantung berdegup, masih mampu nafas menghembus.  
Dan hati... alhamdulillah bahagia bersama detik2 waktu, walaupun ujian kadang mencela.

Matahari hampir naik, terasa begitu cepat malam berlalu, menghabiskan masa-masa seperti hari biasa, berjaga dan menghargai waktu yang ada, seolah tidak pernah puas. Namun saat ia terhenti terus dinanti. Bukanlah meminta-minta tapi merindukannya kerana waktunya pasti kan sampai.... 

Dalam hati....
Ada rindu......
Dalam hati.....
Ada cinta.......

Subhanallah.... betapa aku mencintai dan menyayanginya... insan yang kini mengisi ruang di dalam hidup, alhamdulillah setahun empat bulan usianya. 
Sebuah rindu yang tidak dapat diungkapkan, kerana dia selalu ada, memberi kekuatan dan semangat. Dan dia selalu ada dihatiku....

Mengimbas kembali....
Saat perkenalan....
Segalanya begitu indah....

askm... salam prkenalan dari akak. akak minta maaf pd badri cz mgkn badri xkenal akak tp akak adalah cb mengenali badri melalui fb badri ni.akak minta maaf klu akak terlalu berterus terang pada badri dlm perbualan pertama kite ni. sebenarnye akak nk tanye satu soalan y agak peribadi sikit, adakah badri telah mempunyai pilihan teman hidup? badri jgn slh sgka plk yek... sbnrnye akak ingin perkenanlkn badri dgn adik prmpn akak y umurnye baya dengan badri... sbgai kakak akak cm ingin membantu.. akak harap sgt kerja sama dr badri. "


Bukanlah cinta jika tiada indah...
Bukanlah cinta jika hanya derita...
Begitu Allah menciptakan cinta begitu indah...
Membuka dua jalan..
Antara Syurga dan Neraka....

Antara pilihan yang antara satunya tanpa sedar dan jaga. Ku memilih untuk terus menjaganya.. menjaga cinta itu agar terus terjaga dan disimpan rapi..  Segala keindahan datangnya dari Allah, dan segala kecacatan datang dari sendiri....
Kala diri terleka, dia mengejutkan...
Saat diri amarah, dia memberi ketenangan....
Saat diri kesakitan, dia memberi ubat...
Saat diri hampa, dia pemberi semangat.. 
Terima kasih ya Allah.....
Sungguh ia anugerah yang tak ternilai dan satu-satunya pernah kutemukan seumur hidupku...
Namun ku yakin ia juga ujian untukku.... 
Kuatlah duhai hati ...

Terima kasih ya Allah, sungguh keyakinan dulu telah Kau sirnakan, sungguh segalanya tiada mustahil dari-Mu.. Jika dulu ku merasakan tidak wujud insan sepertinya.. naum Kau bukakan mata hatiku saat kesunyian... Kehadirannya memberiku kesedaran dan kekuatan...
Dan mungkin kesakitan dan penderitaan.... Namun ku yakin yang terbaik adalah dari-Nya... 

Kita hanya merancang, Allah juga merancang... Namun Allah SWT sebaik-baik perancang.... 
Ya Allah... Jagalah cinta ini, jagalah cintaku dihatinya dan cintanya dihatiku.. Andai ini adalah takdir yang tercatat buat kami, aku teramat bersyukur atas pemberianmu ini,.

Amin ya Rabbal alamin...


25 Ogos 2013

::..Malam Pertama..::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


“ Malam Pertama” di syurga adalah gambaran kehidupan insan-insan yang berjaya di sisi Allah swt sehingga mereka layak bergelar “ Ahli Jannah”. Sebenarnya di syurga tidak dibatasi oleh dimensi ruang dan waktu, sehingga tiada malam ataupun siang di sana. Adapun “ Malam Pertama” di  syurga hanyalah sebuah perumpamaan betapa indahnya di syurga, sehinggalah lebih indah daripada malam pertama pengantin baru.
          Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh istana manapun di dunia ini. Keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat kita bayangkan. Ia mengingatkan kita supaya sentiasa beramal dengan amalan-amalan ahli syurga seperti firmanNYA :
   
Itulah Dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman Yang Selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan Yang betul lurus (yang Selamat itu).

Bukannya mudah untuk memastikan “Hari Pertama” kita berasa di dalam syurga kerana ia memelukan perjuangan dan amalan yang banyak semasa hidup atas dunia. Perjalanan ke syurga dipenuhi dengan onak dan duri, manakala jalan ke neraka pula dipenuhi dengan keinginan syahwat yang tiada berpenghujung. Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang diberikan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka adalah tempat seksaan untuk mereka yang beramal keji dan buruk.

        Anas ra. pernah berkata, “Mahukah kamu diberitahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan di dengar oleh manusia (yang masih hidup)???. Hari yang pertama adalah hari dimana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaanNYA ataupun kemurkaanNyA (hari kematian), dan kedua iaitu hari dimana kamu dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam KUBUR dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya HARI KIAMAT.

Sesungguhnya insan yang beriman adalah mereka yang sangat takut jika kembali kepada Allah dalam keadaan penuh dosa. Mereka inginkan hari-hari pertamanya di kubur (alam barzakh) bagaikan “MALAM-MALAM PERTAMA” yang indah di syurga.

Moga ianya menjadi milik kita semua. Insya Allah…amiin

22 Ogos 2013

~~:::..Tiada apa Yang Sempurna Di Dunia Ini..::: ~~

  
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Mendengar lagu bertajuk kesempurnaan, menjadikan diri terhibur, sedikit pun tidak peduli akan suara hujan yang lebat menghentam apa yang dicapainya..

Sempurna kadang menjadi satu tujuan, tujuan yang menjadikan seseorang terpaksa mengejar dan mencapai sesebuah maklamat, Ramai yang tahu, dan mudah mengungkapkan, "Tiada apa yang Sempurna di dunia ini". Namun, ramai juga yang tidak menyedari, diri sendiri sentiasa mengharapkan sesuatu yang sempurna buat dirinya. Terimalah hakikatnya, setiap orang sememangnya mengharapkan yang terbaik buat dirinya, dan apa pun yang dirancang berjalan dengan lancar. Namun, bila kesempurnaan ialah punca utama, tidak ada apa-apa yang akan diketemukan, cukuplah sudah hal sederhana yang menjadikan kita puas hati dan mungkin penerimaan yg baik apabila ia melibatkan orang lain.

Dalam mencapai sebuah 'kesempurnaan', janganlah kita lalai dan lupa, bahawa segala apa yang kita terima, sedikit pun nikmat dan hasil adalah dengan izin Allah SWT, takdir yang sudah tercatit buat kita. Bersangka baiklah degan takdir Nya kerana pasti sesuatu yang berlaku mahu kita suka atau sebaliknya pasti berhikmah. Dan sebuah kekurangan  menjadi sesuatu yang melengkapi diri kita, dan menjadikan kekurangan itu membentuk sebuah kesempurnaan, Insya'Allah...

Sememangnya, tiada  apa yang sempurna di dunia ini, kerana yang kekal  itu akhirat semata-mata. Tapi apa salahnya mencuba mewujudkan kesempurnaan dengan menghargai hasil atau kelemahan dan kekurangan seikhlasnya. dan ia pasti wujud bila kita sentiasa cuba usaha yang terbak sehingga apa pun hasilnya, itulah kesempurnaan.

Kadangkala saat kita mencari kesempurnaan, yang kita dapat kemudian kekecewaan. Tetapi kala kita siap dengan kekurangan, maka segala sesuatunya akan terasa istimewa... Insya'allah..

~~~ UhibbukiFillah ~~~


12 Ogos 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri 1434H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF LAHIR & BATIN,.
MINAL AIDI WAL FA'IZIN,..
KULLU AMMIN WA ANTUN BI ALFI KHAIRIN


14 Julai 2013

Perjalanan Ramadhanku,..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw... Hanya kepada Allah kita berserah. Hanya kepada Allah kita sandarkan segala rasa hati.. Hanya kepada Allah kita luahkan segalanya. Kerana pada saat walaupun seluruh dunia & segala isinya mampu mendengar, memahami dan mengerti tentang kita, ianya tetap tidak dapat mengatasi besar dan hebatnya kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba yang lemah..

Dengan izin Allah, jari jemari ini pantas menaipkan butiran bicara yang tersimpan jauh di lubuk hati.. Cuba memandang sisi-sisi kehidupan yang dilalui lewat kebelakangan ini sebagai suatu momen yang terindah..sebagai satu saat yang sentiasa membahagiakan..sebagai satu detik yang tidak pernah ada padanya kelukaan, kesakitan, penderitaan.. segalanya bahagia..kerana segalanya dari ALLAH SWT..

Malam ini telah masuk 5 Ramadhan 1434H,.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan Olehnya untuk merasai nikmat hidup diatas dunia yang fana' ini. sungguh Ramadhan kali ini menguji diri. yang pasti, setiap yang datang dan singgah pada diri, mesti diharungi dengan tabah dan sabar.. Ramadhan Kareem buat semua yang singgah dan membaca blog persinggahan ini. semoga kalian diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa kali ini,.. 

Bermenolog sendirian tika ini, memikirkan perjalanan Ramadhanku, juga perjalanan hidupku kini,. bicara hati yang tidak berkesudahan, membuatkan fikiran berkecamuk memikirkan tentang hidup ini. Ya Ramadhan, aku berada didalamnya,....

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) krn b'puasa lbh wangi di sisi Allah S.W.T"
( HR Bukhari dan Muslim )

Sekali lagi hati dan iman berbicara.. moga diri ini ikhlas menerima kehadiran ramadhan kali ini.. Usia lalu telah banyak dibazirkan.. ramadhan yang barakah tidak pernah diperhalusi kehadirannya.. Ya Allah.. segalanya dalam genggamanMU.. segalanya dengan kudratMu.. izinkan hambaMu ini menggapai keampunanMu. .menikmati indahnya cintaMu dalam ramadhan kali ini... hanya Engkau yang Maha Mengetahui.. 


26 Jun 2013

Gerbang Ramadhan - persinggahanterakhir


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Sungguh indah di malam hari, 
Cahaya bintang bergemerlapan;
Madrasah Ramadan tiba lagi,
Bulan yang penuh dengan keberkatan.

Tenangnya hati dengan berzikir,
Mengingati Allah sebaik amalan;
Kepada-Mu Allah kupanjatkan syukur,
Dapat merasai keindahan Ramadan.

Ibadah berganda di bulan umat,
Buat hamba Allah yang beriman;
Menantikan satu malam yang penuh berkat,
Malam yang baik dari seribu bulan.

Tadarus Quran tidak dilupakan,
Solat terawih di malam hari;
Ibadah sunat juga digandakan,
Sebagai bekalan rohani dan jasmani.

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam tidak kira di mana-mana jua anda berada. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita.




09 Jun 2013

Bicara - Diari Hati Seorang Lelaki

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Aku cuba belajar menulis dengan Hati dan Jiwa...
aku cuba menulis dengan Akal dan Jasad...
Aku cuba belajar menulis dgn Akhlak dan 'Amal...
Aku cuba menulis tentang Hidup dan Kehidupan...
Aku masih belajar menulis Dengan Cinta Dan Kasih Sayang...
aku tetap akan Belajar menulis dengan Rindu dan Pengharapan...
Dan aku yaqini aku akan terus menulis dengan Jiwa & Rohku ditanganNYA...
Itulah aku seorang Pengembara dan Musafir Fakir...
Dan aku adalah seorang lelaki Yang punyai Hati...
Dan Biarlah Seumur Hidup ini,aku berhidup dengan HATI seorang LELAKI SEJATI...
Agar Tulus lurus PERIBADIKU Dan PERANANKU sebagai seorang lelaki...

Senantiasa menulis dengan mata Pena perjuangan kerana Ilahi...

Catitan Diari Hati Seorang Anak

Bisakah seorang anak itu seTabah dan seRedha Ismail
Mampukah sang anak itu seAmanah dan Sejujur Muhammad
Tekad si anak itu,pastikah Seteguh Mus'ab
Pastikah Akal si anak itu sehebat Ibnu Abbas
seiringkah semangat si anak itu bagaikan Usamah
Ah...anak...
engkau adalah lelaki
Jiwamu itu Saluti dengan Sifat Kepahlawanan menegakkan Islam
Selimuti tubuhmu itu dengan dengan Akhlak Terpuji
sebatikan hatimu dengan Perjuangan tegakkan Kalimah Suci
perahkan akalmu yang Meminta pengorbanan
Engkau harapan Ummah
Engkau Masa Depan Islam
Engkau yang akan menggegar Dunia
Dan Engkau yang akan merampas Baitul Maqdis kembali
Darahmu itu saksi 'ubudiahmu pada Allah
Keringatmu akan membasahi Jiwa pewarismu
kata-katamu Membunuh Musuh Durjana
dan Jika hatimu tulus,cinta dan Rindumu terus berbunga
ingin melihat Islam terbela
ingin melihat islam kembali gemilang
yang Pastinya jika bukan engkau,pasti ada yang mahu
engkau akan hilang harga diri LELAKI SEJATI
engkau hilang kasih sayang pencipta
engkau akan hilang Wibawamu
engkau akan jadi pengecut
engkau tidak sempurna kerna engkau adalah orang yang Rugi
tiada ganjaran sang Bidadari
Tiada ni'mat seagung Syurgawi
pasti engkau akan sesali
kerana engkau bukan lelaki sejati

"JANGAN CUBA DIKAWAL ARAHNYA TAUFAN TETAPI KAWALLAH KEHIDUPAN. TAK PERLU DIUKUR KEDALAMAN LAUTAN, TETAPI PANJANGKANLAH KAIL YANG SEJENGKAL." - Hukama

03 Jun 2013

Catatan Sang Musafir...Tika Dini Hari..


Firman Allah, surah Al-Balad : ayat 4, bermaksud,
“Sesungguhnya manusia itu AKU jadikan dalam kepayahan.”


Detik demi detik masa berlalu, Malam berganti siang, hari berganti hari, diri ini kesayuan tiada berkesudahan dan tiada berhenti, syahdu sungguh terasa diri dan Hati ini tatkala  mengenangkan keSengsara di dalam perjuangan, terpaksa jua menempuhi ranjau onak duri. tapi aku percaya ranjau kehidupan yang aku lalui ini adalah cabaran dan dugaan hidup seorang hamba yang begitu dhaif. Aku yakin semua ini adalah diatas rahmat Allah dan yakin bahawa Rahmat Allah itu luas tak terhingga dan sekiranya kita mencari jalan keredhaannya, InsyaAllah, Allah akan bersama kita memimpin dan melindungi kita..

Aku berazam untuk menjalani sisa-sisa kehidupan ini dengan mencari Hidayahnya. Semoga aku mendapat petunjuk taufik dari Allah swt. Namun aku harus tabah dan bersabar didalam segala hal. Sebagai insan yang tak punya daya upaya lagi dhaif, aku tidak akan berputus asa mencari Hidayahnya, akan aku tempuhi segala dugaan dan cabaran yang diberi dengan penuh keikhlasan, akan aku panjatkan doa memohon pada Allah agar membantu dan melindungi kita semua, walaupun kehidupan itu terkadang dihimpit dek permasaalahan keduniaan.

Halangan dan rintangan kehidupan ini haruslah ditempuhi dengan penuh kesabaran. Itulah hakikatnya perjuangan yang akan ditempuhi yang penuh dengan ranjau onak duri dan cabaran yang terlalu pahit untuk ditelan dan tak mudah pula dilupakan kenangan indah. Berat rasanya Untuk melangkah meninggalkan semua keindahan peristiwa yang berlalu.

Namun aku telah pun berazam meneruskan perjuangan ini dan apa jua dilakukan kerana Cintaku pada Allah swt. Selagi ada hayat akan meneruskan perjuang hidup ini untuk mencari hidayah Allah, dengan berusaha mempertingkatkan diri untuk bekalan untuk dibawa ke perjalanan yang tidak tahu destinasinya dan bilakah waktunya. Takkan dibiarkan kenangan lalu itu berlegar-legar dibenak fikiranku, sehingga ia benar benar mencabar kesabaran dan ketabahan iman.

Friman Allah, surah Al Hasyar : ayat 18, bermaksud

“Hendaklah sesaorang itu memikirkan apa yang hendak
dikerjakan untuk bekal pada esok harinya
(hari Qiamat) dan takutlah kamu pada Allah.
Sesungguhnya Allah melihat (sangat waspada)
kepada apa yang kamu kerjakan)”

Akur diatas kehidupan yang begitu mencabar ini, terpaksa jua menghadapi kenyatan yang harus dilalui dengan melupakan saat kesengsaraan pahit getir dan kenangan yang indah. Jiwa ini cuba meredakan kerinduan, rindu pada ketenang dan kedamaian yang selama ini tiada. Kerana didalam jiwa ini terlalu memberontak meronta mahukan ketenangan dalam hidup dan aku rindukan kedamaian. aku jua akur bahawa dunia ini hanyalah satu pentasan sandiwara yang kita ini menjadi pelakon tambahannya.

Surah Al-Nahl : ayat 18, bermaksud
“ Apabila engkau hendak menghitung
nikmat Allah, maka tidak akan terhitung.”

Aku bersyukur diatas segala kenikmatan yang diberikan, tak terhingga banyaknya, kerana itu aku jua percaya yang selama ini aku telah diperdaya dengan hal hal yang tak bermanaafaat. aku akur, tiada perjalanan yang singkat ataupun perjalanan yang mudah untuk dilalui mencari jalan yang di redhai Allah, berlandaskan Keteguhan iman, aku akan cuba untuk meneruskan dan mempertingkatkan diri tanpa menoleh kebelakang walaupun betapa manisnya kalau dikenang kembali,

kerana aku tetap akan pergi jua, apabila tiba masanya. Akur dimana Suratan takdir, pertemuan dan perpisahan yang diatur olih Allah tanpa kita Duga. Bersyukur Kehadrat Ilahi diatas pertemuan, sekiranya perpisahan belaku ia tidak dirancang. Sebagai Insan Segala penentuan ditentukan Oleh Allah swt. Semoga perjuangan ini dapat mendidik erti kesabaran dan ketabahan diri.

Firman Allah, surah Al-sajadah : ayat 17, bermaksud
“tidaklah ada yang mengetahui seorangpun
akan kesenangan yang disembunyikan oleh-KU itu kadarnya).”

Dari itu sahabat, Izinkan aku mengundurkan diri dari segala hal., walau apa pun jua yang berlaku. Ingin aku menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya diri ini ada menyakiti hati dan perasaan kalian. dan izinkan perpisahan ini, Walaupun pilu dihati tatkala menghadapinya. Semoga kita sabar menempuh segala dugaan dan cabaran, berpasrah dan bertawakal pada Allah. Andainya ada kesempatan waktu akan ku cuba sedaya upaya meluangkan waktu bersama tetapi sekiranya disebaliknya, maafkanlah aku.

Aku teringat akan kata-kata Para Ahli hikmah,

“sakit pada waktu mengembara
Miskin dihari tua
Maut pada waktu masih muda
Buta setelah melihat
Dilupakan oleh orang orang(yang asalnya disanjung sanjung tetapi kemudian ditinggalkan)
Adapun bila engkau ditinggalkan olihnya, nescaya tetap ada penggantinya; tetapi Allah itu tidak akan ada penggantinya (jika kita meninggalkan Allah, atau Allah meninggalkan kita, maka tidaklah akan ada penggantinya.”

Semoga dipertemukan apa yang dicari selama ini. Pada yang sama-sama berjuang, Berjuanglah kejalan Allah sehingga ke akhirnya hayat dan jangan berputus asa. Sekali kita gagal ia tidak bermakna buat selama lamanya. Sekali kita terjatuh dengan pantas bangunlah... Berpesan pesanlah kepada yang hak dan berpesan-pesan kepada kesabaran, kerana kita hanyalah hamba Allah, insan yang tak punya daya upaya lagi serba dhaif.

Setiap gerak adalah dari Allah. Sebelum terlambat dan kerugian, Selagi hayat dikandung badan, sebelum mata rapat terpejam, apabila tiada lagi erti perucapan, andainya terhentinya pernafasan yang dipinjamkan oleh Allah. Selagi masa menyebelahi kita, ingatlah akan ikrar yang telah diikrarkan, berjuanglah mencari Hidayah Allah, kerana Hidayah Allah seharusnya dicari, Hidayah Allah tidak datang dengan sendirinya. Apabila perusahan mencari keredhaan Hidayah Allah barulah disusuli dengan Taufik Allah swt.

Semoga Allah swt memimpin dan memberikan jalan, dan dibukakannya jalan perjalanan yang akan ditempuhi, dan semoga dilindungi dan semoga di berikan ilham dan petunjjuk pada setiap gerak dan langkah pada segala urusan yang bakal dilalui samada untuk Agama, dunia ataupun untuk akhirat.

Firman Allah, surah Al-Ankabut: ayat 69, bermaksud,
“Dan orang orang yang bersungguh sungguh
(melawan nafsu) kerana-KU, maka dia itu akan diberi
petunjuk kepada jalan jalan-KU.”

Ya Allah, Tabahkan Hati Hamba Mu, Ya Allah, bantulah Hamba Mu dalam segala hal. Daripada Mu Ya Allah, diri ini memohon didalam Doa Kudusku agar sepanjang waktu Pahit Manis didalam Perjuangan yang ditempuhi akan dihadapi dengan penuh ketabahan dan kesabaran

"Senyuman Yang Tersirat, hati berasa pilu.... Semoga Allah Berkatimu dan Salam tulus ikhlas Ingatanku buatmu sahabat sahabatku yang senantiasa didalam Ingatanku Doaku. Semoga Allah Meredhaai Persahabatan dan perpisahan Ini.”

Bicara - Nota Cintaku




" Biar waktu yang akan membuktikan …….
bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,
tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,
tiap jiwa yang telah melayang,
akan samapai pada satu keadaan …….
dimana keadilan adalah nadinya,
kesejahteraan adalah nafasnya,
kebijaksanaan adalah sifatnya,
dan Ridho Sang Khalik adalah tujuannya. "

" Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini
maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.
Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,
maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.Sebab engkau saja cukuplah bagiku "


(Rhobiyatul Al-Adawiyah)