16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin - PersinggahanTerakhir



Assalamualaikum, w.b.t.

Salam Ramadhan Kareem & Salam Aidil Fitri 1433H.. salam kasih sayang dan salam selamanya buat teman-temanku semua. doaku semoga kalian berada dalam Rahmatnya sentiasa InsyaAllah.
Maaf, lama menyepikan diri disini..hampir 2 minggu rasanya tidak menitipkan sesuatu buat teman-teman yang dikasihi..bukan sengaja untuk menyepikan diri. tetapi masa begitu mencemburui buat diri dalam melaksanakan tugas seharian dan menulis dilaman Persinggahan ini.

Teman-temanku..,
Hari ini 27 Ramadhan 1433H, Beberapa hari lagi Ramadhan akan berlalu ..berakhirnya Ramadhan, maka berakhirlah segala kenikmatan yang telah Allah berikan khusus buat manusia..berakhirlah segala Rahmat dan maghfirah yang dibuka seluas-luasnya buat manusia didalam bulan yang mulia ini.. Renunganku semakin jauh pagi ini..fikiran berkisar tentang diri sepanjang perjalanan Ramadhanku kali ini yang telah sampai ke penghujungnya.. Muhasabah dihari terakhir Ramadhan membawaku mengenal erti diri sebagai hamba Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang kepada sekelian makhluknya... pasrah atas segala yang menimpa, sabar melalui dugaan kehidupan dan cabaran diri kepada manusia adalah sesuatu yang lumrah dan mesti dilalui oleh semua...

Alhamdulillah.. hari ini aku masih merasai ketenangan diri. doaku mudah-mudahan sepanjang sebulan perjalananku didalamnya dapat mengubah diri dan meningkatkan amalan di hari-hari  yang mendatang nanti.. Perjalanan masih jauh, 11 bulan yang mendatang mesti dilalui dengan apa cara sekali pun.. walaupun sakit dan menderita yang menimpa.. pasrah dan tabah mesti diterapkan dalam diri..doa dan tawakkal tidak dilupakan sama sekali..

Buat Diri..
tabahkan hati dalam menempuh onak dan duri kehidupan.. "kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang hanya dia" janganlah mengeluh atas apa yang telah menimpa dirimu, anggaplah itu hanya ujian darinya. Semakin berat dugaan yang menimpamu, semakin sayang Allah padamu...dengan syarat kamu sabar dan tabah dalam menerima ujian itu.. 
Wahai diri, ingatlah.."sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita" dalam apa jua situasi..

Syukur padamu RABBI, atas kurniaan ini.. nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikan pada diri ini.. nikmat IMAN dan ISLAM adalah nikmat yang terbesar dalam kehidupan seluruh umat manusia..Maha sucimu Ya Allah atas kurniaan ini..syukur ku padamu Ya Allah...





13 Ogos 2012

Aku Hari Ini,...

Assalamualaikum w.b.t (^_^)





DOA AGAR MENSYUKURI NIKMAT ALLAH
Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata:


 "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”
(Surah Al-Ahqaf:15)


Sangat merindui untuk pengupdate blog ini. Alhamdulillah hari ini aku masih lagi bernafas dan hari ini juga bertambah lagi umurku. Masih lagi bernyawa berbuat kebaikan untuk manusia-manusia yang berada di sekelilingku, abah dan mak, adik-beradik, sahabat handai dan jiran tetangga ku. Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran ku lafazkan agar diri ini tidak alpa dengan segala nikmat pemberianNya buatku selama ini. =)

Dalam melayari kembara kehidupan seorang hamba, telah banyak yang aku pelajari, kesenangan, kegembiraan, kesedihan, ujian dan rintangan hidup. Dan ku tahu segala nikmat dan kesusahan hidup adalah peringatan dariNya buatku sebagai makhluk ciptaanNya. Aku yakin lagi percaya atas takdir perjalanan hidupku ini berjalan atas aturanNya. Moga sinar hidayahNya disinari dengan istiqamah dariku. Amin =)

Aku tahu masih banyak kekurangan dan kelemahan diri ini. Kita tidak pernah sempurna tapi kita perlulah berjalan menyusuri kesempurnaan. Aku juga bukanlah baik, tetapi aku cuba untuk menjadi baik. Kadang kala nafsu dalam diri membuatkan kita meronta-ronta kelemasan dan mahukan kebebasan tetapi aku sentiasa bermohon pada Allah agar menunjukkan jalan lurusNya buatku. Aku tidak pasti bagaimana pengakhiran aku kelak, bagaimana dan dimana. Aku bermohon agar aku ditetapkan iman selalu dan semoga pengakhiranku nanti dalam husnul khotimah. 

Jika berbicara soal kematian, sudah pasti, dalam ungkapan, aku masih belum bersedia. Tapi layakkah aku mempersoalkan kesediaan bagi kematian. Kematian itu pasti dan kita tidak tahu, yang kita perlu tahu apakah yang akan dibawa bertemu denganNya. ya memang menggerunkan dan menakutkan. Aku sentiasa ingin hari-hariku mengingatkan soal kematian kerana dengan mengingatinya tidak lalai dan sentiasa ingin berbuat kebaikan tapi siapalah aku hanya hambaNya yang lemah.Yang ku harapkan aku sentiasa istiqamah dalam kebaikan dan sentiasa dalam petunjukNya. Moga kesediaanku di isi dengan amal kebaikan InsyaAllah. Moga diri ini istiqamah selalu. Kuat, kuat dan kuat =) 

Ya, ini semua mungkin harapan dalam doaku di hari ini dan pengharapanku ini hanya kepadaNya kerana Dialah tempat aku berharap dan tempat aku bergantung memohon. Syukur atas segalanya =). Mungkin orang akan kata apa-apa saja tapi bagiku Dialah penilaiku. Biarlah apa pun yang aku lakukan hanya keranaNya. Semoga aku sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusanku didunia ini. Mendapat kejayaan didunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin =)


:: Doaku dihari ini ::

"Sesungguhnya Tuhanku, tiada yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakiNya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang Maha Berkuasa menahan langit daripada jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya daripada kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus" (Riwayat Al-Baihaqi)


"Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka" (Surah Al-Baqarah:201)

Umur tidak menjamin apa-apa, 
yang penting kita tahu matlamat dan hala tuju kita
Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah Taala  InsyaAllah

SELAMAT MENCARI MALAM TERAGUNG,.... , MALAM LAILATUL QADAR.
MALAM YANG TERBAIK, LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN,...