13 Julai 2012

:: Ukhuwwah Sebenarnya Manis! ::

Ikatan yang sukar dilerai
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah Al-Hujuraat, ayat 10)

Diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Itulah beberapa bukti dari Quran dan Sunnah pada menyatakan nilaian AL-UKHUWWAH itu..ukhuwwah itu adalah suatu indah pada bicara, juga ia tampak hebat pada apa yang dizahirkan oleh sekalian manusia yang sudah merasai manisnya ia dalam pengamalan yang istiqamah.....

Bila ditanyakan apa itu ukhuwwah..Semuanya tampil dengan mendatangkan definisi-definisi yang berbeza..Pada  bahasanya nampak sama, namun pada istilahnya seperti bilangan bintang didada langit menunjukkan ianya banyak!..namun, apa yang biasa kita fahami tentang ukhuwwah adalah tali persaudaraan.....

Syeikhuna As-Syahid Hasan Al-Banna..seorang yang tidak asing lagi dalam memberi sumbangan yang sangat besar terhadap gerakan Islam di seluruh dunia..Allah melahirkan individu ini untuk mencipta dan melaksanakan anjakan paradigma dan revolusi mega kepada Islam setelah jatuhnya khilafah Islam pada tahun 1924..Hasan Al-Banna berkomentar tentang ukhuwwah:-

Maksudku dengan ukhuwwah adalah:, " Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). 

Subhanallah!..Betapa besarnya makna ukhuwwah ini menurut pandangan Hasan Al-Banna..Dengan besarnya makna itu, terkadang ia menjadi berat untuk diamalkan..ukhuwwah itu bukanlah sehari dua..ukhuwwah kita until jannah..Dalam menerapkan ukhuwwah, kita perlu individu yang satu lagi..namanya kawan atau sahabat..Tidak ada istilah berukhuwwah dengan diri-sendiri..Kalau ada pun ia salah satu mainan jiwa.....

Boleh jadi dua keadaan dalam melihat ukhuwwah ini terjadi..Keadaan yang pertama, kita baru sahaja bertemu dengan seseorang itu..Tak sampai satu jam. kita sudah mengenalinya dan sudah boleh bergurau..hebatnya!..Ada juga keadaan yang kedua apabila ia agak memakan masa untuk berkenal dan bergurau..masing-masing akan mencapai objektif yang sama iaitu ingin mengikat tali ukhuwwah namun dihadkan oleh jangka masa yang berbeza.....

Jelas tampak kelihatan apabila kita hidup di dalam jamaah..ukhuwwah ini sangat diaplikasikan..Aku punya pengalaman apabila bertemu dengan ikhwah dari jalan dakwah tarbiyah (DnT) dari serantau Malaysia..Wah!!!..sangat hebat ukhuwwah itu!..baru beberapa minit jumpa, tetapi ibarat sudah berjumpa bertahun-tahun..Hebatnya ukhuwwah kerana ia bisa menyatukan hati..Baik ikhwah dari UK, Russia, Dublin, Korea, Jepun, India, Australia, New Zealand dan dalam Malaysia seluruh negeri!..Ia ibarat menyatukan jiwa dalam sekelip mata!..ya!, itulah ta'liful qulub yang terjadi!...

Hati itu berisi
Ukhuwwah Membongkar Isi Hati

Setiap manusia punya hati yang menyimpan pelbagai khazanah yang tersembunyi..Ia tidak mudah dikeluarkan melainkan dari kemampuan dan kehendak pemilik hati..Apa yang pasti, ia berisi dengan beberapa masalah yang kadang kala pemilik hati itu sendiri tidak mampu untuk menyelesaikannya..Perlu kita ketahui!, ada masalah yang bisa diselesaikan oleh masa..Ada masalah yang bisa diselesaikan dengan berkongsi masalah kepada orang lain!.....

Saat inilah ukhuwwah memainkan peranan!.....

Teringat kepada seorang sahabatku yang aku kasihinya kerana Allah..Aku sentiasa memerhatikan gerak gerinya di kampus..Aku melihat sinar keinginan kepada tarbiyah yang sangat tinggi..Ia seorang yang lawak orangnya..Terkadang menggeletek hatiku.....

Teringat saat aku mengenali istilah CURHAT(curahan hati)..Istilah yang kini sudah sudah tersebar ke seluruh dunia dalam kalangan aktivis dakwah seluruh dunia..Menarik, ringkas dan mudah disebut singkatannya, tapi ingin menzahirkan curhat itu amatlah sukar..Mungkin dek kerana ego, belum bersedia, tak gentle, hilang macho, rasa geli- geleman dan sebagainya lagi lah.....

Alhamdulillah, entah kenapa dengan tidak semena-mena, curhat ini bisa berlaku antara kami..Dia selalu berkongsi masalahnya..Dia selalu meminta pendapatku dalam sesuatu perkara..Aku juga tidak keberatan untuk menceritakan masalahku padanya..Ia sering bertanya soal masalah hati, soal keluarga dan tak lupa juga soal jalan tarbiyah ini..Sehinggakan curhat kami pernah menghampiri jam 4 pagi..huh!, tidak sedar dibuatnya apabila bercurhat!.....

Masih terngiang-ngiang di fikiranku akan keinginannya untuk bersamaku dalam jalan dakwah tarbiyah.. Dia ingin sertai jamaah yang telah aku bergabung sekarang ini..Aku yakin ia berkeputusan sebegitu rupa salah satu faktornya adalah UKHUWWAH!..Ya!, dia melihat ukhuwwah kami sesama ikhwah..Ia melihat ukhuwwahku bersama mutarabbi2ku..Pernah dia menawarkan dirinya untuk sertai halaqahku..Terkedu dan kaku dibuatnya..Terfikir apakah jalan yang terbaik untuk aku beri padanya.....

Aku tidak ingin menzaliminya..Kini, aku melihat dia sibuk dengan pelbagai perkara di tahun akhir ini..Al-maklumlah, presiden kelab akademik..Satu jawatan yang aku kira bakal menganggu sedikit sebanyak proses tarbiyah jika tidak disusun dengan baik..Disebabkan kesibukan berjawatan, menganggu proses yang utama iaitu USRAH..Juga wasilah dakwah yang lain.....

Lalu, aku katakan padanya, ikutlah tarbiyah secara komited setelah habis belajar nanti..InsyaAllah, dimana-mana pun kita pergi, pasti akan bertemu dengan tarbiyah..Namun, sehingga kini aku masih lagi menghubunginya, masih lagi bergurau senda walau aku pernah didatangi rasa segan kerana tidak bisa memberi yang terbaik buatnya.....

InsyaAllah sahabatku!, kita akan sama-sama berada dalam jalan yang sama suatu hari nanti..uhibbuka fillah..(^_^)
Sirah Menyingkap Ukhuwwah
Inspirasi Hebatnya Ukhuwwah Rasulullah dan Para Sahabat

Peristiwa antara Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Rasulullah dimana Abu Bakar merelakan dirinya dipatuk binatang berbisa bagi menghalang binatang itu menyerang Rasulullah..Tahannya Abu Bakar sehingga bertitisan air matanya..Kisah ini sangat menjadi inspirasi dalam menanamkan ukhuwwah dalam kalangan sahabat..Juga tidak lupa kepada hebatnya Rasulullah dalam mengikat ukhuwwah antara kaum Muhajirin dan Ansor tatkala tibanya baginda di Madinah..Ikatan ini menatijahkan kekuatan ukhuwwah lebih dari ikatan ukhuwwah antara dua saudara kandung!.....

Inilah nilai ukhuwwah yang patut dicontohi..Bukan hanya hebat berceramah dan berforum berkenaan dengan tajuk persaudaraan tapi kehebatan itu juga perlu hadir dalam bentuk di alam yang nyata..Tanpa ianya hadir dalam bentuk propaganda atau retorik semata.....

Jika kita bisa membina ukhuwwah seperti Rasulullah dan para sahabat, insyaAllah, dengan izinNya, kita akan bertemu dengan pemilik cinta ukhuwwah kita itu di syurga!..InsyaAllah!!!...

~ UKHUWWAH FILLAH UNTIL JANNAH ~

11 Julai 2012

Pesanan buat Diri,..



Assalamu'alaikum sahabat-sahabatku sekelian...

Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir majlis ilmu , tak sempat hadir usrah , tak sempat nak hadir mesyuarat ..dll . Tapi tahukah kite bahawa Rasulullah adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah saw. sibuk kerana:
-Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
-Bermunajat kpd Allah setiap malam
-Mengajar ilmu kpd sah. setiap hari
-Berperang di jalan Allah
-Melayani isteri-isteri
-Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
-Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
-Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)
-Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
-Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara
-Kerja
-Keluarga (isteri dan anak-anak)
-Melangsaikan hutang ...
-Dan lain-lain..

Renungkanlah kata-kata ini pula ;
Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah swt.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah swt.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah swt.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.

Al Imam Ghazali.

08 Julai 2012

Salam Rindu Buat Teman-teman Persinggahan,...


السلام عليكم ورحمة الله
.......

Salam ingatan kasih sayang buat semua teman seperjuangan yang dikasihi, .. lama sungguh laman Persinggahan menyepi di arena ini,.. Alhamdulillah, syukur buat Rabbul Jalil atas kurniaan yang tidak terhingga buat diri dan juga buat teman-teman laman PersinggahanTerakhir ini,.. tanpa kalian untuk menyokong blong ini,. maka sunyilah gamaknya yer,.. :)

Terima kasih atas sokongan dan dorongan kalian untuk bersama memberi idea dan cadangan di Mel Group laman persinggahan, Mel FaceBook Group, Email Persinggahan dan sebagainya,.. mudahan segala nasihat dan cadangan serta kritikan yang membina itu akan sentiasa saya ambil dan mudahan ia menjadi lebih baik buat saya dan laman Persinggahan ini. 

Semoga kalian berada dalam keadaan yang baik dan doa dari saya, " Siruu Ala Barakatillah " teruskan hidup dengan sabar dan tabah,. tiada manusia yang tiada ujian bagi dirnya ,. walau apa pun yang berlaku,. SABAR adalah perkara yang terbaik buat diri. Ingatlah Firman Allah s.w.t. ,.dalam surah Al-Ankabut  :-

اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الر حمن الر حيم

Alif, Laam, Miim. (1) 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)

Begitulah hidup orang yang beriman, pasti akan ada ujian...ujian datang dalam pelbagai bentuk..kadang-kadang dalam berbuat baik pun akan ada ujiannya...


فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا