07 April 2012

Tahun ke-4 Blog PersinggahanTerakhir...~ Ya Allah ampunkan dosa-dosaku dan Terimalah segala amalanku


Assalamualaikum w.b.t..,
Salam sayang, salam rindu dan salam UkhwahFillah abadan abada buat teman-teman seperjuangan dalam bidang da'wah ini,. rindu pada kalian semua dan blog PersinggahanTerakhir ini,. Alhamdulillah, syukur kehadratnya  atas anugerah yang tidak terhingga pada diri ini. Ku berdoa mudahan perjalanan hidup ini sentiasa didalam rahmatnya, juga buat teman-teman semua.
Sedar tak sedar bolg PersinggahanTerakhir ini telah melangkah ke tahun yang ke-4, Subhanallah,.!! cepatnya masa berlalu meninggalkan pergi. diri masih lagi kosong dalam membuat amal bakti. Ya Allah ampunkan aku,....!!

Hari berlalu meninggalkan pergi.. masa berlalu meninggalkan setiap memori.. semuanya pergi meninggalkan seribu kenangan..  pahit, manis, suka-duka dan gembira..semuanya telah berlalu..tidak dapat ku putarkan kembali masa yang telah berlalu..sesungguhnya Allah bersumpah demi masa.. masa itu tidak akan kembali.. apa kita telah memenuhi masa kita dengan amalan yang baik..,? masa lalu mahu kita menjadikan masa akan datang dengan sebaiknya. Yang lalu, biarkan ia berlalu..moga menjadi pengajaran pada kita.. maka marilah kita cari CAHAYA..

"Ya Allah..! aku malu..malu padamu..aku terlalu hina disisi Mu..hatiku kotor..penuh dengan titik-titik dosa..sehinggakan banyak yang ku lakukan perkara yang engkau larang pada masa lalu, dan aku takut ia kembali menodai diriku pada masa akan datang.. aku mudahpatu hdengan nafsu sendiri wahai Allah..!! maka peliharahlah aku.."
diam Allah itu penuh rahsia.. walaupun kasih sayang Nya kita balas dengan dosa sepenuh bumi..tetapi Allah masih menyayangi kita..

BiLa PeNa MuLa MeNaRi , TiNtA yAnG bIsU aKaN bErKaTa-KaTa

"Sekadar meluah rasa, melepas hasrat, melerai ragu. .Andai sepi coretan ini, kesepianlah yang sedang bersarang di jiwa..Andai riang coretan ini,kerianganlah yang sedang bertakhta dihati. Mengikut rentak hidupku,musafir dibumi Ilahi. Semoga rahmat-Nya sentiasa memayungi kita bersama..."
~maaf atas khilaf ~

Ya Allah jadikan si dia sebaik ummul solehah, secantik Balqis, Siti Aisyah, Siti Khadijah..sebagai wanita solehah..sebagai mujahidah yang mendambakan cinta Mu Ya Allah..wanita terbaik di sisi Mu..jadikan dari ku sebaik pesuruh Mu, Muhammad S.A.W..tempatkan kami bersama-sama di dunia dan di akhirat..di dalam syurga Mu..Ya Allah..kami memohon kepada Mu..sesungguh nya engkau lah yang maha pengasih lagi maha penyayang... Amin ~

04 April 2012

Temanku,.! Tahukah Kita Bahawa.........

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.


Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak boleh menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.


Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah mahu perbaiki diri.

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali.

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

Orang kata , semakin banyak kau beriman..
”Kau akan diuji terus bertubi-tubi..”

Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
”Kau akan terus berdepan dengan masalah..”

Ini semua benar.. Menjadi orang yang baik bukan senang.. Sebab itu.. ia terus
"..Diuji supaya menjadi lebih baik.."