29 Ogos 2012

Putera Agama..





"Allah..jangan sedih-sedih ye..la tahzan.."

"Dalam satu riwayat Ahmad, ada satu doa yang berbunyi: "Ya Allah..Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki dan Engkau namakan diriMu dengannya..jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku serta penghilang kesedihan dan kegelisahanku.."

"..Jadi, bila dirimu sedih, bacalah al-Quran..InsyaAllah..kan tenang hatimu..
dah-dah, senyum sikit ya :)"

Saya pasti kata-kata ini tidak akan terungkap dari mulut lelaki biasa. Kecuali dia adalah Rijal al-Din, yakni Putera Agama. Kata-katanya persis kata-kata al-Quran dan hadis. Bicaranya lembut, bermuka manis, sabar dan hati-hati dalam penuturan kata-kata. Kata-katanya bukan saja mampu buat hati sejuk mendengarnya, tapi tertawan dengan luhur budinya kesantunan akhlaknya.

Putera agama itu...

.. tatkala manusia membelakangkan agama, dia ke depan memperjuangkan bendera agama. Ketika lelaki-lelaki lain sibuk mengayat awek-awek cun, dia sibuk mengayat Allah dengan zikrullah dan solat malamnya. Sedang lelaki lain berusaha memanah hati-hati wanita lemah, dia lagi hebat berusaha dengan "panahan malam" yakni doa yang tidak tertolak di tahajjud sepertiga malam. Sedang lelaki-lelaki lain sibuk memikirkan masa depan dan kerjaya, dia tidak pula mengenepikan masa depannya tetapi memikirkan sekali masa depan umat Islam dan memberikan idea serta alternatif dalam membangunkannya.

..tatkala lelaki lain mencuci mata melihat aurat wanita yang terdedah, putera agama itu berusaha menutup dan menjaga maruah para muslimah. Sementelah ketika lelaki lain sibuk merosakkan masa depan wanita, dia tampil melindungi dan membela. Di saat lelaki lain berusaha untuk terus hidup di atas dunia, putera agama sibuk dengan persiapan menghadapi mati. Ketika lelaki lain kurang menyenangi dakwah, dia giat membangkit usrah, menyampai tarbiyyah. Katanya "daulah" semuanya bermula dari bawah. Di waktu lelaki lain hanya melihat kezaliman demi kezaliman pada orang Islam, putera agama makin kuat semangat ingin berjihadnya.

..tatkala lelaki lain sibuk update status fb dan twitter, putera agama sibuk update dan upgrade imannya, al-Qurannya, akhlak dan ilmunya. Ketika lelaki lain sedang memikirkan sesuatu untuk jangka masa pendek, dia sudah memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Di saat lelaki lain bergelumang dengan maksiat perhubungan dengan wanita, putera agama giat mencari duit halal untuk menyegerakan akad nikah. Di waktu lelaki lain tersungkur putus asa-kecewa-gagal dalam kehidupan, putera agama tegar dengan al-Quran dan semangat Rabbani.

..tatkala lelaki lain mengenepikan Allah, putera agama makin mendalam cintanya pada Allah dan RasulNya.

Putera agama, satu dalam sejuta. Selamat jalan putera agama. Engkau berani untuk hidup, juga sedia untuk mati.

Putera agama, bukan putera biasa.

Tiada ulasan: