08 Julai 2012

Salam Rindu Buat Teman-teman Persinggahan,...


السلام عليكم ورحمة الله
.......

Salam ingatan kasih sayang buat semua teman seperjuangan yang dikasihi, .. lama sungguh laman Persinggahan menyepi di arena ini,.. Alhamdulillah, syukur buat Rabbul Jalil atas kurniaan yang tidak terhingga buat diri dan juga buat teman-teman laman PersinggahanTerakhir ini,.. tanpa kalian untuk menyokong blong ini,. maka sunyilah gamaknya yer,.. :)

Terima kasih atas sokongan dan dorongan kalian untuk bersama memberi idea dan cadangan di Mel Group laman persinggahan, Mel FaceBook Group, Email Persinggahan dan sebagainya,.. mudahan segala nasihat dan cadangan serta kritikan yang membina itu akan sentiasa saya ambil dan mudahan ia menjadi lebih baik buat saya dan laman Persinggahan ini. 

Semoga kalian berada dalam keadaan yang baik dan doa dari saya, " Siruu Ala Barakatillah " teruskan hidup dengan sabar dan tabah,. tiada manusia yang tiada ujian bagi dirnya ,. walau apa pun yang berlaku,. SABAR adalah perkara yang terbaik buat diri. Ingatlah Firman Allah s.w.t. ,.dalam surah Al-Ankabut  :-

اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الر حمن الر حيم

Alif, Laam, Miim. (1) 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)

Begitulah hidup orang yang beriman, pasti akan ada ujian...ujian datang dalam pelbagai bentuk..kadang-kadang dalam berbuat baik pun akan ada ujiannya...


فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا


Tiada ulasan: