30 April 2012

JANGAN hidup JIKA DUNIAWI YANG DIKEJAR..


Temanku,..
JANGAN hidup JIKA DUNIAWI YANG DIKEJAR..
HIDUPLAH UNTUK BERIBADAH IKHLAS KERANA ALLAH..
DAN HIDUPLAH UNTUK MENGHADAPI MATI..

Sayang, tak ramai yang benar-benar fahami hakikat hidup ini sebenarnya. Kalaulah mereka fahami akan azab ALLAH itu, pasti masing-masing galak membuat amal tanpa terlalu mengejar dunia. ALLAH HU ALLAH. Dunia tika ini, ramai yang sakit imannya. Ana petik lagi ayat-ayatNYA, di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 60. ALLAH berfirman, yang bermaksud :

"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?"

Kita mahukan syurga, kita mahukan ALLAH redha kehidupan kita. Ayuhlah, tajdidkan niat, kompaskan ke arah yang betul. Berbuat baiklah di dunia ini, jangan terlalu mengejar dunia. Jika kita tidak taat akan perintah ALLAH, tahu bukan apa balasannya? ALLAH itu tidak akan memungkiri janji-janjiNYA. Buka Al-Quran, Surah Ar-Rahman, baca tafsirnya. Baca juga tafsir surah-surah lain. Sungguh, kita akan temui berjuta hikmah di dalam Al-Quran tersebut. Kalam ALLAH jangan di buat main. Kalaulah kalian baca tafsir tapi masih tidak punya apa-apa rasa, sahlah. Mati jiwa.

Belajarlah untuk menjadi BAIK. Semuanya bergantung pada diri kita. InsyaALLAH, moga ALLAH redha. Sirru'alabarakatillah. :')

CeritaHati : Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu, jauhilah dia. :')

Tiada ulasan: