25 Disember 2012

Mengharap sesuatu yang pasti...



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, ..

Isyarat mata tetap menerima, telinga jelas mendengar, wajah kusyuk menaatap,
tetapi hati jauh berbicara... melayang jauh mencipta suasananya tersendiri ...
lalu hati yang cuba memahami kini menafsir.
Sekarang berada didalam bulatan usrah, melihat perlahan wajah naqib di hadapan
seperti meminta untuk bertanyakan soalan,..
Fikiran meneroka ayat untuk dinukilkan di buku, mata merenung seketika
mencari topik untuk di tulis, terlalu banyak hingga sesak tidak terjumpa,...

Akhirnya apa yang ada, cuma satu cerita yang tetap sama dalam kehidupan.
iaitu sebuah perjalanan yang tetap sama,.. sama sebagai seorang lelaki yang cuba untuk yang
terbaik di dalam hidupnya. cuma berbeza dari kekuatan, kedhaifan dan tindaknya dalam segala hal... aku cuma mengharapkan terus kebahagian untuk datang dan terus datang mengisi kekosongan hidup.

Semua insan mengharapkan bahagiaan,. setiap insan mengharapkan kegembiraan.
jika dulu aku selalu menceritakan tentang impian, cita-cita selepas kehidupan.
kehidupan tetap ada seterusnya walaupun mati menjelma.. ada hidup selepasnya jua.
kesibukan dengan tugas seharian menyebabkan aku lupa tentang impian.
aku kesunyiaan,.......
Allah hadirkan hari ini untuk ku renungi kekhilafan diri,..
Ya Allah, terasa jauhnya diri dari apa yang diimpikan,..
Allah lah sebaik-baik perencana,..

Aku cuba mencari hikmah di sebaliknya, dengan sangkaan-sangkaan
baik yang harus hati lahirkan,..barulah ketenangan dan kebahagiaan itu datang.
ketenangan itu menyelimuti kekusutan,..
Siapalah manusia yang tidak berImpi,. sedangkan manusia yang bunuh diri berimpi
segala masalahnya akan selesai selepas mati, walaupun ia suatu
keputusan yang sebodoh-bodohnya.
tapi itu tetap impian.
tetapi impian yang satu ini pernah ku lahirkan di suatu ketika dahulu
dan akan ku pupuk sehingga bertemu dengannya.

Impian ingin memiliki kehidupan berkeluarga sendiri adalah impian semua,.
indahnya rumah tangga andai segalanya dihadapi bersama.
pahit manis dirasai bersama,..
suka-duka di tempuh bersama,..
impian setiap pasangan pula ingin memiliki zuriat penyeri kehidupan.
sungguh indah segalanya di tempuhi bersama dalam melayari kehidupan,..

Hati akn terus berharap, meminta dan terus berdoa di dalam sujud
mengharapkan yang setia pada diri dan menjaga agamanya..
 Ya Allah, permudahkan segala urusan jodohku,.....






24 Disember 2012

CINTA & AIR MATA,.. ~ Bicara Hud-Hud



Bismillahhirrahmanirrahim.

Acap kali kerinduan ini bergetar dihati,
menusuk dan merobek saraf-saraf.
Bisa sahaja aku berhenti berlari saat ini,
lalu kecundang menyembah bumi.
Kembali aku tunduk melihat rumput hijau bumi,
mengikat kembali tali sepatu,
memandang kehadapan jauh berbatu,
kembali aku mengumpul impian dalam doa yang jitu.
Aku perlukan Dia selamanya,
sungguh aku bisa sahaja lumpuh,
jika tanpa Dia.
Agenda-agenda aku susun,
supaya aku tidak lagi menyepi dibalik corok-corok gelap.
Aku perlu bangkit dan kemudi nakhoda,
bersama cintaNya yang tak pernah pudar.
Kembalilah wahai diri!
Kembali mengikat tali sepatu yang kian terurai.
Kembali kau berlari di atas landasan impian.
Tawaddu'dan istiqamahkan hatimu!



Kembali aku mengikat tali sepatu,
biar langkah aku tidak terurai ditengah jalan.
Kembali aku tersenyum melihat impian.
Takkan aku tunduk lagi menyembah alam.
Dengan izin Allah. :')
 Dan aku perlu melihat kehadapan,
 melakar semula impian-impian yang aku bina. 
Kembali bertaut dalam rohani cintakan Dia.
Kenangan, memori silam, 
selamat berjumpa lagi untuk kita berpadu didalam mehnah.  
*senyum penuh semangat 

CeritaHati : Perubahan tidak menunggu manusia. Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang terlambat dalam mengejar redha Allah, jangan menunggu-nunggu untuk peluang berubah. Peluang itu kita yang cipta. 

NotaKaki : Selamat datang Januari. Ah, rasa pantas masa memutar dunia. Bagai semalam aku berada di awal tahun. Allah, rangkul lah aku yang rapuh dek dugaan melintang mendatang dari segenap arah yang bisa-bisa menggoncang kesabaran, bersama dengan sendi-sendiMu yang kukuh lagi utuh. Terima kasih kepada insan-insan hebat disekeliling, menyintai kalian dengan izinNya. Aku jadi rindu pada semua, dan kenangan mula mengocak ruang ingatan!

... Manusia tidak ada yang sempurna ...


Bismillah....

Buat pertama kalinya aku sedar, jangan menyanjung tinggi makhluk yang bernama MANUSIA. Kerana disebalik labuh tudungnya, polos bajunya, tinggi ilmunya, cantik rupanya atau panjang janggutnya belum tentu dia seperti yang kita jangkakan..

Aku tidak pasti, kenapa setiap kali aku ingin bersangka baik dengan seseorang tu, ada sahaja perkara yang bakal membuatkan persepsi aku benar-benar berubah. Boleh dikatakan kalau sudah jejak kaki ke rumahnya rasa nak patah balik aje....Kalau dah add rasa nak unfriend atau pun kalau dah follow rasa nak unfollow....BOLEH?

Manusia tak ada yang sempurna..Bukan kah itu ciptaan dariNya. Kita bukan nabi yang maksum. Jadi akui kesilapan dan memaafkan kesilapan orang lain DENGAN CARA YANG BERHEMAH kan lebih baik? Mungkin kerana terlalu menyanjungi "seseorang" membuat kita lupa yang sebenarnya MANUSIA ini sama sahaja di sisi Allah kerana kita semua HAMBANYA. Yang membezakan kita cuma amalan.

Sekarang baru aku faham dengan pepatah melayu yang menyebut, "rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi". Menyesal? Katanya, menyesal hanya membuat hati semakin sakit. Jadi ikhlaskan hati.Kerana terlalu OBSES dgn manusia yang kelihatan "agak sempurna" menjadikan kita alpa dengan diri sendiri dan lupa nikmat BERSYUKUR.

Bermula dari hari ini, tiada apa yang nak dibanggakan dengan MANUSIA.. yang bertudung litup,atau yang tinggi akhlaknya,atau mahal pakaian nya, atau kaya orangnya, atau cantik rupanya, atau ramai peminatnya,atau beribu followernya,atau apa sahaja..Semua sama sahaja..Cantik,cerdik,kaya bukan kayu ukur sebenar peribadinya..Kerana disetiap kelebihan seseorang terselit juga kekurangannya..Sahabat aku bagitahu, Hamka pernah berkata, Melayu mati kerana angan-angan. Setuju?Padaku tidak! Melayu mati kerana MULUTnya. :)

Maafkan aku...maafkan kami...dan maafkan kita semua.....Kerana seperti yang aku beritahu tadi, MANUSIA tak ada yang sempurna...Mungkin kerana terlalu "obses",manusia jadi BUTA? Tapi, tegurlah secara berhemah kerana kita belum tahu niat seseorang itu bukan....Dan yang pasti setiap teguran yang berhemah itu bukan kah dikira sebagai KEBAJIKAN? dan Allah suka kepada mereka yang membuat KEBAJIKAN...Wallahua'alam bissawab....

22 November 2012

BiLa LaNgKaH HiJrAh MuLa Di AtUr ...




Assalamualaikum Dan salam seharum syurga ALLAH..

Mengharapkan setiap sahabatku berada dalam keadaan sihat dan yang paling penting berada dalam rahmat dan Redha ALLAH.. Apa erti kehidupan andai kata, Allah tidak Redha dengan setiap perbuatan kita. Ayuh sahabat, kita mula meniti kembali hari semalam yang kita tinggalkan...Adakah kita masih berada @ memilih untuk berada di jalan yang jauh dari rahmat dan Redha ALLAH..??? Persoalan ini aku ajukan buat diri sendiri dan juga buat teman-teman semua.. Jika dahulu aku juga seperti kalian...Memilih jalan keseronokan dan juga jalan yang hanya memberi hiburan.. Sudah pasti jalan itu jauh dari redha ALLAH..

Mana mungkin ALLAH redha jika kita berada di jalan yang melupaiNYA,mana mungkin ALLAH redha jika kita asyik dengan keseronokan dunia.. Jika dahulu aku memilih untuk berada di jalan yang kelam dan penuh kegelapan,jika dahulu aku seronok untuk bersorak bersama kawan-kawan, jika dahulu aku tidak kisah untuk mendedahkan aurat, jika dahulu aku jauh dari rumah ALLAH, dan jika dahulu aku amat suka berhibur.. Namun itu tidak bermakna aku akan terus di jalan itu.. aku sedikit pun tidak malu untuk menyatakan siapa aku satu ketika dahulu.. Tapi itu semua dulu.. Manusia mampu berubah, kerana hati kita milik ALLAH. Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh mencampakkn hidayahNYA di hati kita, namun semua terserah kepada kita.. Kita ingin sambut hidayah itu atau kita ingin biarkan ia berlalu begitu sahaja..Semua bergantung kepada Kita..

Saat akal mula memikirkan bahawa diri ini terlalu berharga,saat hati mula di sentuh dengan roh hidayah dan saat itu juga diri mula rasa ingin berhijrah. Bermulalah langkah Hijrah ku atur di dalam perjalanan dakwah ku ini,. ada yang perasan akan perubahanku dan ada juga kawan-kawan yg sudah tidak rapat dengan ku lantaran ku memilih untuk berada di jalan dakwah. Aku bukan sahaja memilih untuk menjadi penyokong kepada perjuagan islam ini, namun lebih besar dari itu.. aku memilih untuk menjadi salah seorang pendokong kepada perjuagan islam. Terasa beban dakwah itu amat berat untuk di pikul berseorangan,namun ku ada ALLAH yang sentiasa memberi kekuatan jiwa.. Ujian yang datang dan pergi hanyalah tarbiyah untuk membina hati yang kuat dan jiwa yang kental..

Berhijrah tidak semudah yang di fikirkan. Payah, dan teramat payah.. tetapi untuk mendapat yang bernilai kita perlu melakukan pengorbanan yang besar dalam kehidupan ini. Seorang yang memilih untuk berubah perlu ada 5 H dalam perubahan nya..

H yang pertama dan paling utama ialah kena memiliki "HATI" yang kuat...
bagaimana untuk kita memiliki hati yang kuat..??? Jawapanyan ada pada tahajud d 1/3 malam dan ada pada zikrullah.. Tahajjud adalah kekuatan untuk para pejuang agama ALLAH. Jika kita singkap kembali sirah Rasulullah, kita dapat temui kekuatan tentera islam bukan ada pada jumlah yang ramai, namun ada pada Tahajjud. Rasulullah tidak pernah meninggalkan tahajjud. Atas sebab itu hati dan jiwa kekasih ALLAH ini amat kuat dan tidak pernah berputus asa. Begitu juga dengan kita.Jika kita ingin berubah, cari lah kekuatan itu pada tahajjud.. Kelak kita tidak akan mudah rebah dek ujian dan tidak pernah mati dek keji manusia. Perbanyakkan mengingati ALLAH dengan berzikir.. Jiwa yang kosong akan terisi dengan cinta ALLAH.. Dan manusia yang paling berjaya ada lah manusia yang sentiasa mengingati mati...


H yang kedua ialah "Hampiri" orang yang bersifat positif..
Jika kita ingin berjaya dalam penghijrahan kita, cubalah untuk hampiri orang yang sentiasa positif dengan jalan dakwah.Orang yang memikirkan jalan dakwah adalah jalan untuk mentarbiyah diri sebelum bertemu ALLAH.. kelak kita akan termotivasi dengan semangat para da'ie ini.. Biar siapa kita, biar secetek mana ilmu kita, kita jangan takut untk bersama mereka keran kita adalah sama tapi apa yang membezakan kita adalah tahap keTaqwaan kita pd ALLAH.. Jika ilmu kita kurang, carilah dan jangan pernah meninggalkan jalan dakwah..


H yang ketiga ialah "HINDARI" orang yang jauh dari jalan ALLAH..
Jika kita belum yakin dengan iman kita, elok kurangkan masa bersama orang yang jauh dari jalan ALLAH.. d bimbangi kita tidak mampu untuk menepis permintaan mereka untuk meninggalkan Hijrah yang kita pilih.. Akan tetapi kawan2 kita yang masih jauh dari jalan ALLAH jangan d biarkan mereka berterusan begitu.. Tarik lah mereka agar mereka juga menikmati roh hidayah ini.. Mereka menjadi tanggungjwab kita.. Mereka juga saudara kita..Mana tahu mereka mendapat hidayah lantaran kita..Dan ketika itu, kitalah orang yang lebih mulia dari apa yg disinari matahari jika ada teman-teman yang mendpat hidayah lantaran kita.. Jangan cepat menghukum jika ada teman-teman melakukan kesilapan,angaplah itu srbahagian dari medan dakwah..


H yang keempat ialah "HAJAT"
Sebagai insan yang ALLAH ciptakan sbg khalifah ini harus hidup dengan ber"HAJAT" .. Berhajat kepada ilmu, berhajat kepada kejayaan,berhajat kepada perkara yang memberi manfaat kepada Islam.. Binalah matlamat untuk berjaya kelak akan ada usaha yang di palu untuk mencapai kejayaan. 

dan H yang terakhir ialah " HIJRAH".
sentiasa lah kita mebina hari-hari yang kita lalui dengan Hijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik.. Jika hari semalam amat menduka citakan, jangan biarkan ia berulang pada hari ini dan bina kewaspadaan untuk menempuh hari esok.. Dalam peghijrahan ini yang paling penting ialah ilmu. carilah ilmu ALLAH yang banyak ini untuk di pasakkan ke hati kita...Kelak kita juga akan berjaya..


sekadar itu dahulu perkongsian saya ini..
selamat berhijrah , .. selamat tahun baru hujrah 1434H, .. 

salam persinggahan.., saya SAYANG kalian..

www.persinggahanterakhir.blogspot.com

06 November 2012

Persinggahan yang masih berbaki ,..



Tanpa kusedar..
Semakin aku meniti hari-hariku..
Semakin aku merasakannya
Tidakku sangka..
Semakin aku sampai kepenghujungnya..

Air mata ini mengalir..
mengalir derasnya..
mengenangkan nasibku yang tidak pasti..
di mana kebahagiaannya..
adakah apa yang kulakukan selama ini..
benar-benar ikhlas keranaNya..
Atau keduniaan cuma?
Astaghfirullah...
Astaghfirullahal a'dzim..

Ya Allah..
hambaMu ini benar-benar merasakan..
ia hanya berbaki sedikit sahaja..
Sempatkah aku Ya Rabb..
menuju cita syahid di jalanMu..
menggapai impian syurgaMu..
mengecap kebahagiaan dengan redhaMu..

Sedetik Engkau mengujiku..
luluh hati merasakan sebak di dada..
Benar, aku rindukanMu..
Namun aku belum bersedia..
aku tidak mampu lagi untuk membawa hidangan lazat..
dan bekalan yang sedang dikumpul belum lagi mencukupi..
untuk aku bertemu denganMu..
aku malu denganMu, ya Rabb.. aku malu..

Namun apakah pasti diriku akan begini
atau mampu memperbaiki diri saban waktu berlalu..
atau aku akan terus lalai dengan duniawi..
nikmat sementara dengan permainan musuhMu..
apakah ia suatu kepastian buatku?

Allahumma Ya Allah..
Tatkala jiwa merintih derita..
dengan dosa dan noda..
yang sering menggigit jiwa..
aduh, sakit ya Allah..
Benar aku yakin Engkau menyayangiku..
aku sebagai hambaMu..
yang sering lupa dan alpa..
dengan segala nikmat kuniaanMu..
yang tidak ternilai dan sangat berharga..

Bukan aku mahu berprasangka..
Namun aku mahu berubah..
kuyakini atas segala hikmahMu..
yang pasti ada..
terhadap setiap ujianMu..
permudahkan aku ya Allah..
untuk segala urusan..
yang membawaku kepadaMu..

Benar ialah yang paling dekat dengan manusia..
iaitu KEMATIAN..

hidup insyaAllah..
Mati itu pasti..

Aku redha jika itu yang terbaik...
Namun aku benar2 tidak mampu menanggungnya sendiri Ya Rabb.. 
Moga Engkau bantu aku dalam segala hal..

08 Oktober 2012

Cerita 'HATI'




Helaian-helaian diari rasa Salju Sakinah karya Zaid Akhtar dibelek penuh minat olehku. Sudah beberapa kali aku mengkhatamnya. Untuk tika ini, ku ulang lagi mentelaahnya. Mahu mengutip bekal-bekal semangat dan kekuatan berjuang yang terselit di dalamnya. Aku ingin menjadi seperti Summayyah, watak utama dalam cerita itu. Bait kata yang paling ku gemar, "Jangan nama aja Summayyah, tapi cepat lemah. Harus kental!", lebih kurang macam tu lah. Sering ditiup ke dalam diri, "Jangan nama aja lelaki, tapi cepat kalah!" :)

"sahabat yang saya kenal, seorang yang kuat."

Tempoh hari, seorang teman berbicara demikian. Terkadang lantang aku meniupkan semangat pada mereka, namun hakikatnya ku sendiri di tindas oleh perasaan. Ya, adakalanya pabila hati terlalu diasak akan dugaan, terdetik juga sesaat mahu rebah. Biarpun sebelumnya aku sangat gagah menongkah gundah. Aku terlupa barangkali, aku juga manusia biasa, tiba masa kan ditakdir jatuh jua. Tanda hidup dibaluti berbagai rencah rasa.

Bibir, aku rindu sebuah senyuman tanpa paksaan..
Bibir, aku ingin tersenyum penuh kebahagiaan..

Bangkitlah jiwa, berdirilah semula. Cukup langkahmu terhenti seketika, apakah kau mahu menghentikannya? Sedang kembaramu belum tiba dipenghujungnya? Ohh, hati. Bukalah mata, pandang ke depan sana, masih punya sebuah perjalanan yang menagih usia. Dunia masih memerlukanmu. Ingatlah kembali apa impian perjuanganmu!

"Jika kamu tidak mengisi masamu dengan Islam, maka jahiliyyah akan mengisinya."

Betapa ramai jiwa-jiwa yang sedang berlari kencang di atas jalan ini, semuanya hebat belaka. Alhamdulillah, tarbiyah Islam sudah tersebar di serata pelosok dunia. Setiap tarbiyah yang diterima, sememangnya mematangkan jiwa sesiapa yang menghayati dan memaknainya. Sungguh, aku merenung diri seketika. Kosong, hanya itu yang ku temui. Apa yang aku ada dalam diri untuk dipersembahkan di jalan ini? Menangis hiba, hampa. Aku masih tercari-cari. Ku lihat kiri, kanan, depan, belakang. Apa yang aku ada? Tiada.

Menyelusuri sirah kehidupan Rasulullah dan para sahabat, lebih lebih lagi golongan 3 peratus yang menerima Islam di Kota Makkah, mereka golongan Muhajirin. Apa yang menjadikan mereka sebegitu hebat sehingga dapat mengubah dunia? Aqidah yang jitu dan keindahan iman terhadap ALLAH. MashaALLAH, sehingga rela dada dihimpit batu sepanas api, hingga mata dikorek buta, hingga dipanggang di atas api lalu lemak menitis memadamkan bara, juga sehingga rela diri disula. Tetap tidak goyah iman di dada. Dan kita bagaimana pula? Duhai sahabat, moga berbekalkan ALLAH di dalam hati, jadikan iman dan amal kita seiring, kerana amal yang lahir dari iman yang indah, akan menyentuh hati dan jiwa manusia. Tulisan dari hati, dapat mengetuk hati yang lain dari yang tertutup rapat, terbuka luas dengan sendirinya. InsyaALLAH.

Langit tetap membiru seperti biasa,
Burung yang berkicau di rimba,
Seawal pagi lagi sudah terbang,
Mencari sesuap nasi buat yang tersayang,
Air di sungai tetap tabah mengalir,
Menelusuri denai semilir lautan,
Sang mentari punyai kisahnya yang tersendiri,
Dada langit yang dipalit awan,
Berarak pantas mengelilingi bumi Tuhan,
Kelibat pelangi pula kan muncul selepas hujan,
Dan dia..
Seorang gadis desa,
Masih berdiri di tempat duduknya,
Ditemani pelita usang yang pudar cahayanya,
Kain lusuh yang menyeka airmata,
Tetap erat dalam pelukannya,
Bagaikan menanti sesuatu,
Yang dirinya sendiri tak pasti,
Apakah hati ingin menakluki,
Sebuah pertaruhan jiwa dan hati,
Yang akhirnya membungkam sepi,
Penghujung yang tak diingini,
Wahai Pencipta dunia,
Selamatkan dia, seorang gadis desa..
Yang ingin terbang menggapai cinta,
Bukan pelangi sesudah kelam senja,
Namun hanya mendamba sekuntum bahagia,
Dalam mengabdi dirinya,
Buat sang Pemilik nyawa..
-CatatanRasaSeorangHamba-
.:Senyuman itu lebih bermakna setelah melalui kesukaran:.

CeritaHati : Bagaimana agaknya, saat pertemuan pertama kita? Adakah aku yang selama ini kau baca, sama dalam tulisan atau tingginya angan? Mungkin tidak. Pasti ada saatnya kau terhampar ulikan hampa. Jangan disoal kenapa, kerna aku juga tidak sempurna.

03 Oktober 2012

Rasa Cinta si Bicara Hud-Hud



"Jika ada dua pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya..
Jika ada sepuluh pilhan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya.
Jika ada seratus pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Dan jika hanya ada satu pilihan, dan tidak ada dia dalam pilihan itu…
Maka aku pun akan menerimanya sebagai pemberian terbaik dari Mu
Aku tidak akan memaksakan diriku untuk memilihnya..
Buatlah aku mencintai pilihan yg Kau berikan.
Buatlah aku setia pada pilihanMu,
Buatlah aku menyayangi pilihan yang Kau amanahkan..
Aamiin ya Allah."

“Ya ALLAH, jika cinta ini akan brlabuh, maka labuhkanlah kepada insan yang melabuhkan seluruh hidupnya kepada-MU.”

19 September 2012

koleksi & diari RENUNGAN ~ Persinggahanterakhir


Mataku merenung jauh..hatiku aman dengan suasana subuh yang tenang..irama gembira kicauan sang burung sedikit sebanyak membenarkan mereka bertasbih pada Penciptanya..gema kicauan itu makin ceria tatkala ditemani suara kawannya yang lain..langit biru yang menanti sang mentari jauh memberi satu ritma tertinggi bicara yang Maha Tinggi..

"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" (ali-imran:190-191)

hatiku tenang..

fikiranku cuba membuat koreksi diri..teringin sekali mencoret bicara dialam maya ini..yang cukup susah untuk mengerakkan jari, atas masa yang mencemburui..moga ada pencerahan buat pembaca dan empunya diri..

"Alhamdulillah"..ini sahaja yang mampu ku hadirkan disudut hati..melihat perjalanan hidupku yang mengalir deras mengejar waktu..aku merefleksi gerak kerja dakwah yang ku lakukan..secara keseluruhan aku mampu katakan roda dakwah itu makin laju berputar..namun, sesekali aku agak risau dengan mekanismenya kerana selaju mana pun ia, terkadang dengan izinNya, ia akan tergeser perlahan..kerana itu aku cuba selia roda itu dengan kemas InsyaAllah..

memori bersama teman-teman seperjuangan kembali hadir di minda..bicara kata yang serupa, hanya syukur mampu ku lafazkan..seorang demi seorang dengan izinNya membentuk peribadi seorang da'i..satu persatu cuba membaluti jiwa dengan dakwah..moga Allah menemukan kita dengan khabar indahnya syurga..namun, dalam ceria aliran itu, ada jua yang tersungkur..sedih itu hanya mampu ku tanamkan jauh disudut hati..mungkin ini kebenaran bicara Ilahi,

"kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.." (attaubah:42)

pikiranku melayang jauh meneliti pengorbanan yang dilakukan ikhwan wal akhawat..terkadang timbul rasa hiba memikirkan kedahsyatan cinta yang mereka hadirkan..sedikit sebanyak menyedarkan aku jua untuk berkorban lebih banyak..entah apalah daya yang ada pada kami wahai yang Maha Mengetahui, dibandingkan dengan pengorbanan golongan awwalun..apalah hebat yang ada pada kami dibandingkan dengan Mush'ab b. Umair, pendakwah teguh..apalah sakit pada kami dibandingkan dengan Talhah, si mayat berjalan..apalah cinta yang kami cuba bicarakan berbanding dengan RasulMu, sahabat wa sahabiah..moga Allah merahmati kami yang kerdil dihadapanNya...

dalam ketenangan pengorbanan itu, aku kembali juga berfikir tentang konsep pengorbanan yang cuba diikat oleh sang Pemilik..adakah tuntutanya biasa? atau permintaannya kecil-kecilan?

bahkan sebenarnya tidak..

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar" (at-taubah:111)

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan" (Al-Hajj:78)

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan" (at-taubah:20)

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya)" (al-ahzab:23)

kerana itu aku terkadang pelik melihat diri pemikul risalah ummat, apakah perlu ada kerehatan dalam diri mereka?..entah mengapa, aku cuba berfikir jauh dengan kelancaran roda dakwah ini..semestinya ia amat perlukan fondasi sebuah bangunan yang tidak sama seperti binaan yang paling atas..atau ia harus lebih teguh dan kuat untuk menampung yang atas? mungkin ini tuntutan pengorbanan yang lebih agar tiang dan batu bata itu adalah yang paling tegar dan tidak rapuh..dan inilah dakwah yang dibawa pemikul risalah agung, Rasulullah dan sahabatnya..jadi,bagaimana bicara iman anda? Allah lebih mengetahui..

perlahan dan teratur..jiwaku kembali membuka kotak perbicaraan koreksi diri..aku merenung halaqah yang kubawa sekarang..entah mengapa, ku rasakan seperti ia tidak sesetabil dulu..kebuntuan ini sekali sekala bermain diminda cuba mencari kenapa dan bagaimana..berbagai persoalan yang dimainkan meneliti diri..mungkin iman, mungkin dosa atau ujian..Allah sahaja lebih mengetahui..apa pun, perancangan akan ku laksanakan dengan teliti..moga Allah memberi kekuatan dan memperteguh hati untuk berbicara kedalam hati manusia dengan cahaya iman dan alquran..

aku kembali merenung, terasa sepi jua pada diri..dalam suasana ketika  ini, tinggal diriku sendiri di sini..dalam kegembiraan insan lain, aku harus hadirkan sedikit masa untuk urusan yang lebih tinggi..aku harus kukuhkan ekonomiku agar perancangan dakwahku akan berjalan baik..aku harus kemaskan ekonomi dakwah agar aliran deras dakwah terus mengalir..dan aku harus mengawal selia roda dakwah itu agar senyuman bisa terukir dihati ini..tapi, sifat manusiawi, aku terkadang terasa sepi..namun itu tidak mengapa, sedikit sebanyak aku terasa iman makin cuba menghiasi hati dan diri..mungkin ini saatnya untuk aku sendirian berbicara dengan yang Maha Memiliki..

namun, bermula daripada hari ini, aku akan cuba meniti batas-batas waktu ini dengan sesempurna mungkin.. terkadang tiba rasa rindu pada keluarga dan teman-teman, tetapi hatiku lebih merisau akan raut wajah ummat yang menanti bicara pemikul risalah suci..apa pun, aku tidak pernah melupai mereka dalam setiap langkahku, dalam setiap waktuku dan dalam setiap bicara dengan Tuhanku..moga harapanku untuk bersama disyurga yang sama terkabul dengan pasti..

aku merenung lagi..melihat keluar tingkap..sudah terang awan dengan cahaya mentari..rupanya alam baru sedang menanti..melihat burung sudah mula keluar melebarkan sayap..dengan irama kicauan memuji sang Pembesar..aku terus memandang ke langit..hatiku hanya tahu, "ada tugas besar yang harus kulakukan"dengan jiwa besar pimpinan Ilahi..doakanku agar bekal cukup menampung sebuah bicara hati..dan hari ini..aku akan terus berlari..dengan cahaya yang paling tinggi..tanpa kenal erti kata henti..untuk itu, izinkan ini..balutiku yang Maha Tinggi..



05 September 2012

Cinta, Jodoh, Takdir & Harapan,.....

Assalamulalaikum w.b.t....

Alhamdulillah syukur kehadratNya...


****************************************************************


Macam tak percaya..tiba-tiba je hati ini, terdetik untuk menulis tinta tentang 'cinta'...hmm..tak tau lah..kadang2 aku sendiri keliru...ingin tahu apa itu sebenarnya cinta...

Banyak cerita tentang cinta pernah aku dengar..
tapi kadang2 timbul rasa pelik..hmm..*smbil menggaru2 kepala*

Ramai yang meminta pendapat tentang cinta pada pendapatku.......
Aku kadang terkelu andai bersoal tentang cinta...
cinta manusia...cinta dunia...

"Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."(16:107)

Aku keliru....
Mungkin juga aku tak pernah jatuh cinta..membuatkan lidahku terkelu membisu..

Apa yang boleh ku katakan..
Mengikut apa yang diamati dan diperhati jua didengari...

Sesungguhnya, ........ ( suspen je bunyinya,..hehehe..) perasaan cinta itu hadir tanpa diundang,
apabila ia bertamu, itu bukanlah suatu dosa bagimu...kerana Aku faham MafhumNya..

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)." (3:14)



Sesungguhnya,perasaan cinta itu adalah sangat indah..
Jika ia diletakkan pada yang halal..

ada yang bertanya, berdosakah jatuh cinta kepada lelaki / wanita..??
pastinya tidak..
Jika perasaan itu hadir dalam hatimu..
Alhamdulillah harus didahulukan..
kerana perasaan fitrah itu telah sampai kepadamu..
Tetapi perlu lah diselitkan selepas itu Nau'zubillah..
Kerana takut terlalai dengan perasaan kasih sayang yang Allah anugerahkan kepadamu...

Sungguh indah nikmat Allah kan?
kadang2 timbul rasa takut...
Takut tenggelam dalam cinta manusia..

Jika kamu merasakan cinta itu datang kepadamu..
maka pendamlah rasa itu.. jika ia belum sampai masanya lagi..

Kerana..." sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hinnga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid." (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lain2) dalam riwayat lain pula maksudnya: " sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia mmelihara ksucian drinya dan bersabar hingga meningggal dunia, maka dia adalah seorg yg shahid." cinta yg bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia di susuli dgn tindak-tanduk yg tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah... petikan dr: Pemilik Cintaku Setelah Allah n Rasul (fatimah syarha mohd nordin) 

Tapi kalau kata tak pernah.. itu adalah dusta ,
kerana cinta itu fitrah, disusuli dengan nafsu maka mudah lah ia terpaut..Na'uzubillah..


Jika dianalogikan dua ketul batu,
jika tak digeserkan antara keduanya,
ia tak kan mengeluarkan percikkan api..
tapi apabila keduanya digeserkan..? pastinya ada percikan api..

Sama juga dengan manusia..
jika keduanya meluahkan perasaan itu, bukan pada masanya..
ia akan disusuli dengan nasfu yang membara..

Maka bermula lah kisah cinta...
Cinta yang tidak tahu mana hujungnya..
Mungkin juga terputus ditengah jalan..

Tetapi pada mereka yang menghadapi keadaan ini..
moga kekal ke akhirnya..
Tetapi perlulah sangat menjaga...
Kerana ia mungkin mengganggu Hablumminallah..
Terlalu tinggi risikonya..
Nilai cinta kita kepada Allah itu..adakah 'pure'..??
Atau..kadang2 solat rasa kurang khusyuk dan terganggu, kerana rindu kepada si dia..

Moga sahabat-sahabat kuat menghadapi ujian ini..
Kerana ujian ini, mungkin sukar.. tak kira pada sesiapa pun..
mahupun ustaz,ustazah... (juga pada diri)

Dan aku,.... terus disini, pencari setia kepada yang halal bagiku..
Doakan juga moga diberi kekuatan..
untuk menjaga hati ini..
jika difikirkan tentang 'cinta'..rasa tersangat takut..
takut lalai dengan cinta manusia..sehingga terabai cinta Allah..
yang pastinya HAKIKI..., Nau'zubillahiminzalik..

P/s: Moga post kali ni,bleh menjadi nasihat kepada diri sendri dan juga sahabat -sahabat..seMoga kita sentiasa dalam Rahmat dan RedhoNya..kerana sesungguhnya seseorang manusia itu takkan pernah sempurna..dan tidak lari dari membuat kesilapan..