08 Disember 2011

♥ Demi Cinta Allah ♥ ~~ Ku Serahkan Segalanya!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

07 Disember 2011

-SaYanG YaNg TiDaK aDa eRtiNya-

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang saya sayang kerana ALLAH...

Allahamdulillah masih jua hari ini diberi udara untuk saya terus bernafas. Walaupun perjalanan hari ini tidaklah seindah hari semalam namun itu lah tarbiyah dari ALLAH. Nampaknya ujian itu datangnya bertimpa-timpa. Tidak mengapalah, mungkin ALLAH sedang menyediakan tempat yang indah di syurga kelak andai kata saya ikhlas melalui ujian ini. Terasa berat bahu yang memikul, terasa sakit hati yang merasa... Itulah ertinya tarbiyah.. Apa ertinya saya terus mencanangkan perkataan tarbiyah andai saya sendiri tidak pernah merasai dan melaluinya.

Saya tinggalkan dulu persoalan tarbiyah diri saya. Mari sahabat-sahabat, teman-teman, dan seluruh saudaraku... Kita meneroka sejenak nilai
SAYANG yang ada di dalam hati kita.

Kepada siapa kita memberi sayang kita ??
sudah pasti kita semua ada senarai orang yang kita sayangi. Terutamanya kita semestinya sayang kepada mak dan ayah kita. Sayang kepada kakak dan abang serta adik-adik kita. Sayang kepada insan yang diluar daripada keluarga kita. Terlalu ramai insan disekeliling kita yang kita sayangi.. Alhamdulillah sayang juga nikmat yang terindah dalam kehidupan..

Satu lagi persoalan yang ingin saya lontarkan yang perlu kita nilai bersama.
bagaimana kita mempamerkan rasa sayang kita kepada orang yang kita sayangi..??

Cukupkah sekadar dengan kata-kata;
- ayah dan mak saya sayang kalian sangat-sangat.

cukup dengan kata-kata itu???
Sudah pasti kita semua akan katakan sayang tidak cukup dengan hanya ucapan semata. Tapi sayang perlu dipamerkan. Sayang perlu dihargai, Sayang perlu dijaga dan perbagai lagi.
Mungkin kita semua sudah lupakan? walau apa pun yang kita buat, untuk membuktikan sayang kita tapi tetap juga kurang.
kurang kerana apa yang kita cuba buat untuk buktikan sayang kita kepada mereka adalah hanya usaha didunia. Kita lupa, kita ucapkan sayang, kita ucapkan cinta, kita ucapkan rindu. TAPI???

kita tidak bersedia untuk bersungguh dengan kata-kata kita. Sekadar berbicara soal cinta dan semata.
Tetapi kita tetap membuatkan orang yang kita sayang diheret ke neraka..Salah kah apabila saya menyatakan setiap hari kita melakukan sesuatu yang membuatkan orang yang kita sayang ke NERAKA??

Kita lihat cara kita berpakaian, kita lihat cara kita bertutur. kita lihat cara kita berkawan..kita lihat cara hidup kita sehari-harian....
Adakah boleh menyumbang orang yang kita sayang ke syurga? Jika ada Alhamdulillah. Jika Tidak??

Itulah hakikatnya. Bila kita berpakaian tidak menutup aurat, bukan kita sahaja yang akan dihumban ke neraka tetapi kita mengheret ayah kita sekali. Suami kita juga akan deherat atas dosa yang kita lakukan.
Sanggupkah kita melihat ayah, suami, atau mungkin abang kita bergelumang dalam nerakan yang panas lantaran dosa kita?? Kita kata kita sayang mereka..kita kata kita cinta mereka. Oleh itu perkerjakan yang baik-baik sahaja untuk membuktikan rasa sayang kita.

Tiada nilainya rasa sayang dan apa sahaja yang kita buat didunia tanpa kita memikirkan kesannya diakhirat. Sedangkan ayah kita sudah menjada diri dan seluruh kehidupannya di dunia kerna takut akan neraka ALLAH. Tetapi kita tidak memikirkannya.
Sanggupkan kita melihat keringat tua itu dibakar kerana dosa kita sedangkan ayah & ibu sudah terlalu banyak berkorban untuk kita.
Sanggupkah kita melihat suami atau isteri yang kita sayangi itu berada di neraka kerana dosa kita?? sedangkan kita mengaku hanya dia insan yang paling kita cintai.

Sementara masih ada waktu untuk kita menilai dan berubah..Ayuh sahabat-sahabatku Muslimin dan kita Muslimat,kita melangkah untuk berubah. tinggalkan yang batil dan melangkah lah dalam kebenaran. Hiduplah seperti orang yang beragama.

Sekadar itu coretan saya.

Teman SeUkhwahku.....aku teralalu sayang padamu.

04 Disember 2011

AkU hAnYa MaNuSiA

Assalamuaikum dan salam kasih sayang,...

Alhamdulillah syukur atas nikmat imam dan islam yang telah ALLAH berikan kepada kita. Atas nikmat itu juga kita masih bernafas dgn roh iman dan islam yang kian hari kian menebal disegenap jantung dan hati. Roh iman dan islam ibarat jantung dan hati. Jika keduannya rosak maka rosaklah diri kita. Dalam kesibukan menempuh hari-hari di bumi tarbiyah ini amat menuntut diri utk bkerja lebih gigih lagi. semuanya utk memperkasakan iman dan islam yang ada dalam diri ini..

Alhamdulillah Tuhan memberikan saya kesempatan waktu untuk sama-sama mencari ilmu ALLAH. di samping kesibukan mencari ilmu dunia kesempatan waktu untuk mencari ilmu akhirat tidak saya lupakan. Terasa segar di telingan mendengar baris-baris ayat dari bibir seorang dai'e yang tidak pernah kenal erti lelah dalam mengcari dan memberi ilmu. Semuanya kerana nilai tarbiyah dan dakwah... Nilai yang diperoleh dari tarbiyah dan dakwah amat manis dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..

Menilai kembali kerja keras ku dalam medan dakwah ini.. Rupanya terlalu sedikit.. Apabila bibir dai'e itu terus bergerak menutur kata, saya mula tersedar, sepanjang di medan tarbiyah dan dakwah ini, saya hanya menempuh cabaran kecil sahaja.Cabaran yang datang dari diri sendiri sahaja.. Cabaran dari nafsu dan amarah yang begelodak dari dalam jiwa. Namun bila disingkapkan kembali sirah dakwah RASULULLAH termat jauh nilainya dari medan dakwan yang saya lalui.. Cabaran yang saya lalui secubis cuma berbanding dengan cabaran yang Rasulullah dan para sahabat terima. Sepanjang di medan dakwah ini, saya tidak pernah dibaling batu atau najis seperti Rasulullah dan sahabat. Cabaran saya hanya secubit cuma. Namun saya sudah terduduk kelemahan. Inilah saya yang hanya manusia biasa..

Ketika penduduk taif menyakiti Rasulullah, sedikit pun Rasulullah tidak mengeluarkan kata-kata kesat.. Rasulullah menyambut ujian itu dengan sabar. Tetapi bagaimana dengan saya??? YA saya sering tewas dengan cucukan jarum dari syaitan. Amarah sering dilemparkan.. cepat sangat datangnya marah.. Menyambut cabaran yang ALLAH berikan bukan dengan sabar dan redha,.... Terasa jauh dengan akhlak yang Rasulullah tunjukkan,.......

Terus telinga ini mendengar sambungan kata-kata dai'e itu.. Kita yang berada di medan dakwah ini, cukupkah ilmu kita untuk mengajak orang berbuat baik.. mengajak orang kembali kepada yang haq dan meninggalkan yang batil.. Saya terus melayan fikiran untuk memikirkan ilmu yang ada.. Rasanya terlalu sedikit sahaja yang ada.. Ilmu setitik pun tidak sampai inikan pula saya nak sampaikan kepada orang lain.. Tetapi dai'e itu berkata kita jangan menunggu untuk menjdi seorang yang sempurna tetapi tanggunjawab di medan dakwah ini adalah terletak kepada semua,.... "samapaikan walau sebaris ayat" hati saya mula kelegaan mendengan kata-kata itu.. Namun saya mula melakar mimpi untuk mencari sebanyak mana ilmu agar saya mampu memberi kepada orang lain... Mengharapakan nanti saya tidak memberi hanya dengan sebaris ayat kepada sahabat2 saya yang saya sayang..

Masa terus berlalu.... Dai'e itu terus melemparkan kata-kata terus kepada hati saya. Teringat saya dengan kata-kata abang saya.. Semua yang kita lakukan perlu datang daripada hati kita...Jika ilmu datang dari hati kita insyaALLAH akan sampai ke hati orang lain.. Bertapa pentingnya untuk menjaga hati.... Nilai hati dalam membantu kejayaan dakwah itu amat besar nilainya.. Saya belajar tentang persoalan hati... Betapa ia penting untuk membantu usaha dakwah dan tarbiyah.. Abang saya ada mengingatkan jika mengusahan sesuatu pekerjaan hati-hati dalam menjaga hati.. Jika tidak mempu menjaga hati, behentilah dari mengerjakan pekerjaan itu dan rawatlah hati.. Jika meneruskan pekerjaan itu tidak ada gunanya kerana hanya mendapat penat dan lelah sahaja..

Oleh itu sahabat, jangan pernah merasa penat kerana ujian perjuangan. singkapkan kembali sirah Rasulullah sebagai penguat perjuangan.. Jangan pernah merasa kurang nya diri di medan dakwah kerana kita masih diberi kesempatan masa untuk mencari...Jangan pernah mgambil mudah persoalan hati kerana ia menentutankan kearah mana hidupmu sbg seorang dai'e....

sekadar itu sahaja perkongsiaann..
PERJALANAN MASIH JAUH