05 Ogos 2011

Tazkirah Ramadhan : Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air ;)


-------------------------------------------------------------------------------------

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: "Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja." Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ

Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur

(Hadis riwayat An-Nasaie.)

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud:

Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.

Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata:

"Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran."(Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Di sebalik begitu pentingnya sahur, janganlah pula lupa yang sangat wajib ditunaikan, yakni SOLAT SUBUH. :)

Tarbiyyah Ramadhan - renungan Ramadhan ke 5


Alhamdulillahirabbil'alamin wassalatuwassala mu'ala Asyrafilanbiya'i wal mursalin, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in...
Amma b'adu,

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:

“ Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan, tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”

Cukuplah bagi kita hadis Nabi (saw) ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk solat tarawih. Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan dari dosa-dosa yang telah lalu.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,

Kita semua orang yang berdosa. maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa kita. Satu perkara yang harus diperhatikan ialah syarat yang diletakkan oleh Nabi (saw) untuk mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan niat, penyerahan yang redha kepada Allah. Ia bermakna kita perlu berusaha meningkatkan kualiti tarawih kita.

Satu perkara yang sering menjadi bahan polemik mengenai tarawih ialah bilangan rakaatnya. Ada pula yang menimbulkan polemik lain, solat berseorangankah yang baik atau berjamaah? Sikap terbaik dalam hal ini ialah kita berlapang dada dengan perbezaan pendapat yang wujud ini tanpa memperkecilkan atau meremehkan salah satu pendapat yang lain. Polemik ini akan tidak berkesudahan kerana masing-masing mempunyai kekuatan hujjahnya masing-masing.

Yang penting, pilihlah satu pendapat yang kita yakini hujjahnya dan berusahalah mencari jalan bagi mendapatkan solat tarawih yang paling berkualiti. Ini mungkin bermakna kita akan solat di surau berdekatan rumah kita atau kita terpaksa bersolat di masjid atau surau yang jauh dari rumah kita. Atau mungkin ia bermakna kita akan solat sendirian atau bersama keluarga di rumah.

Sahabat-sahabat yang diredhai Allah,

Apa yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kualiti tarawih tersebut; tidak kira samada ianya 20 atau 8 rakaat, di masjid jauh atau di surau dekat, kita kerjakan berseorangan atau berjamaah. Pokoknya, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan pemilihan yang teliti. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan kita di kalangan orang yang diredhai-Nya.

sekian sahaja dari saya untuk hari ini, moga pengisian diatas dapat meningkatkan keimanan kita dalam melakukan ibadah terhadap Allah dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Moga kita dapat bertemu lagi dalam Tarbiah Ramadhan pada esok hari.

02 Ogos 2011

ANDAI INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIRKU...


Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri...
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati...
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi...


Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali,
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi,
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
KEMATIAN...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir,..
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..


ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

01 Ogos 2011

Menjadi Tetamu Ramadhan 1432H


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wal maghfirah wannikmah...

ALHAMDULILLAH atas nikmat Allah yang maha pemurah, mengasihi lagi mengasihani juga asma' NYA memberikan kita bersama-sama berpeluang menjadi tetamu Ramadhan 1432H ini. Moga kita semua mendapat keredhaan dan keberkatan di atas bulan yang dikurniakan kepada hamba-hamba yang dipilihnya untuk menjalankan ibadah puasa. Ramadhan bulan untuk mengumpul kekayaan (amal ibadah) untuk berada disisiNYA nanti. InsyaALLAH..

Buat pengunjung blog semua, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada NYA, moga diterima segala amalan, taubat dan doa hamba-hambanya yang diciptakannya...sahabat-sahabat anggaplah ini adalah puasa terakhir kita, mungkin next year kita belum tentu berkeizinan bertemunya lagi dan merasai nikmat bulan penuh barakah ini.

Akhir kata, Salam ukhuwwah salam mahabbah wa mawaddah. Semoga semuanya di dalam rahmat Allah dan sihat senantiasa, Amin Ya Rabbal A'lamin.

31 Julai 2011

Ramadhan Kareem Dari Blog Persinggahanterakhir 1432H


Ya Allah Yang Maha Pengasih...segala puji bagi-Mu atas kesempatan ini...sekali lagi telah kumasuki gerbang Ramadhan, bulan yang penuh berkahsekali lagi Kau janjikan Rahmat dan Maghfirah-Mu untukku jika aku mau bersungguh-sungguh berpuasa..tak hanya sekedar menahan lapar dan dahaga di sepanjang siang-Mu,

tapi menahan nafsu duniaku di sepanjang bulan suci ini.

Ya Allah Yang Maha Pemurah...hari ini kupintakan permohonan pertamaku di bulan yang Kau bukakan pintu-pintu surga-Mu dan Kau tutupkan pintu-pintu neraka-Muterimalah amal ibadahku di sepanjang bulan ini Ya Rabb..meskipun persiapanku tak seperti para sahabat...meskipun kegembiraanku tak seperti yang digambarkan Rasul-Mu..meskipun ibadahku tak sekhusyu' orang-orang yang shaleh..meskipun amalanku tak seikhlas orang-orang yang mukhlis..

meskipun puasaku tak seperti puasa para Nabi-Mu..

Ya Allah, Sang Penguasa Alam Semesta...di luar sana masih banyak kaum muslimin yang kekurangan...ada yang Kau uji dengan sakit, kemiskinan, bencana alam, peperangan, dan musibah lainnya..dengan segala keterbatasannya, mereka memasuki bulan ini ya Rabb..maka, berikanlah kami kemudahan untuk menjalankan puasa dan ibadah-ibadah kamiyang sakit.. sembuhkanlahyang kurang.. cukupkanlahyang sempit.. lapangkanlahyang sulit.. mudahkanlahyang jauh.. dekatkanlah

yang lemah.. kuatkanlah

Ya Allah Yang Maha Berkehendak...bila saat ini ku telah masuk ke gerbang Ramadhan-Mu,sampaikanlah aku hingga ke penghujungnya...berikanlah aku kesempatan memasuki surga-Mu kelakmelalui pintu yang Kau janjikan bagi hamba-Mu yang berpuasa..

sesungguhnya Engkau Maha Pendengar dan Maha Pengabul do'a

amiin...