15 Januari 2011

Persinggahan!!, kenapa ye ujian selalu mendampingi kita.....??


Salam duhai penyeri qalbuku..
Persinggahan…

Lambaian kasih sayang ku hulurkan buatmu..Semoga iman kita sentiasa dalam keadaan segar bugar dek kerana cintakan Ilahi,pencipta kita yang Maha Agung..
Lembaran demi lembaran kau, ku selak kembali..Semakin ku tertunduk syukur..menginsafi setiap sesuatu yang ku miliki sepanjang hidup ini..Belum cukup rasanya ku menghargai segala kurniaan Ilahi,sedangkan ku selalu sahaja mengeluh bila diuji dengan dugaan yang kadang-kadang hanya cuma sekelumit.ayuh kita berdoa lagi ye persinggahan..

‘’Tuhanku,tolonglah aku akan kesukaran-kesukaran yang mendampingi
dan yang akan datang....’’

Terasa sakit didada seakan-akan dihimpit batu yang besar tatkala ujian ALLAH menimpa diri ini..Lantas ku terus mencari hikmat disebalik ujianNya..ku tahu ujian itu adalah tarbiyah dari ALLAH..Namun,sampai bilakah ujian ALLAH itu akan bertandang??sehari?seminggu?setahun? atau selamanya??

Teman penyeriku Persinggahan,
Aku tahu dan kau juga tahu derita ini..Kau selalu mengingatkan ku kesenangan yang datang setelah ujian itu adalah nikmat tuhan..ye, ku masih ingat lagi.terima kasih atas nasihatnya..hanya engkau dan ALLAH sahaja tahu senyuman di sebalik derita itu..

Persinggahan..,
Allah SWT menyarankan hamba-hambaNya agar tidak berputus asa dalam mencari kebahagian di dunia dan dalam masa yang sama tidak pula melupakan apa yang harus dilakukan bagi membungkus bekalan biar kemas untuk dibawa menghadapNya nanti..

Namun, kenapa ye manusia sering kali memilih untuk melupakan Ilahi hanya kerana megejar impian hidup yang sebenarnya bersifat sementara? engkau doalah untukku ye persinggahan, semoga aku bukan di dalam golongan manusia itu. ku tahu segala harta yang membukit tidak akan ada nilainya disisi yang Maha Agung bila tiba hari yang sepatutnya..Bukannya aku tidak menginginkan kesenangan di dunia,tapi aku memegang kata-kata seorang ustaz ni bahawa "kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengikutimu.."

Dalam sedar tapi leka.manusia selalu sahaja membelakangkan perintah Allah SWT kerana merasakan apa yang sedang mereka usahakan adalah amat penting dan semua perhatian,masa dan usaha haruslah dihadiahkan untuk tujuan itu semata-mata..engkau faham kan apa yang aku cuba sampaikan ini..? ermm..sedangkan Allah jua yang berkuasa menentukan apa yang bakal kita miliki dan apa yang bakal kita hilang.Begitu juga dengan apa yang bakal kita lepaskan tanpa rela, mungkin sebagai balasan atas sikap leka manusia itu sendiri..

Ingatlah Persinggahanku, segala rezeki yang ALLAH kurniakan tidak pula kita hitung nilainya,sedangkan bila kita berdepan dengan sesuatu yang menyentap jiwa,mulalah irama sendu berlagu pilu dan meminta-minta dari yang Maha Pengasih agar diberi kekuatan..Harus ada rasa malu bila mana kita sombong untuk mengucapkan syukur,tapi tidak segan meminta dibantu apabila perlu.Jangan biarkan hawa nafsu terhadap dunia menguasai pentas kehidupan kerana itu bakal mengundang seribu satu kehancuran..

Sebagai insane yang lemah tidak kurang sedikit amalnya..marilah kita sama-sama menginsafi dan bermuhasabah kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini..Pulanglah dan kembalilah ke pangkal jalan selagi pintu taubat masih tebuka untuk kita..Bukan apa, takut ditakdirkan oleh ALLAH nyawa kita hanya setakat ini sahaja,,mana mungkin untuk kita bertaubat sedangkan malaikat sudah sedia menanti untuk mencabut nyawa dari jasad..Alangkah ruginya hidup andai bukan kerana Nya..)",..

12 Januari 2011

NAFAS HAMBA BERDOA

Sekadar perkongsian dan tazkirah dari hati kehati buat teman-teman yang sudi mengunjungi teratak persinggahan ini..ku titipkan sebuah hadis buat renungan kalian dikala kegembiraan,kedukaan,kesusahan kealpaan dan diwaktu lapang kalian...mudah-mudahan sedikit ilmu yang ku sampaikan ini sedikit sebanyak akan membangunkan jiwa-jiw kita yang terlena dikala ini....

Kali pertama bumi ini di ciptakan. Katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang, dan tidak berputardgn stabil malah tidak berputar pd paksinya…Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat mnghadap Allah SWT..

“Wahai Rabb, Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

"kerana belum dipaku" jawab Allah singkat..

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?" Tanya para malaikat lagi..

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbgai belahan bumi. Apa yg trjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT..

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah " Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi"

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" tanya malaikat lagi

"Ada! yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat mmbawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu? (gunung, api, air, angin?)" malaikat bertanya lagi.

"Ada!

"IAITU NAFAS HAMBAKU YANG BERDOA KEPADAKU. KERANA SESUNGGUHNYA DOA ITU MAMPU MENGUBAH TAKDIRKU."

demikian Allah SWT menjelaskan..

~HADIS KUDSI~

11 Januari 2011

SURAT CINTA BUAT SEORANG HAWA….

Cemburu kulihat Sang Pungguk memadu rindu dengan Sang Bulan.
Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan.
Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang.
Tapi aku, terus kepiluan. Hawa yang diciptakan untukku bukan lagi Hawa yang dulu….

Hawa…
Diciptakan indah, bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya, tapi daripada rusukku untuk dilindungi, dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai.

Hawa…
Dulu, ku perlukanmu sebagai teman berbudi. Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi. Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabah diri. Tapi kini, keindahanmu yang sering kupuja, kau salah erti… Kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.

Kaumku kekaburan. Matanya bertelanjang. Hatinya lemas ditelan keasyikan. Ah, memang kaumku suka mengambil kesempatan! Tapi, kenapa kau jual dirimu bak barang pameran? Di mana hilang malumu yang menjadi hias pakaianmu?

Tidakkah kau tahu, tubuh montokmu jadi hidangan enak buat mata, tetapi racun pada jiwa. Aku bisa terhumban ke neraka kerananya. Kau gunakan keistimewaan untuk menggoda. Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu melemahkan iman.

Oh, Hawa…
Aku rindukan Hawa yang dulu…Malu, terjaga & terpelihara….

Hawa…
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok, perlu hati-hati untuk luruskan. Lantaran itu, ku datang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki…bukan juga mengugut dengan paruh berbisa….tetapi supaya direnung bersama. Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.

Dengarlah bisikan kasihku,

Sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu –
sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Khadijah, dan setabah Fatimah….

Hawa…

Namamu indah, biarpun di mana, di segenap jiwa,

Kaulah ibu, terukir kasih di paparan dada,

Kaulah kekasih, dirindui saban ketika,

Kaulah puteri, pengubat duka, penyejuk mata,

Kaulah adik, pemberi semangat paling berguna,

Kaulah mukminah, terukir indah di setiap dada

-Adam