11 Ogos 2011

RAMADHAN KAREEM,...

Ramadhan Kareem sy ucapkan kepada semua umat islam yang sedang menjalankan ibadah puasa. Pejam celik pejam celik dah masuk 11 hari kita berpuasa hari ni. Teringat kenangan bersama sahabat-sahabat di MANAD, D.Q., SYIRIA dan sahabat-sahabat seukhwah dan seangkatan dalam menegakkan kebenaran di bumi Malaysia ini.,teringat suatu ketika dahulu Kita sama-sama pernah Bertarawikh, Bertadarus, Berbuka puasa bersama. Rindu rasanya nak menghadapi bersama-sama lagi. Semoga sahabat-sahabat di sana dapat meneruskan perjuangan dalam mengimarahkan bulan Ramadhan.

Sedikit perkongsian di bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah saw :

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya RAHMAH, ditengah-tengahnya MAGHFIRAH, dan Di hujungnya KEBEBASAN daripada API NERAKA. Kejarlah ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan untuk kita umat Islam dalam bulan Ramadhan.

Jangan sampai nafsu menguasai akal sehingga kita malas untuk merebut ganjaran-ganjaran yang Allah sediakan. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Sesungguhnya kematian itu tidak kita ketahui. Sedikit peringatan, Semoga kita semua menjadi HAMBA ALLAH dan bukan hanya HAMBA RAMADHAN. Ini kerana Hamba Allah adalah orang yang sentiasa mengamalkan amalan yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya setiap hari. Manakala hamba ramadhan adalah orang yang hanya mengamalkan amalan yang dilakukan hanya pada bulan ramadhan sahaja. Oleh itu ayuh kita jadikan Ramadhan sebagai pemula kepada perjalanan istiqamah dalam amalan yang kita lakukan.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.

Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Anggaplah bila kita nak melakukan IBADAH kepada Allah bahawa dihadapan kita adalah SYURGA, di bawah kita adalah NERAKA dan dibelakang kita adalah MALAIKAT MAUT. Semoga kita semua dipermudahkan dalam urusan melakukan IBADAH kepada Allah swt. Ameen Ya Rabb.

Ok la setakat ini dahulu..Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Allahua'lam..

Salam alaik.

Tiada ulasan: