04 Jun 2011

LUAHAN HATI SEORANG PENCINTA...

Assalamualaikum…………

Dengan nama Allah yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat ku tahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Allah buatku.

Sudah lama rasanya aku tidak update blog kesayanganku ini. Bukan kesibukan yang menjadi penghalang, tetapi mungkin minda asyik berehat dari memikirkan sesuatu untuk dikongsikan. Hampir sebulan sudah berehat tenang dari medan ilmu ini., terasa rugi pula apabila membiarkan sehari itu berlalu, tanpa sebarang aktiviti di rumah.. kebarangkalian saat seperti ini, mungkin tak akan datang lagi.

Indahnya ketenangan yang dicari, saat itu impian-impian mula terukir.. bertahun sudah memerah otak dengan sesuatu yang sudah sebati dalam diri, akhirnya pelbagai impian telah terukir, mungkin ku sudah mula merasa akan dewasa atau sudah dewasa. Dan kedewasaan yang datang mengukir pelbagai cita-cita yang indah lagi manis. cita-cita yang tiada pasti tertunai atau tidak, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha , berdoa dan bertawakal pd Allah s.w.t.. dan yakin segalanya yang terbaik telah Allah aturan utntuk kita, Insya'Allah...

Buat kekasih…
Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..
Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku bisa mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.

Kekasih…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Allah dan Rasulnya, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Allah benar-­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Allah Azzawajalla di hari kemudian.

Kekasih….
Tiadalah sebaik kata-­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon padanya semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya pada Nyalah aku berharap.

Kekasih….
Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.

Persinggahanterakhir.blogspot.com

4 ulasan:

srikandi-ku88 berkata...

wa'alaikum salam...terbaik la luahan hati sahabat niii...namun, masih confius dgn "kekasih" yg di maksudkan...yg pasti nya Allah n Rasul-Nya...smoga akhi mendpt kekasih (dr kalangan manusia) yg di redhai-Nya, insya-Allah (",)

PersinggahanTerakhir berkata...

sekadar tulisan je srikandi, nk kata ada kekasih tu mmg harapkn akn adanya suatu hari nanti... mudah-mudahan..sy akn sentiasa ke arah itu.. dn tlg doakan sy...(^_^)...

srikandi-ku88 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
srikandi-ku88 berkata...

mudah-mudahan, insya-Allah akan ada nnt tu...fitrah manusia, hamba ciptaan-Nya(",)..insya-Allah sy doakan