26 Mac 2011

Celoteh Persinggahan,...


Salam sua kembali buat semua teman-teman yang sudi berkunjung ke teratak usang Persinggahan ini. Erm, salam syukur ku panjangkan ke hadrat Rabbul Izzati di atas kesempatan yang masih terluang buat kita semua untuk bersapa khabar. Doa ku tadah, pohon izin Ilahi dikurniakan pencurahan rahmat-Nya serta memayungi kesejahteraan pada kesihatan dan kehidupan penuh keampunan kepada hamba-Nya berterusan.

Maaf ku pinta setelah kian lama bertapakkan sunyi laman ini. Dek masa yang tidak berapa mengizinkan menghalang jari-jemari melaksanakan tariannya. Namun, kesempatan ini seribu tanda syukur dilafazkan tanda terima kasihku buat Yang Maha Esa.

Pena ini sekali lagi akan mencoretkan kisah opera kehidupan semalam berpentaskan di sini. melayani kekejaman & kebaikan ibadah manusia. Episode demi episode terus dipersembahkan disebalik tirai pementasan opera manusia.

2,3 hari lepas Keputusan SPM sudah diperolehi, ada yang suka dan ada yang duka. Namun, bagi ku kegagalan teman-teman persinggahan bukan berhenti disitu sahaja. berpegang pada madah yang berbunyi

“Jatuh & gagal yang pertama bukan kegagalan namanya. Kegagalan ialah yang jatuh kerana sebab yang serupa di tempat yang sama”.

Masih ada peluang buat teman-teman untuk sama-sama kita berusaha. Jangan berduka dengan kemampuan sendiri, kita juga punyai kelebihan. Mungkin barang kali kita belum sedari di mana tersembunyi kelebihan kita itu. Ayuh, kita selami diri sendiri. Motivasikan semangat kita dengan pemikiran yang positif. Jangan berasa hina pada diri sendiri kerana kita semua hamba-Nya yang sempurna sebaik mahkluk.

Semalam ketika membuka laman Fb di group Persinggahan, Tersenyum aku tatkala laman group terpapar diskrin komputer. Terpahat tulisan Abdul Rashid Abdullah, suatu perkara yang cukup terkesan di hatiku. saat mata yang masih menerima nikmat kesihatan dari Ilahi melihatnya. Hanya senyuman mampu diukir melihat tulisannya itu . Kebarangkalian ianya satu pengiktirafan buat group Persinggahan dan teman-teman persinggahan disana.. Terima kasih atas cadangan itu.. ku amat-amat menghargai ketulusan sahabat semua dalam memberi nasihat dan berkongsi artikel di group Persinggahan ini. semoga allah merahmati kita semua ye,..

Buat akhirnya dariku,.

jadikan Group Persinggahan ini untuk kita saling berkongsi ilmu dan pengalaman, memberi nasihat dan dan petunjuk buat teman-teman yang lain, berkongsi rasa dan juga cerita. Ciptaan Allah yang begitu Maha Berkuasa, menjadikan manusia itu sering bertelagah dalam menyampaikan pendapat. Justeru, menimbulkan perbagai tindakan berpandukan kebijaksaan mereka berfikir. Namun, lebih bertamadun manusia itu kalau tidak mengikut perasaan hawa nafsu mereka dalam melakukan sebarang tindakan

Hanya nasihat mampu disampaikan agar kehidupan ini bukanlah suatu kerugian buat kita semua. Untung nasib di atas bumi pinjaman ini adalah tiket kebahagian kita menempuh kehidupan abadi disana kelak. Ku tahu kalian adalah terbaik ummat....

Semoga Allah terus memayungi kita dengan rahmatnya... InsyaAllah kita pasti bersua lagi dilain waktu. Salam ukhuwwah ku akhiri celoteh untuk kali ini.

Tiada ulasan: