14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul s.a.w.

Salam Maulidur Rasul s.a.w. buat teman-teman dan sahabat seperjuangan semua. Berpesan-pesan kepada kebaikan..ambil yang baik dan yang buruk hindarkan..Kitalah yang membuat pilihan sama ada mahu mengutip mutiara yang ada di mana-mana. Tepuk dada tanyalah iman anda.

Sabda Nabi s.a.w. :

“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)

sambutlah sempena hari kelahiran Nabi junjungan ini dengan penuh keinsafan, menjunjung kasih serta mengerjakan sunnahnya.,

"Selawat dan salam Buat nabi junjungan, Nabi yang teragung Rasul yang disanjung
Marilah bersama kita mengingati, Marilah semua berselawat keatas Nabi.."

Selamat menyambut Maulidur Rasul s.a.w. dari Blog Persinggahanterakhir.blogspot.com

Tiada ulasan: