03 Februari 2011

antara Cinta & Binasa - Dengarlah rintihanku Teman,..


Assalamualaikum, w.b.t,
buat sahabat sahabiah yang di kasihi kerana Allah s.w.t sekalian.. salam sayang, salam rindu dan salam Ukhwahfillah buat semua yang sangat saya rindui,.. kembali mencoretkan bingkisan kata hati buat teman-teman yang sentiasa menziarahi teratak persinggahan ini...

Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi Allah berikan nikmat kehidupan, masih lagi kita diberi nafas di setiap saat dan ketika.. itulah sebenarnya nikmat yang Allah kurniakan pada kita semua, sebagai peluang untuk kita memperbaiki diri sekaligus memperbetulkan kesilapan-kesilapan kita yang lalu. Dan sebagai hamba Allah yang diciptakanNya, setiap penjuru hidup kita, setiap langkah tapak kaki kita, setiap butir perkataan yang hadir dari bibir kita..jangan lupa bahawa semua itu wajib kita niatkan kerana Allah s.w.t, dan bukan pada yang lain. Bukan kerana mata-mata yang melihat kita, bukan juga kerana bait-bait kata yang memuji dan mengagumi perbuatan kita. Kerana tidaklah Allah cipta kita ini, selain untuk menyembahNya..kekasih abadi kita sampai syurga, insyaAllah. :)

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
” Ad-zariyat:56

Sahabat Ukhwahku,

Saya melihat isu couple sebagai satu masalah yang sangat serious sejak sekian lama. Dengan cinta begini, ramai yang terlanjur, ramai juga anak lahir tak terbela..malah ada juga anak lahir terbuang..ada yang sanggup membunuh diri kerana cinta yang tak berbalas. Ada pula pasangan yang sanggup menanam bayi mereka sendiri. astaghfirullah..Nauzubillah, jauhkan kami dari semua ini.

Bangunlah wahai sahabat, cintamu itu takkan dapat membuat kamu bahagia di syurga kecuali bahagia yang sementara di dunia…

Bukalah pintu hatimu,untuk menghentikan semua permainan hidup ini. Usah kamu biarkan syaitan mentertawai kamu..kerana apa..? kerana kamu tewas menepis bisikan-bisikan mereka.kerana kamu tunduk kepada nafsu kamu..kerana kamu tutup hati kamu untuk tunduk pada kalimah-kalimah Allah s.w.t..

Sahabatku,
Saya sayang kamu semua sebagai saudara seIslam saya. Saya bukan lah manusia yang baik serba serbi, tapi ilmu yang saya ada ini..saya sampaikan untuk peringatan kita bersama.Kerana jika saya ditanyakan di akhirat nanti, tentang apa yang telah saya lakukan..maka ini akan menjadi pelepasan tanggungjawab saya.

Wahai muslimin,
Kamu semua adalah pemuda Islam yang Allah jadikan sebagai pemimpin. Pemimpin kami wanita, pemimpin anak-anak kami, pemimpin keluarga kami. Jika dengan mudah, dirimu tewas padahal Allah kurniakan 9 akal untukmu, hanya satu nafsu…apa akan berlaku pada dunia ini. Maka, tundukkanlah pandanganmu, tanamkan cinta Allah dalam hatimu, dekatkan dirimu padaNya..takutlah kepada Allah. Hiasi dirimu dengan ilmu. Saya tahu, kamu semua boleh.. jangan ingkari ayat-ayat Allah. Ingat, apa yang kamu lakukan sekarang, Allah akan tunjukkan kembali pada masa akan datang. Ingatlah kisah nabi Yusof yang dirinya teruji dengan wanita..lebih hebat dari kamu.

Wahai Muslimat,
Peliharalah dirimu sebaik-baiknya. Malulah, sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman. Diri kamu, Allah jadikan penuh keindahan dan kelembutan..tapi itu semua perlu kamu pelihara. Jangan kamu kalah dengan mereka. Tegaskanlah dirimu, keraskanlah hatimu untuk mereka lelaki yang bukan milikmu. Percayalah, jodoh Allah yang terbaik ada untukmu. Yakinlah..bahawa Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kamu. Dan tundukkanlah pandanganmu, tundukkan hatimu, dekatkan dirimu pada Allah sahabatku..Dirimu wanita adalah seindah-indah hiasan..dan hiasan yang terindah itu adalah wanita yang solehah.

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman Amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah Amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).”
al-Baqarah:165

Dan Kita,
Jangan saja kita melihat. Serulah semampu kita..ajaklah mereka, sabarlah dalam mendekati mereka. Dan sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Allah yang layak memberi hidayah. Tugas kita hanya apa.? Hanya mengajak mereka supaya dekat kepada kalimah-kalimah Allah dan melaksanakan nya, Doakan mereka sahabat2.. :)

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut. pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. Ya Allah Engaku mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu"

Tiada ulasan: