16 Disember 2011

BiLa LaNgKaH HiJrAh MuLa Di AtUr

Assalamualaikum Dan salam seharum syurga ALLAH..

Mengharapkan setiap sahabatku berada dalam keadaan sihat dan yang paling penting berada dalam rahmat dan Redha ALLAH.. Apa erti kehidupan andai kata, Allah tidak Redha dengan setiap perbuatan kita. Ayuh sahabat, kita mula meniti kembali hari semalam yang kita tinggalkan...Adakah kita masih berada @ memilih untuk berada di jalan yang jauh dari rahmat dan Redha ALLAH..??? Persoalan ini aku ajukan buat diri sendiri dan juga buat teman-teman semua.. Jika dahulu aku juga seperti kalian...Memilih jalan keseronokan dan juga jalan yang hanya memberi hiburan.. Sudah pasti jalan itu jauh dari redha ALLAH..

Mana mungkin ALLAH redha jika kita berada di jalan yang melupaiNYA,mana mungkin ALLAH redha jika kita asyik dengan keseronokan dunia.. Jika dahulu aku memilih untuk berada di jalan yang kelam dan penuh kegelapan,jika dahulu aku seronok untuk bersorak bersama kawan-kawan, jika dahulu aku tidak kisah untuk mendedahkan aurat, jika dahulu aku jauh dari rumah ALLAH, dan jika dahulu aku amat suka berhibur.. Namun itu tidak bermakna aku akan terus di jalan itu.. aku sedikit pun tidak malu untuk menyatakan siapa aku satu ketika dahulu.. Tapi itu semua dulu.. Manusia mampu berubah, kerana hati kita milik ALLAH. Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh mencampakkn hidayahNYA di hati kita, namun semua terserah kepada kita.. Kita ingin sambut hidayah itu atau kita ingin biarkan ia berlalu begitu sahaja..Semua bergantung kepada Kita..


Saat akal mula memikirkan bahawa diri ini terlalu berharga,saat hati mula di sentuh dengan roh hidayah dan saat itu juga diri mula rasa ingin berhijrah. Bermulalah langkah Hijrah ku atur di dalam perjalanan dakwah ku ini,. ada yang perasan akan perubahanku dan ada juga kawan-kawan yg sudah tidak rapat dengan ku lantaran ku memilih untuk berada di jalan dakwah. Aku bukan sahaja memilih untuk menjadi penyokong kepada perjuagan islam ini, namun lebih besar dari itu.. aku memilih untuk menjadi salah seorang pendokong kepada perjuagan islam. Terasa beban dakwah itu amat berat untuk di pikul berseorangan,namun ku ada ALLAH yang sentiasa memberi kekuatan jiwa.. Ujian yang datang dan pergi hanyalah tarbiyah untuk membina hati yang kuat dan jiwa yang kental..

Berhijrah tidak semudah yang di fikirkan. Payah, dan teramat payah.. tetapi untuk mendapat yang bernilai kita perlu melakukan pengorbanan yang besar dalam kehidupan ini. Seorang yang memilih untuk berubah perlu ada 5 H dalam perubahan nya..

H yang pertama dan paling utama ialah kena memiliki "HATI" yang kuat...
bagaimana untuk kita memiliki hati yang kuat..??? Jawapanyan ada pada tahajud d 1/3 malam dan ada pada zikrullah.. Tahajjud adalah kekuatan untuk para pejuang agama ALLAH. Jika kita singkap kembali sirah Rasulullah, kita dapat temui kekuatan tentera islam bukan ada pada jumlah yang ramai, namun ada pada Tahajjud. Rasulullah tidak pernah meninggalkan tahajjud. Atas sebab itu hati dan jiwa kekasih ALLAH ini amat kuat dan tidak pernah berputus asa. Begitu juga dengan kita.Jika kita ingin berubah, cari lah kekuatan itu pada tahajjud.. Kelak kita tidak akan mudah rebah dek ujian dan tidak pernah mati dek keji manusia. Perbanyakkan mengingati ALLAH dengan berzikir.. Jiwa yang kosong akan terisi dengan cinta ALLAH.. Dan manusia yang paling berjaya ada lah manusia yang sentiasa mengingati mati...

H yang kedua ialah "Hampiri" orang yang bersifat positif..
Jika kita ingin berjaya dalam penghijrahan kita, cubalah untuk hampiri orang yang sentiasa positif dengan jalan dakwah.Orang yang memikirkan jalan dakwah adalah jalan untuk mentarbiyah diri sebelum bertemu ALLAH.. kelak kita akan termotivasi dengan semangat para da'ie ini.. Biar siapa kita, biar secetek mana ilmu kita, kita jangan takut untk bersama mereka keran kita adalah sama tapi apa yang membezakan kita adalah tahap keTaqwaan kita pd ALLAH.. Jika ilmu kita kurang, carilah dan jangan pernah meninggalkan jalan dakwah..

H yang ketiga ialah "HINDARI" orang yang jauh dari jalan ALLAH..
Jika kita belum yakin dengan iman kita, elok kurangkan masa bersama orang yang jauh dari jalan ALLAH.. d bimbangi kita tidak mampu untuk menepis permintaan mereka untuk meninggalkan Hijrah yang kita pilih.. Akan tetapi kawan2 kita yang masih jauh dari jalan ALLAH jangan d biarkan mereka berterusan begitu.. Tarik lah mereka agar mereka juga menikmati roh hidayah ini.. Mereka menjadi tanggungjwab kita.. Mereka juga saudara kita..Mana tahu mereka mendapat hidayah lantaran kita..Dan ketika itu, kitalah orang yang lebih mulia dari apa yg disinari matahari jika ada teman-teman yang mendpat hidayah lantaran kita.. Jangan cepat menghukum jika ada teman-teman melakukan kesilapan,angaplah itu srbahagian dari medan dakwah..

H yang keempat ialah "HAJAT"
Sebagai insan yang ALLAH ciptakan sbg khalifah ini harus hidup dengan ber"HAJAT" .. Berhajat kepada ilmu, berhajat kepada kejayaan,berhajat kepada perkara yang memberi manfaat kepada Islam.. Binalah matlamat untuk berjaya kelak akan ada usaha yang di palu untuk mencapai kejayaan.

dan H yang terakhir ialah " HIJRAH".
sentiasa lah kita mebina hari-hari yang kita lalui dengan Hijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik.. Jika hari semalam amat menduka citakan, jangan biarkan ia berulang pada hari ini dan bina kewaspadaan untuk menempuh hari esok.. Dalam peghijrahan ini yang paling penting ialah ilmu. carilah ilmu ALLAH yang banyak ini untuk di pasakkan ke hati kita...Kelak kita juga akan berjaya..

sekadar itu dahulu perkongsian saya ini..selamat berhijrah dan salam persinggahan..

saya SAYANG kalian..

www.persinggahanterakhir.blogspot.com

08 Disember 2011

♥ Demi Cinta Allah ♥ ~~ Ku Serahkan Segalanya!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

07 Disember 2011

-SaYanG YaNg TiDaK aDa eRtiNya-

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang saya sayang kerana ALLAH...

Allahamdulillah masih jua hari ini diberi udara untuk saya terus bernafas. Walaupun perjalanan hari ini tidaklah seindah hari semalam namun itu lah tarbiyah dari ALLAH. Nampaknya ujian itu datangnya bertimpa-timpa. Tidak mengapalah, mungkin ALLAH sedang menyediakan tempat yang indah di syurga kelak andai kata saya ikhlas melalui ujian ini. Terasa berat bahu yang memikul, terasa sakit hati yang merasa... Itulah ertinya tarbiyah.. Apa ertinya saya terus mencanangkan perkataan tarbiyah andai saya sendiri tidak pernah merasai dan melaluinya.

Saya tinggalkan dulu persoalan tarbiyah diri saya. Mari sahabat-sahabat, teman-teman, dan seluruh saudaraku... Kita meneroka sejenak nilai
SAYANG yang ada di dalam hati kita.

Kepada siapa kita memberi sayang kita ??
sudah pasti kita semua ada senarai orang yang kita sayangi. Terutamanya kita semestinya sayang kepada mak dan ayah kita. Sayang kepada kakak dan abang serta adik-adik kita. Sayang kepada insan yang diluar daripada keluarga kita. Terlalu ramai insan disekeliling kita yang kita sayangi.. Alhamdulillah sayang juga nikmat yang terindah dalam kehidupan..

Satu lagi persoalan yang ingin saya lontarkan yang perlu kita nilai bersama.
bagaimana kita mempamerkan rasa sayang kita kepada orang yang kita sayangi..??

Cukupkah sekadar dengan kata-kata;
- ayah dan mak saya sayang kalian sangat-sangat.

cukup dengan kata-kata itu???
Sudah pasti kita semua akan katakan sayang tidak cukup dengan hanya ucapan semata. Tapi sayang perlu dipamerkan. Sayang perlu dihargai, Sayang perlu dijaga dan perbagai lagi.
Mungkin kita semua sudah lupakan? walau apa pun yang kita buat, untuk membuktikan sayang kita tapi tetap juga kurang.
kurang kerana apa yang kita cuba buat untuk buktikan sayang kita kepada mereka adalah hanya usaha didunia. Kita lupa, kita ucapkan sayang, kita ucapkan cinta, kita ucapkan rindu. TAPI???

kita tidak bersedia untuk bersungguh dengan kata-kata kita. Sekadar berbicara soal cinta dan semata.
Tetapi kita tetap membuatkan orang yang kita sayang diheret ke neraka..Salah kah apabila saya menyatakan setiap hari kita melakukan sesuatu yang membuatkan orang yang kita sayang ke NERAKA??

Kita lihat cara kita berpakaian, kita lihat cara kita bertutur. kita lihat cara kita berkawan..kita lihat cara hidup kita sehari-harian....
Adakah boleh menyumbang orang yang kita sayang ke syurga? Jika ada Alhamdulillah. Jika Tidak??

Itulah hakikatnya. Bila kita berpakaian tidak menutup aurat, bukan kita sahaja yang akan dihumban ke neraka tetapi kita mengheret ayah kita sekali. Suami kita juga akan deherat atas dosa yang kita lakukan.
Sanggupkah kita melihat ayah, suami, atau mungkin abang kita bergelumang dalam nerakan yang panas lantaran dosa kita?? Kita kata kita sayang mereka..kita kata kita cinta mereka. Oleh itu perkerjakan yang baik-baik sahaja untuk membuktikan rasa sayang kita.

Tiada nilainya rasa sayang dan apa sahaja yang kita buat didunia tanpa kita memikirkan kesannya diakhirat. Sedangkan ayah kita sudah menjada diri dan seluruh kehidupannya di dunia kerna takut akan neraka ALLAH. Tetapi kita tidak memikirkannya.
Sanggupkan kita melihat keringat tua itu dibakar kerana dosa kita sedangkan ayah & ibu sudah terlalu banyak berkorban untuk kita.
Sanggupkah kita melihat suami atau isteri yang kita sayangi itu berada di neraka kerana dosa kita?? sedangkan kita mengaku hanya dia insan yang paling kita cintai.

Sementara masih ada waktu untuk kita menilai dan berubah..Ayuh sahabat-sahabatku Muslimin dan kita Muslimat,kita melangkah untuk berubah. tinggalkan yang batil dan melangkah lah dalam kebenaran. Hiduplah seperti orang yang beragama.

Sekadar itu coretan saya.

Teman SeUkhwahku.....aku teralalu sayang padamu.

04 Disember 2011

AkU hAnYa MaNuSiA

Assalamuaikum dan salam kasih sayang,...

Alhamdulillah syukur atas nikmat imam dan islam yang telah ALLAH berikan kepada kita. Atas nikmat itu juga kita masih bernafas dgn roh iman dan islam yang kian hari kian menebal disegenap jantung dan hati. Roh iman dan islam ibarat jantung dan hati. Jika keduannya rosak maka rosaklah diri kita. Dalam kesibukan menempuh hari-hari di bumi tarbiyah ini amat menuntut diri utk bkerja lebih gigih lagi. semuanya utk memperkasakan iman dan islam yang ada dalam diri ini..

Alhamdulillah Tuhan memberikan saya kesempatan waktu untuk sama-sama mencari ilmu ALLAH. di samping kesibukan mencari ilmu dunia kesempatan waktu untuk mencari ilmu akhirat tidak saya lupakan. Terasa segar di telingan mendengar baris-baris ayat dari bibir seorang dai'e yang tidak pernah kenal erti lelah dalam mengcari dan memberi ilmu. Semuanya kerana nilai tarbiyah dan dakwah... Nilai yang diperoleh dari tarbiyah dan dakwah amat manis dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..

Menilai kembali kerja keras ku dalam medan dakwah ini.. Rupanya terlalu sedikit.. Apabila bibir dai'e itu terus bergerak menutur kata, saya mula tersedar, sepanjang di medan tarbiyah dan dakwah ini, saya hanya menempuh cabaran kecil sahaja.Cabaran yang datang dari diri sendiri sahaja.. Cabaran dari nafsu dan amarah yang begelodak dari dalam jiwa. Namun bila disingkapkan kembali sirah dakwah RASULULLAH termat jauh nilainya dari medan dakwan yang saya lalui.. Cabaran yang saya lalui secubis cuma berbanding dengan cabaran yang Rasulullah dan para sahabat terima. Sepanjang di medan dakwah ini, saya tidak pernah dibaling batu atau najis seperti Rasulullah dan sahabat. Cabaran saya hanya secubit cuma. Namun saya sudah terduduk kelemahan. Inilah saya yang hanya manusia biasa..

Ketika penduduk taif menyakiti Rasulullah, sedikit pun Rasulullah tidak mengeluarkan kata-kata kesat.. Rasulullah menyambut ujian itu dengan sabar. Tetapi bagaimana dengan saya??? YA saya sering tewas dengan cucukan jarum dari syaitan. Amarah sering dilemparkan.. cepat sangat datangnya marah.. Menyambut cabaran yang ALLAH berikan bukan dengan sabar dan redha,.... Terasa jauh dengan akhlak yang Rasulullah tunjukkan,.......

Terus telinga ini mendengar sambungan kata-kata dai'e itu.. Kita yang berada di medan dakwah ini, cukupkah ilmu kita untuk mengajak orang berbuat baik.. mengajak orang kembali kepada yang haq dan meninggalkan yang batil.. Saya terus melayan fikiran untuk memikirkan ilmu yang ada.. Rasanya terlalu sedikit sahaja yang ada.. Ilmu setitik pun tidak sampai inikan pula saya nak sampaikan kepada orang lain.. Tetapi dai'e itu berkata kita jangan menunggu untuk menjdi seorang yang sempurna tetapi tanggunjawab di medan dakwah ini adalah terletak kepada semua,.... "samapaikan walau sebaris ayat" hati saya mula kelegaan mendengan kata-kata itu.. Namun saya mula melakar mimpi untuk mencari sebanyak mana ilmu agar saya mampu memberi kepada orang lain... Mengharapakan nanti saya tidak memberi hanya dengan sebaris ayat kepada sahabat2 saya yang saya sayang..

Masa terus berlalu.... Dai'e itu terus melemparkan kata-kata terus kepada hati saya. Teringat saya dengan kata-kata abang saya.. Semua yang kita lakukan perlu datang daripada hati kita...Jika ilmu datang dari hati kita insyaALLAH akan sampai ke hati orang lain.. Bertapa pentingnya untuk menjaga hati.... Nilai hati dalam membantu kejayaan dakwah itu amat besar nilainya.. Saya belajar tentang persoalan hati... Betapa ia penting untuk membantu usaha dakwah dan tarbiyah.. Abang saya ada mengingatkan jika mengusahan sesuatu pekerjaan hati-hati dalam menjaga hati.. Jika tidak mempu menjaga hati, behentilah dari mengerjakan pekerjaan itu dan rawatlah hati.. Jika meneruskan pekerjaan itu tidak ada gunanya kerana hanya mendapat penat dan lelah sahaja..

Oleh itu sahabat, jangan pernah merasa penat kerana ujian perjuangan. singkapkan kembali sirah Rasulullah sebagai penguat perjuangan.. Jangan pernah merasa kurang nya diri di medan dakwah kerana kita masih diberi kesempatan masa untuk mencari...Jangan pernah mgambil mudah persoalan hati kerana ia menentutankan kearah mana hidupmu sbg seorang dai'e....

sekadar itu sahaja perkongsiaann..
PERJALANAN MASIH JAUH

24 November 2011

"Hidup Manusia Ibarat Sang Pengembara"

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih diberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat idola hati ku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian..
Setiap hari, penulis mengambil kesempatan untuk meronda sambil ziarah ke facebook sahabat-sahabat kenalan mahupun tidak. Status mereka kebanyakannya meletakkan supaya Allah s.w.t. bantu dan memberikan kekuatan agar tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang telah ditetapkan buat diri mereka. Penulis suka membaca kisah-kisah kehidupan orang lain kerna ia juga merupakan “guru” kehidupan buat diri penulis secara tidak langsung.
Andai berkesempatan, penulis akan selak satu persatu kisah perjalanan hidup mereka, merenung dan mentafsir apa yang berlaku kerna mana mungkin Allah s.w.t. jadikan sesuatu itu dengan sia-sia tanpa hikmahnya yang tersendiri.
Kembara hidup manusia ini punya cerita duka, punya cerita luka, itulah namanya arca manusia….Punya hati suka, namun sakit saat terluka, itulah namanya jiwa manusia. Mengukir saat bahagia, menatap waktu sengsara, itulah takdir cinta Yang Esa…Takdir itu mana mungkin menzalimi, tetapi itu adalah tarbiyah Ilahi…Suka..duka..sengsara..bahagia..Nikmat Tuhan buat sang hamba..Cuma manusia harus cerdik menilainya…. Bermotivasi dan berhikmahkan sebagaimana mafhum hadis:
"Jadilah kamu di dunia seperti seorang pengembara atau seorang yang sedang melalui satu jalan” -Hadis riwayat Bukhari-

Kerna aku manusia pilihanNya...

14 Oktober 2011

Tazkiyyatun Nafsi,..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan selawat serta salam kepada nabi junjungan kita iaitu nabi Muhammad saw serta para sahabat dan kaum keluarganya.

Alhamdulillah kepada Allah swt kerana masih lagi memberi kita nikmat iman dan islam hingga saat ini. Kalau kita teliti setiap satu nikmat Allah swt kepada kita, pasti kita tidak dapat mengiranya.Nikmat udara, nikmat kesihatan, nikmat kesenangan, nikmat dipermudahkan segala urusan dan kalau kita sebagai pelajar nikmat yang paling penting adalah nikmat dalam menuntut ilmu. Allah swt telah bagi kita kemudahan serta kefahaman yang tinggi dalam kita menuntut ilmu.Cumanya pada kita sahaja bagaimana diri kita sendiri membuat pilihan dalam mensyukuri segala nikmat tersebut. Dalam al-quran, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

Adakah kita mensyukuri nikmat tersebut atau mengingkarinya? Sama-samalah kita bertanya pada diri sendiri.

Untuk kali ini, InsyaAllah, saya akan berkongsi sedikit ilmu mengenai tazkiyatun nafs.

Saya rasa semua dah tahu maksud tazkiyatun nafs. Tazkiyatun nafs bermaksud penyucian jiwa. Bila kita sebut jiwa, mesti kita terfikirkan hati. Tapi komponen utama dalam penyucian jiwa ini ialah jasad dan hati.

Hati bukan jiwa. Hati dan jiwa berlainan. Hati adalah komponennya.Jiwa ialah ruh yang terdapat di dalam hati.

Boleh faham?

Jiwa ini mesti hidup. Kalau hidup, akan memudahkan kita untuk melakukan perintah Allah swt. Jika jiwa kita mati, maka susahlah bagi kita untuk tetap terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah swt.

Setiap manusia mempunyai hati dan dalam al-quran ada disebutkan kepentingan penyucian jiwa ini.

Dalam surah asy-syam: ayat 7-10

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (Asy-Syams 91:7)

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – (Asy-Syams 91:8)

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (Asy-Syams 91:9)

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Asy-Syams 91:10)

Dalam surah An-Naziat: ayat 17-19

(Lalu diperintahkan kepadanya): “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya); (An-Naazi’aat 79:17)

“Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)? (An-Naazi’aat 79:18)

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ‘ (An-Naazi’aat 79:19)

Ayat-ayat lain berkenaan penyucian jiwa ada dalam surah ‘Abasa: 1-11 dan Ali-Imran: 164
Boleh tengok sendiri dalam tafsir yer.

Jenis-jenis jiwa manusia iaitu:

Pertama: nafsu ammarah bissu’

Nafsu ini sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia suka mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Yusof ayat 53)

Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa yang cuba nak menghalang tindakan ku akan menanggung akibatnya!” Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

Nafsu amarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.

Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah.

Kedua: nafsu lawwamah

Nafsu ini adalah nafsu yang sudah mengenal baik dan buruk. Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.

Nafsu ini mengarahkan pemiliknya untuk menentang kejahatan, tetapi suatu saat jika ia lalai beribadah kepada Allah S.W.T, maka ia akan terjerumus kepada dosa. Orang yang memiliki nafsu ini tidak tetap pendirian untuk menjalankan ketaatan dan meninggalkan perbuatan dosa.

Orang yang memiliki nafsu lawwamah sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar.

Contohnya semalam melakukan dosa dan perkara maksiat yang dilarang di sisi agama . Hari ini dia sedar akan kesilapannya kerana terlalu mengikut nafsu, lalu ia insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran org lain.

Ia juga tidak mudah hanyut dalam kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah bissu’.

Ketiga: nafsu muthmainnah

Nafsu ini adalah nafsu yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Nafsu ini telah mendapat rahmat Allah S.W.T. dan manusia yang mendapatkan nafsu ini akan mendapat reda Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Orang ini akan mendapat “husnul Khatimah” di akhir hidupnya sebagai pintu menuju syurga Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T.: “Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.” (Surah al-Fajr ayat 27-30)

Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah redha dengan ketetapan dan ujian Allah.

Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Semoga Allah S.W.T. golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.

Sebagai manusia, kita mungkin berada dalam ketiga-tiga jenis nafsu ini pada satu-satu masa. Kita kena kenal jenis jiwa ini dan jiwa yang kita ada. Moga dapatlah kita membendung nafsu kita dan mendidik nafsu kita kepada nafsu yang tertinggi iaitu nafsu muthmainnah.

Untuk perkongsian seterusnya akan menyusul .InsyaAllah.

Wallahu’alam

03 Oktober 2011

JIKA ITU ADALAH PILIHAN...

Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita,.. Dengan rasa syukur kerana diuji Allah s.w.t... Siapalah kita menidakkan takdir buat diri kita,..

Dalam kehidupan kita ini sering kita di beri pelbagal pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.. Sering saja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan.. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan..

Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah kita mampu mengubahnya.. Mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita.. Tidak percayakan kita pada Rukun Iman, Percaya pada Qada Qadar..

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu.. Kadang kesilapannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya.. Kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu..

Yang mana kini, berdiri kita sekarang adalah dalam realiti.. Bukan dalam bayang bayang sendiri.. Manusia yang takutkan realiti yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian..

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu.. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui dalam masa depan..

Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh.. Namun apapun kesulitan tersebut, hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahwa Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita kerjakan dan fikirkan dalam hidup di dunia.. Ini adalah kenyataan yang sangat penting yang seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun...

Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah.

Kita mencari akan satu perasaan yang sukar diterangkan.. Merasai dengan hanya kasih sayang yang ada.. Kita hilang akan diri kita sendiri.. Kita hanyut di dalam dunia ciptaan kita.. Ketenangan yang dicari, kebahagiaan yang telah hilang.. Jauh.. Dan terus alpa..

"Jika dengar akan aku, jangan menoleh mencari wajahku.. Cuma hayati alunan suaraku.. Jika baca akan aku, jangan mencari siapa aku cuma lihat dan dalami apa maksudku.. Aku bukan siapa siapa bagimu.. Cuma sebaris kata buat menghiasi duhai dukanya hati.. Kamu bukan siapa siapa bagiku.. Cuma tatapan tinta bisu dalam ku kenal apa ertinya rasa"

24 September 2011

Mujahid Idaman Muslimah.


Alhamdulillah,syukur ana panjatkan atas pertemuan kita kali ini. Rasa rindu dihati ini terhadap mereka yang pernah menyinggah blog ini dan mudah-mudahan bermanfaat.


************************************

Sangat mengasihi dan pandai mendidik isterinya :

Suatu hari Nur ke taman bunga. Banyak bunga-bungaan di situ yang terdiri dari pelbagai jenis dan warna. Namun,yang hanya berkenan dihati Nur adalah bunga mawar.

Tiba-tiba,

"Ouch,!" jari Nur berdarah.

Datang Fadhil bergegas ke tempat Nur lalu tangan Nur dibalut dengan sapu tangan kecilnya.

"itulah,hati-hati dengan duri mawar..Mawar ini sangat cantik dan mendapat perhatian ramai kumbang-kumbang untuk menghisap madunya. Perumpaan mawar ini dengan seorang muslimah,yang dirinya menarik perhatian ramai lelaki..duri mawar menjadi perisai kepada bunga. Tak boleh dipetik sesuka hati..Analogi kepada akhlak wanita yang menjadi perisai kepada dirinya sendiri yang boleh menghalang dari gangguan ajnabi..."kata suaminya,Fadhil.

Nur bersuram durja lalu ditanyakan pada suaminya,

"Adakah Nur seperti mawar itu?"

"Kamu lebih baik dari mawar itu...beruntung abang..dapat isteri seperti Nur.." puji Fadhil dengan penuh rasa cinta.

Di wajah Nur berputik senyuman,tanda gembira dan bersyukur mempunyai suami penyayang dan pandai mendidik sepertinya..

"Dialah mujahid idaman hatiku..." hati Nur tiba-tiba bersuara...

Melebihkan ibunya dalam masa yang sama pandai jaga hati isteri

Kemudian mereka beredar dari Taman Bunga tersebut. Niat dihati Nur adalah untuk ke butik An-Nur untuk membeli keperluan pakaian sebagai seorang muslimah kerana disitu sahaja satu-satunya tempat yang memenuhi keperluannya.

Dalam perjalanan,Fadhil mendapat panggilan,

"Asssalamualaikum,Fadh..ibu ni.."

"Ya,ibu sayang...ada apa?" Fadh mengusik ibunya..

"Bawa ibu ke pasar..ibu nak cari ikan pari.."

"okey ibu,sekarang juga Fadh datang ambil ibu kat rumah.."

Nur hanya diam..

"terlupakah dia yang aku mengajak dia ke Butik An-Nur untuk membeli pakaian?",hati Nur berdialog dan wajah Nur berubah menahan sabar. Perkara sebegini sudah banyak kali berulang.

Kemudian,Fadhil menyuruh Nur mengambil sesuatu di tempat duduk belakang.

"Wah,untuk Nur ke??"

"A'ah..untuk Nur..satu set jubah berserta tudung labuh dan niqab(purdah) berwarna ungu kan yang Nur nak cari? Ni hadiah untuk isteri abang yang sabar tatkala suami perlu melebihkan ibu bagi menjaga hatinya..syurga abang ditapak kaki ibu Nur..."

Nur kemudiannya bermuhasabah diri..

"Ya Allah,aku malu..suami sesoleh ini yang aku dapat...layakkah untukku..ampunilah dosa aku Ya Allah.. berikanlah ketenangan untuknya dan berikanlah kebahagian kepada kami"

"Dialah Mujahid dambaan muslimah dan dialah mujahid idamanku...",detik hati Nur.


Islam sebagai tonggak kebahagiaan

Tatkala masuknya waktu solat..Nur terharu mendengar azan yang dilaungkan oleh suaminya di masjid berdekatan. Sayu terasa dihati. Dialah al-hafiz dambaan muslimah. Ditangannya tidak lekang dengan kitab Al-Quran,tiada satu pun yang ingin menyinggah dibibirnya melainkan kalam-kalam suci Allah. Juga tidak putus-putus memuji Allah tatkala ditimpa kesenangan mahupun kesusahan.

"Abang,..,apakah perangai yang ada pada Nur yang abang paling tidak suka?", Nur bertanya kepada suaminya ketika dalam perjalanan pulang dari masjid berdekatan dengan rumahnya.

Suaminya terdiam.

"Nur,..semua manusia tidak sempurna...tapi saling melengkapi antara satu sama lain.."balas Fadhil.

"hmm...contohnya?..", tanya Nur sambil menunjukkan ekspresi muka yang sangat menantikan jawapan kepada persoalannya.

"okay,contohnya...tengok rumah tangga kita..Nur tak pandai masak,jadi Allah hantar abang ke rumah ni supaya abang dapat ajar Nur memasak..contoh lain lagi,....hmmm..",Fadhil mengukir senyuman. Nur sempat memukul lembut bahu suaminya. Puas hati Fadhil dapat mengusik Nur.

"cakap betul-betul abang...mesti ada...kalau Nur ada buat salah,boleh Nur betulkan sekarang.. Nur nak jadi yang terbaik untuk abang...",balas Nur lembut.

"hmmm..tiada satu pun perbuatan Nur yang melukakan hati abang... Cuma satu yang abang harapkan dari Nur,jangan mencintai abang lebih dari Nur mencintai Yang Maha Mencintai.. Apa-apa perbuatan yang mendapat kemurkaan Allah,juga akan mengukir kesedihan dihati abang.sangat-sangat sedih...". Jawab Fadhil dengan penuh keihklasan.

"JANGAN MENCINTAI DIRINYA LEBIH DARI MENCINTAI YANG MAHA MENCINTAI"

Nur sekali lagi menitiskan air mata cinta,tatkala mendengar suami melarang dirinya dicintai lebih dari Tuhannya.. Betapa dia mengagungkan Allah...masyaAllah... Dialah Mujahid Idaman Hati..

22 September 2011

TIKA BERGELAR ISTERI.....

Ukhtiku....
Kiranya waktu ini dirimu pasti mengira waktu..
saat indah terbuktinya janji mujahid pilihan ALLAH untuk menjemputmu....
ku tuliskan surat ini sebagai hadiah buatmu..
kerana dirimu adalah sayap kanan perjuanganku

Ukhti...
tidak bisa ku gambarkan perasaan ini
betahkah diriku untuk melepaskan mu?
engkau pendamping dan pembimbing sejatiku
tetapi kiranya penyatuan cintamu adalah yang terbaik
maka ku redhai saat nya dirimu bergelar zaujah buat zauj sejati

Betapa indahnya memoir ramadhan yang lalu
tatkala pertama kalinya diriku mengenali dirimu
engkau ibarat hadiah yang ALLAH titipkan buatku
tatkala aku tercari cari
medan perjuangan di tanah kelahiranku ini

Persahabatan kita ini bukanlah sentiasa disulami keindahan
badai dugaan datang merobohkan istana pepasir persahabatan yang kita bina
tetapi kita meletakkan sangkaan baik pada ALLAH yang pertamanya
kita meyakini bahawa ALLAH ingin menguji persahabatan kita
maka DIA menurunkan ujian sedemikian rupa

Ukhtiku...
tidak pernah terlintas di hatiku untuk menyakiti hatimu
dan pada ketika itu aku juga keliru
memilih antara persahabatan dan jalan perjuanganku

Ukhti...
tatkala dirimu bergelar isteri
praktikkanlah rukun usrah dalam rumah tanggamu
satu ketika, kau melalui saat taaruf bersama zauj mu
dan pada satu ketika lagi, diri mu itu pasti melalui saat bertafahum bersamanya
dan ingatlah ukhti ku...
akan sampai satu masanya, dirimu dan dirinya pasti menjadi penolong antara satu sama lain
dan ketika itu lah, proses takaful antara dirimu dan dirinya

Ingatlah akan firman ALLAH bahawa:

Istri-istri kamu (para suami) adalah pakaian untuk
kamu, dan kamu adalah pakaian untuk mereka Al-Baqarah [2]: 187).

Menjadi seorang isteri
bermakna kamu harus melepaskan suami mu berpergian
dia bukan milikmu yang hakiki
dia adalah milik ALLAH dan jalan juang agamaNYA

Jangan pernah sekali engkau mengeluh wahai ukhtiku sayang..
sentiasa beringat bahawa dirimu bukan pilihannya yang pertama
Engkau adalah pilihan yang kedua

Redhalah dengan kedudukan mu yang kedua itu..
sentiasa ikhlas berkhidmat untuk memenuhi keperluan suami mu yang tercinta
bukankah Rasulullah SAW berpesan bahawa:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Jangan pernah engkau gusar ukhtiku...
tidak perlu dirimu berasa cemburu..
kerana pilihannya yang pertama masih tidak dapat menandingi keindahan dirimu
sesungguhnya engkaulah wanita solehah yang ALLAH pilihkan untuknya.
pilihan yang pertama itu adalah PERJUANGANNYA
jangan sekali kali engkau merantai kaki nya untuk bersamamu
lepaskan dia bepergian... kerana dia pasti akan kembali kepadamu

Ukhtiku..
ku titipkan kisah indah sebagai motivasi buatmu
Inilah kisah penghulu bidadari syurga...
tatkala sang bidadari memanggil manggil suaminya untuk bersama dengan mereka...
namun si suami kelihatan gusar...
seindah dan secantik mana bidadari yang cukup sempurna
tetapi itu bukan pilihannya...
dia mencari permata yang indah
itulah isterinya yang solehah di dunia
dia berpaling untuk menjemput bidadari dunia dan akhiratnya

Ukhtiku.. tabahkanlah hati selalu
menjadi isteri kepada seorang pejuang bukan mudah
pasti disulami mehnah dan tribulasinya
tetapi dikau harus yakin dan bersyukur
engkaulah pilihan ALLAH SWT
untuk menjadi sayap kiri seorang mujahid
dan mendidik generasi pembela agama
ALLAH pasti mengetahui kemampuanmu...
yakinlah!

Engkaulah wanita yang gagah..
wanita yang tahan untuk mendepani kehilangan..
wanita yang tidak takut kepada kemiskinan
wanita yang tabah menanggung rindu setelah ditinggalkan bepergian
wanita yang tidak meminta minta untuk dipenuhi segala keinginan....

Engkaulah Penghulu bidadari syurga...
dan zaujah sejati buat zaujmu...

30 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN -persinggahanterakhir

Assalamualaikum, w.b.t.

Salam Ramadhan Kareem & Salam Aidil Fitri 1432H.. salam kasih sayang dan salam selamanya buat teman-temanku semua. doaku semoga kalian berada dalam Rahmatnya sentiasa InsyaAllah.
Maaf, lama menyepikan diri disini..hampir 2 minggu rasanya tidak menitipkan sesuatu buat teman-teman yang dikasihi..bukan sengaja untuk menyepikan diri. tetapi masa begitu mencemburui buat diri dalam melaksanakan tugas seharian dan menulis dilaman Persinggahan ini.

Teman-temanku..,
Hari ini 30 Ramadhan 1431H, hari terakhir Ramadhan dalam tahun ini..berakhirnya Ramadhan, maka berakhirlah segala kenikmatan yang telah Allah berikan khusus buat manusia..berakhirlah segala Rahmat dan maghfirah yang dibuka seluas-luasnya buat manusia didalam bulan mulia ini.. Renunganku semakin jauh pagi ini..fikiran berkisar tentang diri sepanjang perjalanan Ramadhanku kali ini yang telah sampai ke penghujungnya.. Muhasabah dihari terakhir Ramadhan membawaku mengenal erti diri sebagai hamba Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang kepada sekelian makhluknya... pasrah atas segala yang menimpa, sabar melalui dugaan kehidupan dan cabaran diri kepada manusia adalah sesuatu yang lumrah dan mesti dilalui oleh semua...

Alhamdulillah.. hari ini telah sampai kepenghujung Ramadhan. doaku mudah-mudahan sepanjang sebulan perjalananku didalamnya dapat mengubah diri dan meningkatkan amalan di hari yang mendatang nanti.. Perjalanan masih jauh, 11 bulan yang mendatang mesti dilalui dengan apa cara sekali pun.. walaupun sakit dan menderita yang menimpa.. pasrah dan tabah mesti diterapkan dalam diri..doa dan tawakkal tidak dilupakan sama sekali..

Buat Diri..
tabahkan hati dalam menempuh onak dan duri kehidupan.. "kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang hanya dia" janganlah mengeluh atas apa yang telah menimpa dirimu, anggaplah itu hanya ujian darinya. Semakin berat dugaan yang menimpamu, semakin sayang Allah padamu...dengan syarat kamu sabar dan tabah dalam menerima ujian itu.. wahai diri, ingatlah.."sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita" dalam apa jua situasi..

Syukur padamu RABBI, atas kurniaan ini.. nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikan pada diri ini.. nikmat IMAN dan ISLAM adalah nikmat yang terbesar dalam kehidupan seluruh umat manusia..Maha sucimu Ya Allah atas kurniaan ini..syukur ku padamu Ya Allah...

21 Ogos 2011

Janganlah Mengeluh wahai wanita,.. kamu lebih ISTIMEWA..!

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.