30 Disember 2010

SALAM TAHUN BARU 2011 / 1432H dari blog Persinggahanterakhir

Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi rasa kesyukuran dipulangkan kepada Allah SWT, Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Lautan selawat bersalut salam penuh kecintaan dipersembahkan buat Utusan-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW. Juga buat ahli keluarga baginda yang mulia, barisan sahabat baginda yang diredhai, seterusnya kepada para penyambung perjuangan Tauhid seluruhnya ila Yaumil Qiyaamah.

1 Januari 2010 sehinggalah ke tarikh hari ini, telah terlakar pelbagai kisah dan 1001 memori yang
Sudah pasti ada gembira, ada juga selingan kepahitan dan kedukaan. Alhamdulillah, Hijrah setiap hari bukan sahaja azam setahun sekali tetapi disusuli dengan usaha dan terus berusaha meskipun selalu tersadung dan sering pula jatuh tersungkur ke bumi :) diiringi dengan air mata
"Mana-mana hamba Ku yang melakukan maksiat, kemudian mereka bertaubat
maka akan Ku ampunkan dosanya, apabila dia mengulanginya dan bertaubat
maka akan Ku ampunkan dosanya,
apabila dia mengulanginya dan bertaubat
maka Ku ampunkan dosanya."
-hadith qudsi

Tiada yang sempurna melainkan Allah, kesempurnaan bukanlah milik insan tetapi berusaha untuk menyempurnakan kekurangan diri dengan memperbaiki diri ke arah kebaikan itulah yang perlu ditekankan. Biarpun bukan yang terbaik tetapi kita sudah berusaha melakukan yang terbaik, Insya Allah.

"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN."

Ku akan belajar dan terus belajar untuk menjadi manusia yang matang dan menjadi seorang muslim yang baik. Usaha dan terus berusaha untuk menjadi manusia yang matang dan muslim yang lebih baik..

Bila melihat warga emas berjalan berpimpinnan tangan, saya tersenyum kecil. Seronok! Bila anak-anak menginjak dewasa, ibu bapa berjalan berdua-duaan dan berpimpin tangan sambil berseloroh kecil dan pasangan ketawa kecil, tersenyum malu-malu. Sweet! Kasih sayang itu mewarnai hari-hari dan semakin hari sewajarnya semakin sayang dan semakin bertambah erat.


Sama seperti hubungan dengan al-Khaliq, semakin bertambah usia dari sehari ke sehari semakin bertambah erat hubungan dengan Dia. Semakin bertambah masa untuk meluangkan bersama si Dia, semakin banyak berfikir tentang mati dan semakin rindu untuk bertemu dengan Dia.

Ku cuba hayunkan kaki meredah seribu satu dugaan dan rintangan dihadapan,. kehidupan yang sementara mengajakku berfikir tentang hari-hari akhir kehidupan.. berapa banyakkah amalanku yang menjadi bekalan ku di sana nanti...? apakah aku telah bersedia ke arah itu..? wahai diri, sedarlah kerana ajal akan datang pada bila-bila masa....

perjalanan dan persinggahan...

Bismillahirrahmanirroheem..

Segala puja puji buat Khaliqul 'alam yg Maha Baik, pemilik cinta di atas segala cinta,segala-galanya buat hamba. Assolatu wassalam 'ala Rahmatan lil'alameen, Rasulullah s.a.w...Selawat dan salam kerinduan buat baginda yg berjuang habis-habisan demi memastikan generasi ummah mengenali siapa sebenarnya Pencipta dan memperkenalkan syari'atNYA yg suci.

Berdiam sebentar di rimba persembunyian. Menyelusuri perjalanan hati dan jiwa. Buat mereka yang sudi menziarahi blog ini, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. tanpa jasad dan usaha, apalah daya seorang hamba untuk menitipkan sesuatu disini....
Usah diharapkan ilmu yg ingin mendidik disini kerana kupasan budak yg sering tersasar ini mencacatkan ilmu mutlak..

Usah dicari permata hikmah di sini kerana MAZMUMAH masih menguasai diri dan hati
Usah diharap canaian minda yg tepat di sini, kerana khianat hati sering mencalar taat.
Usah dicita pengisian bermakna, kerana hubungan hamba ini tidak terjaga sebaiknya, rapuh komitmennya dgn Tuhan, juga dengan yg mulia khatimah segala anbiya' Rasulullah s.a.w., juga dengan si dia, lentera timur di akhir zaman.

Saya hanya berkongsi apa yang ada di salah satu wadah yg tersedia. Cuba mencari saham untuk akhirat. Cuba mencari keselamatan. Bukan kerana syurga, tp keampunan dan redha. Bukan kerana neraka, tapi takutkan murkanya. Namun, semakin dalam perjalanan, hanya sesalan ditemui. Ia hanya membawa kerosakan. Mengetuk huruf demi huruf, hanya menambah ingkar.

Nyata setiap perjalanan perlu pimpinan. Zahir dan batin perlu disuluh agar lariannya tak tersasar. Tapi, mencari mursyid ibarat mencari belerang merah. Meniti sang pendeta hati bukan mudah. Sukar dan payah. Ada yang bertanya mengapa penjelasan tanpa spesifikasi. Perubahan terjadi kerana pimpinan. Bukan mudah menjelaskan tanpa pelayaran. Beruntung bagi yang telah bersamanya.

Usah menolak kebenaran yg kini menunjuk bukti. Mengharapkan cinta, rindu dan takut yang solid sangat menekan diri. Menyubur rasa kehambaan dan berTuhankan Allah, bukan mudah tanpa murobbi. Masih tak mampu mengusir dunia dalam pengharapan sinar. Serius yang kadang kala jauh, kadang dekat menjerat hati. Ada pengkhianatan dalam ketaatan yang diberi. Menuntut ikhlas bagai siatan duri dari daging. Kiri dan kanan mengasak keyakinan. Depan dan belakang melapah kekuatan. Memandang diri di cermin hati mengundang benci dan mati. Tepat. Benci dan mati. Bagaimana ingin mengharap daulah sedangkan untuk menjadi komuniti sahaja tidak layak?

Ku persembahkan ketaatan demiMU. Walau cacat serba serbi, walau zahir dirantai tirani. Walau batin dijerat duniawi. Walau nafsu sering menawan diri. Walau bisikan mengajak pergi. Kerana hati masih mengharap dan terus mengharap pemimpin hati. Menyerah untuk dipimpin kerana sedar bukan mudah memenuhi janji yang telah terpateri di hari terciptanya diri.

Usah dinafi sebuah kebenaran yg kini merubah watak alam.
Siratan bicara cuma buat diri Hilang wujudku, nyatalah wujudMU.
Umumnya menutup rahsia. Sedetik disingkap bagi pencari makna.
Hamba hina yang mengharap kebangkitan Islam kali keduahttp://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=08c788c191e82a8282c1abac6d2b1b3c&url=https%3A%2F%2Fblogger.googleusercontent.com%2Ftracker%2F7190195974455614473-4884588926853506222%3Fl%3Dpersinggahanterakhir.blogspot.com