11 Ogos 2010

Bermula pencarian Rahmat diawwalnya.....

Assalamualaikum,
salam sejahtera, salam ingatan dan salam yang teristimewa dari teratak persinggahanterakhir buat teman-teman yang tidak jemu-jemu bersama blog persinggahanterakhir ini. doa dariku semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kalian dimana jua kalian berada dan apa jua yang dilakukan...

Hari ini telah masuk 1 Ramadhan 1431H, maha suci Allah penaung langit dan bumi, maha berkuasa Allah atas segenap makhluk di seluruh alam, maha besar mu Ya Allah, atas anugerah yang tidak terhingga ini.. satu anugerah yang tidak ternilai bagi diri setiap orang-orang yang beriman.ianya satu rahmat bagi sang A'syi yang ingin dekat dan bertaubat padamu. Ya Rabbana! kini ia datang lagi padaku. datang dalam keadaan sarat dan penuh dengan rahmat, maghfirah serta keampunan untuk hamba-hambanya yang berdosa sepertiku. kusambut kedatangannya dengan tadahan sejuta syukur yang tidak terhingga buatmu Ya Rabbi,..

Panjang tadahan doaku dipagi yang barakah ini.. tanda kesykuran yang tidak terhingga pada yang maha pencipta. Alhamdulillah, bertemu kembali diriku pada bulan yang mulia ini. inilah harapan dan doa yang ku ulang-ulangi selepas usai solat fardu. bertemu dengan bulan Ramadhan yag mulia. bulan yang di awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan diakhirnya bebas dari api neraka.. padanya dibelenggu seluruh syaitan laknatullah yang selalu menggoda dan membawa manusia kelautan dosa..padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka..dan padanya juga terselit satu malam yang didalamnya menyamai seribu bulan..

Allah..., maha besar mu Ya Allah kerana masih memberi kesempatan pada diri ini untuk mengharungi bulan barakah dan istimewa ini..

Ku sedut udara pagi ini dengan penuh kesyukuran. fikiranku berputar ligat sambil sepasang mataku cuba menjamah lukisan alam yang terbentang luas dihadapan.. cahaya pagi 1 Ramadhan kian mencarakkan cahanya,. disinilah bermulanya awal ramadhan. apakah dia yang dikatakan diawalnya rahmat itu..??? adakah dengan kita membaca Al-Quran, bersedekah, meninggalkan yang haram, membuat baik kepada manusia serta perbanyakkan zikir, itu adalah rahmat bagi seorang insan..?? fikiranku cuba mencari jawapannya..ye, ketika inilah bermulanya rahmat untuk ku cari didalamnya.. rahmat, anugerah yang maha besar darinya.. amat rugi bagi manusia-manusia yang lalai dan meremehkan anugerah dan pahala yang telah Allah sediakan dibulan barakah ini.

YA Allah, Ya tuhanku,
aku datang dengan diri yang hina serta membawa hati yang kotor atas maksiat yang telah kulakukan,kumengharapkan bulan yang mulia ini menjadi gedung buatku membasuh serta membersihkan kembali diri yang hina ini dengan rahmat, maghfirah dan keampunan yang ada didalamnya...aku mohon padamu Yarabbi.. didiklah jiwaku menjadi insan yang bertaqwa, insan yang takut akan seksaanmu serta pimpinlah diriku kearah cintamu, wahai Rabbi,... Ya Rabb....

08 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak dari Tinta Persinggahan

Assalamualaikum w.b.t.
salam MahabbahFillah dan salam bertemu kembali buat teman-teman persinggahan yang sudi singgah diteratak ini bagi sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan dan keadaan semasa ketika ini....

Apa khabar IMAN ?

Dalam melalui perjalanan hidup yang panjang serta penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan ini,moga-moga kita semua sentiasa berada dalam peliharaan dan Rahmatnya-NYA... InsyaAllah..

Lagi 3 hari, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan yang didalamnya penuh rahmat dan keberkatan serta keampunan...bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman serta orang-orang yang mengharapkan belas kasih didalamnya... maha suci Allah yang menjadikan bulan ini sangat istimewa diantara bulan-bulan lain..

* * * * * * *
Kedatangan Ramadhan kali ini ku sambut dengan sederhana sekali, seperti ramadhan yang lepas jua. Persiapan kami sekeluarga menyambut Ramadhan kali hanya berpuasa sunat isnin dan khamis sejak sebulan dahulu.. hanya itulah persiapanku dan keluarga menyambut setiap kali tibanya ramadhan yang mulia.. latihan ini telah diterapkan oleh ayah sejak dahulu lagi. kerana apabila tibanya Ramadhan, tidaklah kita terasa beban menahan lapar dan dahaga kerana setiap minggu selama sebulan sebelum Ramadhan itu, telah menjadi satu rutin atau satu kewajipan bagi kami sekeluarga berpuasa sunat isnin dan khamis.

Ramadhan Oh Ramadhan...
temukanlah aku dengannya..
akan ku masukinya dengan senyuman..
ku cuba laluinya dengan kesabaran...

Ku lihat terpancar Nur kegembiraan diwajah ayah apabila dia menyatakan lagi beberapa hari umat islam akan memasuki Madrasah Ramadhan. kalendar ditangannya ditenung lama. 'kebarangkalian ayah menghitung waktu untuk sampai ke pintu pertama Ramadhan', fikirku sendirian. Bersyukurku padamu Ya Allah kerana masih lagi memanjangkan umur ayah dan dapat lagi bertemu pada Ramadhan kali ini...

Tanganku terus berada di papan kiybord komputer, begitu lancar jari jemari ini menekan huruf-huruf yang berada diatasnya. mataku tiba-tiba terarah kepada mak yang berada di dapur.. Mak sedang menyiapkan makan tengahari kami sekeluarga .. mak juga tidak kurang gembiranya apabila tibanya Ramadhan kali ini.. selepas subuh tadi mak menyatakan hasrat untuk membeli beberapa kilo daging untuk sambutan pertama Ramadhan ini.. dan katanya lagi, jika boleh biarlah hari pertama ramadhan kali ini, kami sekeluarga dan adik beradik dapat bersama berbuka dikampung... owh,. gembira sungguh rasanya semua orang tersayang di sekelilingku menyambut bulan Barakah ini dengan perasaan gembira dan penuh kesyukuran..

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Aku..!! ye, aku masih seperti dahulu. kedatangan Ramadhan adalah seperti kedatangan Rahmat bagi aku dan keluarga.. seperti datangnya orang baru didalam keluarga sakinah. walaupun istikharahku tidak pernah putus untuk mengimpikan sebuah keluarga bahagia bagi menyelusuri perjalanan hidup ini.. hanya tinta persinggahan menjadi teman tika ini.. doaku, semoga Allah mencucuri rahmatnya keatas kita semua selaku hambanya..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..