30 Julai 2010

PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA.....


1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu bukan pakaian wanita yang baik.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik

26 Julai 2010

Nisfu Sya'ban.. & Selamat Datang wahai bulan Barakah..!!


Segala puji-pujian baginya yang maha Agung Tuhan sekelian alam, selawat serta salam buat junjungan besar Nabi akhir zaman, sebaik-baik manusia yang diutuska olehnya..serta para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in serta seluruh pejuang agama Allah yang berusaha menegakkan agama yang suci ini...

salam sejahtera, buat sahabat-sahabat persinggahan yang sentiasa melayari dan menemani tulisan diblog ini. tanpa jemu memberi komen, nasihat, tunjuk ajar sentiasa memberi info serta ilmu kepada persinggahan dalam melayari batas-batas hari yang kian berpenghujungnya ini....

Pertamanya mohon maaf kerana lama tidak memperbaharui laman ini.. ye, alasan yang sama seperti yang lepas juga persinggahan lontarkan disini iaitu masa yang tidak begitu mengizinkan untuk persinggahan berkongsi ilmu bersama teman-teman diluar sana...

teman-temanku..!!
Hari ini 14 Sya'ban 1431H, Alhamdulillah..syukur ku kehadratnya kerana masih lagi diberikan ku rezeki umur untuk menyelami kembali bulan yang mulia ini..bulan Sya'ban antara bulan-bulan yang mulia sebagaimana disebutkan didalam banyak hadis Rasul s.a.w.. antaranya,

"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. didalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan dibulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan didalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakie, ditutupkan Allah keaibannya dihari kiamat dan diwajibkan syurga baginya."

Berkata Siti Aisyah r.a,
"bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban."

Sahabat-sahabatku..!!
pernah ku terbaca sebuah buku yang bertajuk "hari-hari mendatang" karangan Abdul Malik Assyafi. ku cuba kongsikan bersama kalian bait-bait tulisan yang sempat ku ingati...

"Hari-hari terbahagi kepada tiga, iaitu semalam,hari ini & esok. Hari ini adalah amal, esok adalah angan-angan dan harapan, maka tidaklah di ketahui samada ia akan hidup pada esok atau tidak. Semalam sebagai nasihat dan iktibar. Maka hari ini adalah ibaratkan qhonimah (rampasan perang,perjuangan) dan esok adalah kebimbangan.

Begitu juga bulan terbahagi kepada tiga iaitu: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Maka Rejab telah berlalu dan tidak akan kembali lagi pada tahun ini, Ramadan sedang menunggu, tetapi tidak di ketahui samada ia akan hidup sehingga bulan itu atau tidak. dan Syaaban adalah perantaraan antara bulan Rejab dan Ramadan maka hendaklah merebut peluang untuk berlaku taat di dalam bulan ini...

Temanku,..
Ramadhan akan menyusul tidak berapa lama lagi..apakah persiapan dan persediaan kita untuk menyambut bulan yang mulia ini..? apakah kita telah bersedia memasuki bulan yang didalamnya penuh dengan Rahmat, Maghfirah dan beroleh kebebasan dari api neraka ini..??? tepuklah dada..tanyalah iman kalian..!! ku mengharap kasihmu tuhan... mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan ku seorang yang dekat dengannya.. akan ku selami bulan itu sebaik-baiknya... moga-moga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam ku menempuh liku-liku hidup yang mendatang...InsyaAllah...