01 Julai 2010

Mengharapkan belas kasihan.. didalam sebuah pencarian.


Assalamualaikum,

salam tautan rindu buat teman persinggahan yang sudi menjenguk, melayari dan tanpa jemu berkongsi ilmu pengetahuan di blog yang tidak seberapanya ini... Alhamdulillah, syukur kehadratnya yang tidak terhingga atas segala ni'mat kurniaan yang telah diberikan kepada kita sebagai hambanya tanpa mengira waktu dan masa... dan yang paling penting ialah ni'mat Iman & Islam iaitu suatu ni'mat kurniaan yang tidak terhingga bagi seluruh ummat manusia...

Lautan selawat bersalut salam penuh kecintaan dipersembahkan buat Utusan-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW. Juga buat ahli keluarga baginda yang mulia, barisan sahabat baginda yang diredhai, seterusnya kepada para penyambung perjuangan Tauhid seluruhnya ila Yaumil Qiyaamah.

Alhamdulillah, sekali lagi pena ini mengungkap kalimah suci menandakan betapa syukurnya luahan dari hati menerima peluang yang berkesempatan ini bagi mencoretkan sesuatu yang berharga tentang diri dan kisah-kisah dunia yang telah berlalu. Bagaikan semalam baru bersua pena di sini. Namun, hakikatnya kita sudah lama tidak bertegur sapa dan menyapa khabar berita hinggakan teratak yang usang ini kian bertambah sawangnya..

Maafkan aku teman, dek kerana kesempatan yang terlalu sempit disisi, aku tidak mengizinkan untuk tarian pena mempamerkan kelincahannya. kerana hambatan masa dan leka dengan tugasan duniawi.. aku seakan lupa tanggungjwabku kepada diri dan manusia disekelilingku. masakan seorang da'ie boleh lalai dengan duniawi yang sentiasa dipimpin oleh nafsu ke arah kemaksiatan dan kedurjanaan... ku malu pada diri sendiri wahai temanku....

Ntah dari mana hendak ku mulakan langkah bicara menyusun lembaran episod drama hidup sandiwara yang telah dipertontonkan di pentas dunia ini kepada diriku buat tatapan kalian semua.. sebuah episod perjalanan yang menjadikan seorang insan mengenali diri dan keperibadian..melangkah kesuatu daerah asing bagi mentafsirkan identiti sebuah kehidupan..

terpana seketika, melihat kejahilan manusia dan pemerintah yang seringkali menafikan tentang kebesaran kalam Allah yang maha pencipta. menghina, mempertikai dan menafikan apa yang ada didalamnya.. seketika itu juga lihatlah wahai teman-teman semua, msalah dosa dan pahala tidak diambil berat,manusia kian menjadi bangsat, kehidupan rakyat terus melarat, lebih terpesona dengan khurafat dan ajaran sesat..adakah ini tandanya dunia hampir kiamat...???

fikiran sering ku layarkan buat diri.. apakah masih ada lagi harapan dan sinar dalam menggapai sebuah impian...? mengharapkan diri dimengerti oleh semua manusia tanpa batasan.. istiqamahku dalam redhomu ya Tuhan...menyelusuri titian-titian kehidupan yang penuh pancaroba.. ku mengharapkan belas kasihan.. didalam sebuah pencarian.....

29 Jun 2010

Rejab bulan gedung pahala....


Sudah menjadi rutin salafussoleh, kehadiran bulan Rejab dianggap sebagai muqaddimah dan persediaan untuk memasuki gerbang bulan istimewa Ramadhan. Justeru, kedatangan bulan Rejab disambut dengan pelbagai doa, dipenuhi dengan pelbagai istighfar dan ibadah.
Sabda Rasulullah SAW :"Lakukanlah apa sahaja amalan yang termampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu."
Doa yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah SAW berdoa :
Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan."
-Diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi di dalam al Syu'ab dan Ibnu Abi al Dunya di dalam Mujab al Da'wah