22 April 2010

Tiori Cinta & Perasaan


:~Bingkisan buat teman-temanku...tiada kata secantik Bahasa...
Dari coretan hati...membawaku, mengukirkan kata-kata CINTA....~:

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu – Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.


Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bangunlah kembali wahai diri...selami dan fahamilah perasaanya...!!!

20 April 2010

Rencana - HIBURAN TERLAMPAU


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, hari ini berpeluang, untuk menulis serangkap dua rangkap perkataan di sini, di samping kesibukan yang begitu mencengkam akan tetapi digagahi juga untuk menulis di sini bagi tidak mengelakkan blog ini sunyi tanpa tulisan

Hari ini, hari Khamis, esok dah hari jumaat, begitulah kita manusia, membilang hari, tidak sedar kita ini semakin hari semakin bertambah umur kita.

Dengan kadar tidak kesedaran itulah, yang menyebabkan kita terlalai, daripada melakukan tanggungjawab kita kepada Agama, kita mudah terleka dengan tipu daya dunia yang mana mencengkam kepada setiap mereka yang menyukai akan keindahan dunia yang sementara.

Benarlah ada sahabat mengatakan, "dunia ini diperhiaskan oleh syaitan, yang mana syaitan sentiasa memperindahkan pandangan, walaupun pandangan itu tiada suatu pun berharga di sisi Allah swt di akhirat kelak".

Kita di tipu dengan keindahan dunia yang amat sementara ini, akan tetapi, apabila kita sentiasa mengingatkan bahawa "semua benda di atas bumi ini akan mati, kecuali Allah swt" kita pasti, pasti akan tidak terpedaya.

Itulah mengapa, belia sekarang kebanyak rosak binasa, saya lebih suka mengambil satu contoh, satu ketika polis di daerah saya memanggil para imam dan para penghulu untuk berkumpul untuk berbincangkan masalah sosial yang ada di sekitar daerah.

Lantas Ketua Polis Daerah mengatakan bahawa aktiviti minum arak, dadah, kecurian, penjudian dan lain-lain lagi makin meningkat, dengan terus berkata " saya tidak sangka Kelantan mempunyai rekod yang hampir sama dengan negeri-negeri lain, kalau begitu apa bezanya pemerintahan ulama’ dengan yang lain."

Seterusnya berkata "Nasib baiklah Kelantan ini tiada pusat pejudian, kelab-kelab malam, kalau ada semua itu mungkin akan bertambah berlipat kali ganda lagi"

Hati saya mengeluh, apakah Ketua Polis tidak nampak apa yang sebenarnya berlaku, di Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk membendung gejala sosial supaya tidak berlaku, itulah sebabnya di haramkan konsert-konsert yang boleh membawa ke arah kerosakan, pusat-pusat judi, kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut, inilah hanya tindakan yang mampu dalam bidang kuasa sesebuah Kerajaan Negeri.

Apakah ini semua dapat menyekat semua gejala sosial yang berlaku sekarang ini tanpa kerjasama dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan berusaha untuk menyekat hiburan terlampau, akan tetapi Kerajaan Pusat menggalakan hiburan dengan siarkan hiburan-hiburan terlampau di tv, radio, majalah-majalah dan media massa yang lain tanpa ada penapisan yang kuat

Kerajaan Negeri berusaha untuk membentuk remaja supaya menjadi remaja yang baik akan tetapi Kerajaan Pusat menghancurkan kembali usaha-usaha murni tersebut dengan menggalakan hiburan terlampau.

Apakah Kerajaan Negeri harus dipersalahkan seratus peratus akan hal ini?

Anda sendiri boleh menjawabnya, kerana masing-masing mempunyai akal, biarlah akal di asah dengan perkara-perkara sebegini untuk mendatangkan kematangan buat kita.