06 Februari 2010

Akhir kalam buat sahabat-sahabatku....


Assalamualaikum w.b.t.

Salam ingatan dari saya buat teman-teman seperjuangan yang sentiasa bersama memberi respon, nasihat dan tunjuk ajar pada saya dalam site ciber blog persinggahanterakhir ini.. tak kiralah difacebook, email mahupun di ym saya..mudah-mudahan Allah sentiasa bersama kalian dalam mengharungi segala ujian dan onak duri perjuangan ini...

lama juga saya menyepi dari blog persinggahan ini.bukan sengaja, tapi macam2 hal yang perlu diselesaikan.beberapa minggu ni program saya dipenuhi sengan usrah, program pemuda dan kawasan. Almaklumlah orang pentinglah katakan..hehehe.. cuma sebagai pembantu belakang tabir dalam jamaah disini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan harapannya semoga Allah memberkati semua gerak kerja dan jerih payah yang dilakukan untuk islam ini...Amin...

Sahabat-sahabat yang disayangi..
kebarangkalian semua tertanya-tanya...ada yang meninggalkan meseg di Ym, email Yahoo, email frinster dan email facebook..kenapa menyepi tanpa khabar...? ye, saya akui itu dan saya mohon maaf pada kalian.banyak meseg teman-teman yang tidak saya balas.terutama yang wanita.bukan untuk memutuskan ukhwah yang telah lama terjalin, tetapi atas kesedaran sebagai seorang muslim.. Usrah telah banyak mengajar saya erti bagaimana menjadi seorang muslim yang sebenar..menjadi seorang yang berakhlak dan seorang yang kental serta tabah dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan.. Saya akui kelemahan diri saya sebelum ini..
banyak dosa dan maksiat dilakukan demi mengikut hawa nafsu.

teman seperjuangan...,
Dari sehari kesehari saya cuba untuk mengubah tingkah laku yang selama ini saya abai dan tidak peduli..saya cuba mengajar diri bagaimana untuk menjadi seorang pemuda harapan ummah dan pemuda yang menjadi kebanggaan Jamaah.saya susuli dengan menghadiri usrah kawasan, usrah pemuda, mengahadiri kuliah-kuliah, dan ceramah-ceramah ilmu..banyak ilmu yang saya dapat dari sana..dari situlah telah mengubah suasana kehidupan saya kini.. Bersyukur atas ni'mat yang tidak terhingga ini..maha suci Allah yang telah membuka hati hamba-hambanya.

Tahun baru 2010 telah saya savekan pada diri agar tahun ini adalah tahun muhasabah.. tahun mengenali dan menginsafi diri dari kelalaian yang lalu.. ye, banyak hati-hati yang telah saya lukai selama ini..dalam persahabatan pun banyak dugaan dan cabarannya.apatah lagi dalam mengharungi kehidupan suami isteri dan menjadi seorang da'ie.betapa susahnya untuk mengenali hati budi seseorang..betapa payahnya untuk memahami perasaan teman kita.. dikala kelapangan saya cuba berfikir tentang ini dan cuba muhasabah diri..tetapi hasil dari itu hanyalah kata-kata hati supaya bersabar dan teruskan perjalanan yang masih jauh....

Buat teman-teman saya yang membaca tulisan ini, mohon maaf atas apa yang berlaku..bukan untuk memutuskan hubungan UkhwahFillah yang telah lama terjalin, tetapi anggaplah ia sebagai salahsatu ujian persahabatn kita selama ini..tidak sesekali saya menganggap ia sebagai pemutus silaturrahim antara kita...bukan, bukan itu yang saya maksudkan.kita masih berkawan dan harapnya hubungan persaudaraan itu masih mekar seperti sedia kala... Semoga selepas ini tiada lagi yang berasa hati, berendam perasaan, tidak puas hati dan sebagainya..biarlah semua itu pergi dibawa angin lalu...dan kenangan itu akan akan saya titipkan didalam diari tinta persinggahan yang berada disisi ini....semoga berbahagia selalu teman-teman ku...

salam perjuangan...".')

03 Februari 2010

Kedatangan Tok Guru Nik Abd Aziz Memberi Kekuatan Kepada Keluarga Kami.

Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi Umno dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

Sewaktu kes dibicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!

Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yang menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.

Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.

Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.


Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?

Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak. Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul Am PAS, YAB Menteri Besar Negeri Kelantan, Al-Fadhil Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pagi tadi – hadir bersama, menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.

Nurul Izzah Anuar.
copy blog Muslimeen united.blogspot