30 Disember 2010

SALAM TAHUN BARU 2011 / 1432H dari blog Persinggahanterakhir

Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi rasa kesyukuran dipulangkan kepada Allah SWT, Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Lautan selawat bersalut salam penuh kecintaan dipersembahkan buat Utusan-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW. Juga buat ahli keluarga baginda yang mulia, barisan sahabat baginda yang diredhai, seterusnya kepada para penyambung perjuangan Tauhid seluruhnya ila Yaumil Qiyaamah.

1 Januari 2010 sehinggalah ke tarikh hari ini, telah terlakar pelbagai kisah dan 1001 memori yang
Sudah pasti ada gembira, ada juga selingan kepahitan dan kedukaan. Alhamdulillah, Hijrah setiap hari bukan sahaja azam setahun sekali tetapi disusuli dengan usaha dan terus berusaha meskipun selalu tersadung dan sering pula jatuh tersungkur ke bumi :) diiringi dengan air mata
"Mana-mana hamba Ku yang melakukan maksiat, kemudian mereka bertaubat
maka akan Ku ampunkan dosanya, apabila dia mengulanginya dan bertaubat
maka akan Ku ampunkan dosanya,
apabila dia mengulanginya dan bertaubat
maka Ku ampunkan dosanya."
-hadith qudsi

Tiada yang sempurna melainkan Allah, kesempurnaan bukanlah milik insan tetapi berusaha untuk menyempurnakan kekurangan diri dengan memperbaiki diri ke arah kebaikan itulah yang perlu ditekankan. Biarpun bukan yang terbaik tetapi kita sudah berusaha melakukan yang terbaik, Insya Allah.

"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN."

Ku akan belajar dan terus belajar untuk menjadi manusia yang matang dan menjadi seorang muslim yang baik. Usaha dan terus berusaha untuk menjadi manusia yang matang dan muslim yang lebih baik..

Bila melihat warga emas berjalan berpimpinnan tangan, saya tersenyum kecil. Seronok! Bila anak-anak menginjak dewasa, ibu bapa berjalan berdua-duaan dan berpimpin tangan sambil berseloroh kecil dan pasangan ketawa kecil, tersenyum malu-malu. Sweet! Kasih sayang itu mewarnai hari-hari dan semakin hari sewajarnya semakin sayang dan semakin bertambah erat.


Sama seperti hubungan dengan al-Khaliq, semakin bertambah usia dari sehari ke sehari semakin bertambah erat hubungan dengan Dia. Semakin bertambah masa untuk meluangkan bersama si Dia, semakin banyak berfikir tentang mati dan semakin rindu untuk bertemu dengan Dia.

Ku cuba hayunkan kaki meredah seribu satu dugaan dan rintangan dihadapan,. kehidupan yang sementara mengajakku berfikir tentang hari-hari akhir kehidupan.. berapa banyakkah amalanku yang menjadi bekalan ku di sana nanti...? apakah aku telah bersedia ke arah itu..? wahai diri, sedarlah kerana ajal akan datang pada bila-bila masa....

Tiada ulasan: