15 November 2010

Sahabat, penawar HATIKU....


Setinggi rasa kesyukuran dipulangkan kepada Allah SWT, Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Lautan selawat bersalut salam penuh kecintaan dipersembahkan buat Utusan-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW. Juga buat ahli keluarga baginda yang mulia, barisan sahabat baginda yang diredhai, seterusnya kepada para penyambung perjuangan Tauhid seluruhnya ila Yaumil Qiyaamah.

Alhamdulillah, sekali lagi kita bersua diruangan ini mencuri masa disebalik kelapangan yang terluang. Walau sedikit keletihandengan kerja-kerja haria, ku gagahi jua qudrat melaksanakan tarian jari-jemari di atas keyboard yang sikit tuanya menyebabkan hentakan jemari perlu dikuatkan.

Erm, uniknya tarbiyyah dari Allah mendidik hati melaksanakan kewajipan sebagai hambaNYA. Terkadang kita bergembira, saat yang lain kita berduka.. Begitulah putaran hidup hambaNYA melalui setiap liku warna-warni kehidupan yang pahit manisnya tersirat makna yang begitu besar. Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Petang ini kelihatan dingin sejuk sekali, setelah hujan Rahmat turun mencurah-curah sejak pukul 4 petang tadi.. awan masih lagi kelihatan mendung membawa tompokan awan gelap menyebabkan alam persekitaranku seakan-akan sudah menjangkau waktu maghrib walaupun tika ini jam baru menunjukkan pukul 6 petang... aku termenung dan terus termenung.. fikiran bercelaru memikirkan berbagai perkara..

Teringat teman-teman lama yang lama tidak dihubungi,.. semenjak balik dari oversia dan pulang ke Malaysia..ramai kenalan lama yang kucuba hubungi kembali. tersa indah suasana menyelubungi hati dan perasaan sebagai teman dengan membuka cerita lama semasa belajar bersama.. teman seperjuanganku Azil, Irfan dan Bayu adalah temanku yang selalu bersama ketika susah dan senang semasa berada di Asrama D.Q. kini kami hampir lupa sesama sendiri kerana disebabkan komitmen dan kerja membuatkan kami terputus berita seketika...

temanku Iqin, yang masih lagi meneruskan pelajaran di IPIS, adalah teman kesayanganku satu ketika dahulu. perkenalan dilaman Frindster seterusnya kami bertemu buat pertama kali di pesta buku Antarabangsa K.Lumpur. dialah teman, dialah penyejuk hatiku ketika sedih dan gembira.. kini dia masih lagi meneruskan pengajiannya.. kudoakan semoga allah merahmatinya dan ditemukan jodoh yang terbaik buat dirinya..

Dhira, Ikram dan Huda tiga nama yang menjadi temanku ketika waktu terluang. sms adalah penghubung ukhwah kami ketika waktu lapang. walaupun hanya ber sms tetapi, bertemu muka tidak pernah sama sekali. kami hanya temas sms. mencadangkan sesuatu, mengeluarkan idea jika diminta, bertanya khabar dan sebagainya.. hubunganku dengan teman-teman semua seperti biasa.. kebarangkali kesibukan diri membuatkan hubungan itu terputus seketika...

Temanku adalah penawar hidupku tika ini.. merekalah cintaku setelah ALLAH, Rasul dan kedua ibu bapaku.. tanpa teman-teman siapalah diri ini yang hanya keseorangan meniti sebuah kehidupan yang masih jauh disana.. apalah daya keseorangan dalam mencapai sebuah kejayaan hidup dan menggapai kemenangan Islam..
"Hidup ibarat roda, terkadang kita dibawah
dan jua terkadang kita berada diatas"
Ku cuba fahami dan hayati ayat-ayat itu.. ye, hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah.. begitulah kehidupanku, terkadang gembira, terkadang kesedihan
hanya dikau sahabatku..yang selalu dihatiku...

Tiada ulasan: