25 Ogos 2010

santai sebentar....

Cinta Sufi adalah tajuk sebuah novel-'dragging' kepada Triologi NOvel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta-tiada kaitan dengan Episod Cinta sebelum ni.
walaupun belum menghabiskan keseluruhan bacaan.. tetapi, hati mula memahami sedikit demi sedikit suasana keadaan disekelilingnya..

Munculnya Cinta Sufi, ia mengubat rindu saya pada Laksamana Sunan. Watak-watak lain saya tidak berapa kisah sangat, tetapi Laksamana Sunan @ Saifuddin sangat memberi impak pada perasaan saya, selain banyak menegur diri saya secara tidak langsung. Selain Saifudin, saya pernah mengkagumi Tombiruo (Amirudin & Amarudin), Ryu Watanabe (Cintaku di Harajuku), Luqman (Satu Janji), Mikhail, dan Adam. Terkadang watak mereka tidak didatangkn secara Islamik keseluruhannya, tapi penulis -Ramlee Awang Murshid- berjaya membina watak itu sebagai seorang yang hebat dengan prinsip mengikut karekter masing-masing.

Saya mula meminati karya beliau sejak pertama kali mengkhatamkn novelnya yg bertajuk Tombiruo. saya kira novel itu adalah pilihan terakhir untk mengisi waktu bosan saya. Tapi lain pula jadinya bila saya mula menjejak novel-novelnya lain hasil karya beliau.

Apa yg saya sgt kagum, Ramli Awang Mursyid (ram) banyak membuat rujukan dari sumber-sumber ilmiah dalam setiap hasil karyanya. Saya kira tiada seorang pun penulis di Malaysia yang pernah berbuat demikian selain beliau. Novelnya tidak pernah sia2 untuk dibaca (ayat org puasa, =)))) -terlalu byk info, pengalaman, pengajaran, dan sudut berfikir. Saya bertambah kagum sebab RAM mampu menghasilkn sesebuah novel dalam masa yang singkat. kebarangkalian berkat doanya pada Ilahi. Sehingga kini dia telah menghasilkn 17 buah novel bersama alaf 21-. Ianya satu pencapaian yang sangat hebat!

Akhir kata (ayat skema karangan berbentuk surat tidak rasmi), saya juga sebenarnya berminat untuk menjadi penulis, tapi sekerat jalan, saya dah give up, camne tu ye??? setakat tulis kat blog sendiri, boleh ler... ^_^

Tiada ulasan: