26 Ogos 2010

Perjalanan Ramadhan ke-16...


Assalamualaikum...

salam Ramadhan dan salam rindu dariku buat teman-teman seperjuangan semua, doa dan harapan mudah-mudahan kalian sentiasa berada didalam rahmat dan maghfirahnya dibulan yang mulia lagi berkat ini..

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga atas nikmat yang telah diberikan pada diri ini..dua nikmat yang terbesar buat manusia iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. dua nikmat yang telah diberikan kepada ummat akhir zaman... dua nikmat yang jika tidak ada pada diri seseorang manusia itu, maka sesatlah ia selama-lamanya...

Usai solat subuh disurau tadi, aku meluangkan sedikit masa duduk dipangkin halaman rumah. kesejukan angin pagi perlahan mencengkam kulit tubuhku. aku Melihat langit membiru, mula memancarkan kecerahannya, tersusun. Aku tersenyum, hati merasa tenang, jiwa melapang. Syukur, Alhamdulillah, aku masih disini, di Ramadhan yang ke-16. Hijrah 1431. pertengahan ramadhan yang ku rasakan begitu cepat berlalu. bagaikan semalam baru bersua dengan bulan rahmat ini...

Jiwa ku kosong, tidak tahu apa yang sedang kufikirkan ketika ini. Alhamdulillah, tadarrusku sudah menjangkau ke juzu' 17.. ku cuba sedaya upayaku menghabiskannya sedikit demi sedikit selepas solat setiap solat fardhu InsyaAllah.. fikiran ku melayang lagi entah kemana.. waktu masih awal untukku bersiap ke tempat kerja. kerja yang memenatkan ketika dibulan puasa amat-amat menguji keimanan dan keteguhan diri. demi Islam dan demi keluarga tercinta InsyaAllah, akan ku lakukannya dengan sabar dan tabah....

Hari ini 16 Ramadhan. dan malam ini adalah malam ke-17 Ramadhan.. dalam sejarah islam, malam inilah berlakunya penurunan Al-Quran yang mulia. Kitab yang memberi petunjuk dan rahmat bagi seluruh ummat manusia. kitab yang menjadi wasiat Nabi Junjungan kita kepada manusia sehingga akhir zaman.. Malam ini juga tertulis berlakunya peperangan pertama dalam sejarah ummat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu perang Badar Al-Kubro. peperangan menentang kaum Musyrikin Makkah yang mana ketika ini jugalah kaum Muslimin mendapat kemenangan walaupun ketika itu bilangan mereka sedikit berbanding pihak musuh.

Hari beransur cerah ketika fikiranku melayang entah kemana. memikirkan berbagai perkara, angan-angan, kehendak hati, perasaan diri dan sebagainya. entahlah, entah apa yang kucari-cari katika ini. masih tidak memahami isi hati dan perasaan.. Ya Allah bantulah aku..Ya Allah, pinpinlah tanganku kepada hidayahmu. juga kepada teman-teman mohon bantulah aku.. bantulah aku..!!!tolong jangan biarkan diriku terkapai dilautan berseorangan.. aku mohon bantuan kalian semua...tolonglah aku..

Tiada ulasan: