11 Ogos 2010

Bermula pencarian Rahmat diawwalnya.....

Assalamualaikum,
salam sejahtera, salam ingatan dan salam yang teristimewa dari teratak persinggahanterakhir buat teman-teman yang tidak jemu-jemu bersama blog persinggahanterakhir ini. doa dariku semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kalian dimana jua kalian berada dan apa jua yang dilakukan...

Hari ini telah masuk 1 Ramadhan 1431H, maha suci Allah penaung langit dan bumi, maha berkuasa Allah atas segenap makhluk di seluruh alam, maha besar mu Ya Allah, atas anugerah yang tidak terhingga ini.. satu anugerah yang tidak ternilai bagi diri setiap orang-orang yang beriman.ianya satu rahmat bagi sang A'syi yang ingin dekat dan bertaubat padamu. Ya Rabbana! kini ia datang lagi padaku. datang dalam keadaan sarat dan penuh dengan rahmat, maghfirah serta keampunan untuk hamba-hambanya yang berdosa sepertiku. kusambut kedatangannya dengan tadahan sejuta syukur yang tidak terhingga buatmu Ya Rabbi,..

Panjang tadahan doaku dipagi yang barakah ini.. tanda kesykuran yang tidak terhingga pada yang maha pencipta. Alhamdulillah, bertemu kembali diriku pada bulan yang mulia ini. inilah harapan dan doa yang ku ulang-ulangi selepas usai solat fardu. bertemu dengan bulan Ramadhan yag mulia. bulan yang di awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan diakhirnya bebas dari api neraka.. padanya dibelenggu seluruh syaitan laknatullah yang selalu menggoda dan membawa manusia kelautan dosa..padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka..dan padanya juga terselit satu malam yang didalamnya menyamai seribu bulan..

Allah..., maha besar mu Ya Allah kerana masih memberi kesempatan pada diri ini untuk mengharungi bulan barakah dan istimewa ini..

Ku sedut udara pagi ini dengan penuh kesyukuran. fikiranku berputar ligat sambil sepasang mataku cuba menjamah lukisan alam yang terbentang luas dihadapan.. cahaya pagi 1 Ramadhan kian mencarakkan cahanya,. disinilah bermulanya awal ramadhan. apakah dia yang dikatakan diawalnya rahmat itu..??? adakah dengan kita membaca Al-Quran, bersedekah, meninggalkan yang haram, membuat baik kepada manusia serta perbanyakkan zikir, itu adalah rahmat bagi seorang insan..?? fikiranku cuba mencari jawapannya..ye, ketika inilah bermulanya rahmat untuk ku cari didalamnya.. rahmat, anugerah yang maha besar darinya.. amat rugi bagi manusia-manusia yang lalai dan meremehkan anugerah dan pahala yang telah Allah sediakan dibulan barakah ini.

YA Allah, Ya tuhanku,
aku datang dengan diri yang hina serta membawa hati yang kotor atas maksiat yang telah kulakukan,kumengharapkan bulan yang mulia ini menjadi gedung buatku membasuh serta membersihkan kembali diri yang hina ini dengan rahmat, maghfirah dan keampunan yang ada didalamnya...aku mohon padamu Yarabbi.. didiklah jiwaku menjadi insan yang bertaqwa, insan yang takut akan seksaanmu serta pimpinlah diriku kearah cintamu, wahai Rabbi,... Ya Rabb....

Tiada ulasan: