26 Julai 2010

Nisfu Sya'ban.. & Selamat Datang wahai bulan Barakah..!!


Segala puji-pujian baginya yang maha Agung Tuhan sekelian alam, selawat serta salam buat junjungan besar Nabi akhir zaman, sebaik-baik manusia yang diutuska olehnya..serta para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in serta seluruh pejuang agama Allah yang berusaha menegakkan agama yang suci ini...

salam sejahtera, buat sahabat-sahabat persinggahan yang sentiasa melayari dan menemani tulisan diblog ini. tanpa jemu memberi komen, nasihat, tunjuk ajar sentiasa memberi info serta ilmu kepada persinggahan dalam melayari batas-batas hari yang kian berpenghujungnya ini....

Pertamanya mohon maaf kerana lama tidak memperbaharui laman ini.. ye, alasan yang sama seperti yang lepas juga persinggahan lontarkan disini iaitu masa yang tidak begitu mengizinkan untuk persinggahan berkongsi ilmu bersama teman-teman diluar sana...

teman-temanku..!!
Hari ini 14 Sya'ban 1431H, Alhamdulillah..syukur ku kehadratnya kerana masih lagi diberikan ku rezeki umur untuk menyelami kembali bulan yang mulia ini..bulan Sya'ban antara bulan-bulan yang mulia sebagaimana disebutkan didalam banyak hadis Rasul s.a.w.. antaranya,

"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. didalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan dibulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan didalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakie, ditutupkan Allah keaibannya dihari kiamat dan diwajibkan syurga baginya."

Berkata Siti Aisyah r.a,
"bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban."

Sahabat-sahabatku..!!
pernah ku terbaca sebuah buku yang bertajuk "hari-hari mendatang" karangan Abdul Malik Assyafi. ku cuba kongsikan bersama kalian bait-bait tulisan yang sempat ku ingati...

"Hari-hari terbahagi kepada tiga, iaitu semalam,hari ini & esok. Hari ini adalah amal, esok adalah angan-angan dan harapan, maka tidaklah di ketahui samada ia akan hidup pada esok atau tidak. Semalam sebagai nasihat dan iktibar. Maka hari ini adalah ibaratkan qhonimah (rampasan perang,perjuangan) dan esok adalah kebimbangan.

Begitu juga bulan terbahagi kepada tiga iaitu: Rejab, Syaaban dan Ramadan. Maka Rejab telah berlalu dan tidak akan kembali lagi pada tahun ini, Ramadan sedang menunggu, tetapi tidak di ketahui samada ia akan hidup sehingga bulan itu atau tidak. dan Syaaban adalah perantaraan antara bulan Rejab dan Ramadan maka hendaklah merebut peluang untuk berlaku taat di dalam bulan ini...

Temanku,..
Ramadhan akan menyusul tidak berapa lama lagi..apakah persiapan dan persediaan kita untuk menyambut bulan yang mulia ini..? apakah kita telah bersedia memasuki bulan yang didalamnya penuh dengan Rahmat, Maghfirah dan beroleh kebebasan dari api neraka ini..??? tepuklah dada..tanyalah iman kalian..!! ku mengharap kasihmu tuhan... mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan ku seorang yang dekat dengannya.. akan ku selami bulan itu sebaik-baiknya... moga-moga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam ku menempuh liku-liku hidup yang mendatang...InsyaAllah...

2 ulasan:

Nur Mohamed berkata...

syukran, perkongsian yg sgt bermakna.

PersinggahanTerakhir berkata...

Afwan ukht, moga beroleh manfaat ats perkongsian ilmu ini...terima kasih sudi jln2 di teratak persinggahn..