20 April 2010

Rencana - HIBURAN TERLAMPAU


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, hari ini berpeluang, untuk menulis serangkap dua rangkap perkataan di sini, di samping kesibukan yang begitu mencengkam akan tetapi digagahi juga untuk menulis di sini bagi tidak mengelakkan blog ini sunyi tanpa tulisan

Hari ini, hari Khamis, esok dah hari jumaat, begitulah kita manusia, membilang hari, tidak sedar kita ini semakin hari semakin bertambah umur kita.

Dengan kadar tidak kesedaran itulah, yang menyebabkan kita terlalai, daripada melakukan tanggungjawab kita kepada Agama, kita mudah terleka dengan tipu daya dunia yang mana mencengkam kepada setiap mereka yang menyukai akan keindahan dunia yang sementara.

Benarlah ada sahabat mengatakan, "dunia ini diperhiaskan oleh syaitan, yang mana syaitan sentiasa memperindahkan pandangan, walaupun pandangan itu tiada suatu pun berharga di sisi Allah swt di akhirat kelak".

Kita di tipu dengan keindahan dunia yang amat sementara ini, akan tetapi, apabila kita sentiasa mengingatkan bahawa "semua benda di atas bumi ini akan mati, kecuali Allah swt" kita pasti, pasti akan tidak terpedaya.

Itulah mengapa, belia sekarang kebanyak rosak binasa, saya lebih suka mengambil satu contoh, satu ketika polis di daerah saya memanggil para imam dan para penghulu untuk berkumpul untuk berbincangkan masalah sosial yang ada di sekitar daerah.

Lantas Ketua Polis Daerah mengatakan bahawa aktiviti minum arak, dadah, kecurian, penjudian dan lain-lain lagi makin meningkat, dengan terus berkata " saya tidak sangka Kelantan mempunyai rekod yang hampir sama dengan negeri-negeri lain, kalau begitu apa bezanya pemerintahan ulama’ dengan yang lain."

Seterusnya berkata "Nasib baiklah Kelantan ini tiada pusat pejudian, kelab-kelab malam, kalau ada semua itu mungkin akan bertambah berlipat kali ganda lagi"

Hati saya mengeluh, apakah Ketua Polis tidak nampak apa yang sebenarnya berlaku, di Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk membendung gejala sosial supaya tidak berlaku, itulah sebabnya di haramkan konsert-konsert yang boleh membawa ke arah kerosakan, pusat-pusat judi, kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut, inilah hanya tindakan yang mampu dalam bidang kuasa sesebuah Kerajaan Negeri.

Apakah ini semua dapat menyekat semua gejala sosial yang berlaku sekarang ini tanpa kerjasama dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan berusaha untuk menyekat hiburan terlampau, akan tetapi Kerajaan Pusat menggalakan hiburan dengan siarkan hiburan-hiburan terlampau di tv, radio, majalah-majalah dan media massa yang lain tanpa ada penapisan yang kuat

Kerajaan Negeri berusaha untuk membentuk remaja supaya menjadi remaja yang baik akan tetapi Kerajaan Pusat menghancurkan kembali usaha-usaha murni tersebut dengan menggalakan hiburan terlampau.

Apakah Kerajaan Negeri harus dipersalahkan seratus peratus akan hal ini?

Anda sendiri boleh menjawabnya, kerana masing-masing mempunyai akal, biarlah akal di asah dengan perkara-perkara sebegini untuk mendatangkan kematangan buat kita.

Tiada ulasan: