29 April 2010

Bicara Hati...seorang DA'IE


Bismillahirrahmanirroheem..Segala puja puji bt Khaliqul 'alam yg Maha Baik, pemilik cinta di atas segala cinta,segala-galanya buat hamba. Assolatu wassalam 'ala Rahmatan lil'alameen, Rasulullah saw..Selawat dan salam kerinduan buat baginda yg berjuang habis-habisan demi memastikan generasi ummah mengenali siapa sebenarnya Pencipta dan memperkenalkan syari'atNYA yg suci.
Berdiam sebentar di rimba persembunyian. Menyelusuri perjalanan hati dan jiwa. Buat mereka yang sudi menziarahi blog ini, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. tanpa jasad dan usaha, apalah daya seorang hamba untuk menitipkan sesuatu disini....

Usah diharapkan ilmu yg ingin mendidik disini kerana kupasan budak yg sering tersasar ini mencacatkan ilmu mutlak...

Usah dicari permata hikmah di sini kerana MAZMUMAH masih menguasai diri dan hati
Usah diharap canaian minda yg tepat di sini, kerana khianat hati sering mencalar taat.
Usah dicita pengisian bermakna, kerana hubungan hamba ini tidak terjaga sebaiknya, rapuh
komitmennya dgn Tuhan, juga dengan yg mulia khatimah segala anbiya' Rasulullah saw, juga dengan si dia, lentera timur di akhir zaman.

Saya hanya berkongi apa yang ada di salah satu wadah yg tersedia. Cuba mencari saham untuk akhirat. Cuba mencari keselamatan. Bukan kerana syurga, tp keampunan dan redha. Bukan kerana neraka, tapi takutkan murkanya. Namun, semakin dalam perjalanan, hanya sesalan ditemui. Ia hanya membawa kerosakan. Mengetuk huruf demi huruf, hanya menambah ingkar.

Nyata setiap perjalanan perlu pimpinan. Zahir dan batin perlu disuluh agar lariannya tak tersasar. Tapi, mencari mursyid ibarat mencari belerang merah. Meniti sang pendeta hati bukan mudah. Sukar dan payah. Ada yang bertanya mengapa penjelasan tanpa spesifikasi. Perubahan terjadi kerana pimpinan. Bukan mudah menjelaskan tanpa pelayaran. Beruntung bagi yang telah bersamanya. Usah menolak kebenaran yg kini menunjuk bukti.

Mengharapkan cinta, rindu dan takut yang solid sangat menekan diri. Menyubur rasa kehambaan dan berTuhankan Allah, bukan mudah tanpa murobbi. Masih tak mampu mengusir dunia dalam pengharapan sinar. Serius yg kadang kala jauh, kadang dekat dekat menjerat hati. Ada pengkhianatan dalam ketaatan yg diberi. Menuntut ikhlas bagai siatan duri dari daging. Kiri dan kanan mengasak keyakinan. Depan dan belakang melapah kekuatan. Memandang diri di cermin hati mengundang benci dan mati. Tepat. Benci dan mati. Bagaimana ingin mengharap daulah sedangkan untuk menjadi komuniti sahaja tidak layak?

Ku persembahkan ketaatan demiMU. Walau cacat serba serbi, walau zahir dirantai tirani. Walau batin dijerat duniawi. Walau nafsu sering menawan diri. Walau bisikan mengajak pergi. Kerana hati masih mengharap dan terus mengharap pemimpin hati. Menyerah untuk dipimpin kerana sedar bukan mudah memenuhi janji yg telah terpateri di hari terciptanya diri.

Usah dinafi sebuah kebenaran yg kini merubah watak alam. Siratan bicara cuma buat diri Hilang wujudku, nyatalah wujudMU.

Umumnya menutup rahsia. Sedetik disingkap bagi pencari makna.
Hamba hina yang mengharap kebangkitan Islam kali kedua

1 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.