15 Mac 2010

Semoga Allah Mencucuri Roh atok...

Assalamualaikum,
Dan salam sejahtera buat teman seperjuangan yang dikasihi… Alhamdulillah, setinggi kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah yang maha pencipta segala makhluk diatas muka bumi yang maha luas ini…dialah yang maha kuasa, dialah yang maha pencipta, dialah yang satu dan tiada tuhan selainnya…
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, para tabi’in, para tabi’ tabi’in, juga para pejuang yang sentiasa berusaha menegakkan kembali agama Allah s.w.t. diatas muka ini…

Sahabat-sahabat yang disayangi,
Agak lama juga rasanya saya menyepi dari arena penulisan diblog persinggahan ini, menyepi tanpa khabar berita bukan bererti malas dan bosan untuk menulis, bukan juga tiada idea untuk mencoretkan sesuatu disini.. tetapi dalam masa penyepian saya ini, banyak perkara yang berlaku serta melibatkan sama diri ini… saya akan cuba kongsi bersama teman-teman, kehidupan saya dari dari awal mac yang lalu sehngga kini.saya selak kembali titipan diari unggu yang sentiasa disisi..


1hb mac- atokku dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah kerana kompilasi buah pinggang dan darah kotor didalam badan..atok ditahan wad hampir seminggu, perutnya ditebuk untuk membersihkan buah pinggangnya. aku dan abang-abanglah bergilir menjaga atok selama keberadaannya dihospital…beberapa puluh kampit air dimasukkan kedalam perutnya untuk membersihkan darah dan buah pinggangnya…atok sedaya upaya menahan sakit…aku sedih tengok atok

7hb mac- pelancaran unit amal kawasan jempol. aku terlibat sama dalam menjayakan majlis ini. Merancang berbagai perkara 2 minggu sebelumnya membuatkan pelancaran ini berjalan dengan lancar, Alhamdulillah..pelancaran berakhir pukul 1.00 petang. Pada hari itu juga datuk keluar hospital.

8hb mac- menghadiri taklimat isu-isu semasa peringkat negeri dan kawasan anjuran pemuda negeri di seremban. Atas kapasiti wakil pemuda kawasan. aku hadir kemajlis itu.


10hb mac
2.00 pagi
- atok mengalami sesak nafas yang teruk... aku dan abah membawa atok ke hospital ketika itu juga. Selepas beberapa hari keluar hospital kerana kompilasi buah pinggang,.atok ditahan wad sekali lagi kerana darahnya kembali kotor dan saluran pernafasannya tersekat..doktor mengsyorkan perutnya ditembuk sekali lagi…

11.00 pagi- bapa sedara datang kehospital atas permintaan doktor kerana inginkan persetujuan waris yang terdekat untuk menebuk perut atok bagi membersihkan darah dan membetulkan kembali saluran pernafasan yang tersumbat..selepas sain surat persetujuan, perut atok ditebuk dan air dimasukkan bagi mencuci darah yang kotor..aku Cuma dapat berdoa semoga Allah memberi kesabaran kepadanya..

1.00 ptg- along datang menemani datuk dihospital. Along cuba menjaga dan membantu datuk tika dia memerlukan bantuan.


3.15 ptg- along yang berada di hospital menalifon keluarga dirumah, menyatakan datok kritikal dan menyuruh kami sekeluarga datang segera ke hospital

3.30 ptg- along menalifon rumah sekali lagi dan menyatakan datuk sudah meninggal kembali kerahmatullah..aku lihat emak dan adik mula menangis berpelukan disisi talifon. Tak terasa air mataku mengalir mengenangkan suasana itu..aku dan abah sahaja ke hospital untuk menyelesaikan jenazah atok..



5.30 ptg- jenazah atok selamat sampai kerumah menaiki kereta jenazah hospital. Ku lihat emak dan adik masih lagi mengalirkan air mata. Aku cuba memahami perasaan mereka.

8.30 mlm- ramai datang kerumah untuk ziarah arwah atok dan ketika itu juga diadakan tahlil arwah.sedara mara semua sudah sampai..setelah diberitahu petang tadi.

bapa sedara (anak-anak atok) semua sudah berkumpul dan membacakan yasin serta menyedekahkan 30 juzu' Al-Quran pada malam itu juga

11mac

9.45 pagi- jenazah atok dimandi serta dikapankan

11.10 pagi- jenazah disembahyangkan dirumah sahaja. Diimamkan oleh angah

12.15 tgh- jenazah selamat dikebumikan Alhamdulillah…

Aku sentiasa berdoa semoga roh atok ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.. pengalaman dan kenangan bersama atok tidak akan kami sekeluarga lupakan..

Atok, maafkan saya jika ada salah dan silap semasa kita bersama..Ampun dan maaf jika ada terasa hati dan tersalah kata sehingga menyinggung perasaan atok..maafkan saya tok..maafkan saya...

13 & 14 mac- menghadiri kursus perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di bangunan tabung haji bahau..sekadar untuk persediaan ke gerbang perkahwinan ...semoga allah mempertemukan aku dengan insan yang memahami diri ini...Amin Ya Rabbal A'lamin...

Masa terus berlalu dengan pantas, aku masih tercari-cari dimanakah diri ku tika ini... bagaimanakah masa depan yang ku impi-impikan selama ini.....

Ya Allah, bantulah aku dalam mencari redhomu Ya Rabb.....

Tiada ulasan: