18 Februari 2010

Suatu Muhasabah....

Assalamualaikum Warahmatullah...
Segala puji-pujian kepada Tuhan sekalian alam yang mengizinkan pertemuan ini,Selawat dan salam untuk Rasul junjungan,kekasih abadi,seluruh Ahli keluarga Baginda,dan para sahabat pendokong tinta Ilahi...

Sahabatku yang disayangi...
Pertemuan kita membawa seribu erti.Kita bersama meneroka persada hidup sambil mencari identiti sendiri.Bersama segenggam impian tanpa menjeling erti putus asa kita langkah menempuh roda-roda kehidupan dengan penuh keyakinan serta bertemankan tekad inginkan kecemerlangan.Segala onak duri tabah kita hadapi.Apa saja dugaan dan rintangan kejerihan tiada dihiraukan.Titisan keringat membawa pesanan,dan kemahuan jua diturutkan.

Sahabatku seagama....
Hidup ini penuh dengan ujian.Oleh itu dalam menjalani hidup di dunia yang fana ini,peliharalah akidah dan peganganmu bagaikan kau menjaga dirimu sendiri.Sesungguhnya arus kehidupan yang perlu kita hadapi bisa menghanyutkan kita kiranya tidak ada pegangan yang kuat.Terlalu ramai musuh-musuh yang ingin menjatuhkan kita.
Oleh yang demekian kehidupan kita perlulah kukuh di bumi yang penuh dengan alunan dan gelombang kemusnahan ini.Perancangan musuh-musuh Islam terlalu teliti untuk kita perangi dengan kekuatan,hanya ilmu dan iman yang dibekalkan di dada dapat mengatasi kelemahan yang ada.Kalimatul haq perlu kita pertahankan bagi meneruskan perjuangan Rasul junjungan kita.

Sahabatku yang amat ku kasihi...
Hidup ini seperti mimpi yang tersusun indah dan mengkhayalkan.Ia bergerak tanpa di atur untuk melihat kehidupan dan marasai kesempurnaan.Semuanya tidak pernah ada janji kerana ia adalah pasti.Bila tiba saat sedar yang tinggal hanyalah serpihan dari seluruh perjalanan yang pedih dan pilu.

Sesungguhnya kita perlu ketahui kehidupan ini amat rumit untuk dijalani seorang diri.Apabila kita berhadapan dengan segala dugaan,pastinya naluri kita inginkan temapt untuk mengadu.Kita amat memerlukan seorang sahabat untk membantu kita menghadapi dugaan dan cabaran yang berkunjung tanpa dipinta.Kita harus tahu bahawa sedikit kesilapan yang kita lakukan sekarang akan membangkitkan kekesalan berulang kali,itulah ukuran menilai sebuah harga diri.

Sahabat,kudoakan agar kau dan aku serta Umat Islam seluruhnya diberi kekuatan untuk bermujahadah menempuh dunia ini.Jangan kerana kita MARUAH Islam tercemar..salam ukhwah fillah selamanya...
Dari sahabatmu yang jauh....


Tiada ulasan: