27 Februari 2010

SALAM MAULIDURRASUL DARI PERSINGGAHAN...


Allahumma Solli A'la Saiyidina Muhammad Wa'ala alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim....

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta para sahabatnya..mmudah-mudahan kita termasuk dikalangan ummatnya yang mendapat syafaat di hari akhirat nanti Amin Ya Rabbal A'lamin...

Assalamualaikum,
dan salam sejahtera buat teman-teman yang dirahmati Allah.didoakan semoga sentiasa berada dalam rahmat dan maghfirahnya selalu...InsyaAllah. lama tak bertanya khbar buat teman-teman persinggahan di blog ini.. kita faham dan mengerti akan tugas kita sebagai manusia, muslim dan seterusnya sebagai hamba Allah diatas muka bumi ini..

Sempena bulan kelahiran Rasul Junjungan kita pada tahun ini.. persinggahan ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W. 1431H

kepada teman-teman persinggahan yang sentiasa melayari blog persinggahan tanpa jemu tika kelapangan..syukran kathiran buat kalian.mudah-mudahan segala ilmu dan manfaat diblog ini dapat kita kongsi bersama dan kita amalkan buat pedoman untuk mencari redho Allah diatas muka bumi ini InsyaAllah...

Ambillah pengajaran dan i'tibar sepanjang karier nabi dari lahirnya kedunia ini sehingga ke akhir hayatnya..kerana disana akan mengajar kita bagaimana erti keperitan hidup, kesabaran, keikhlasan dalam perjuangan dan da'wah dalam perjalanan kehidupan kita sebagai da'ie..

Perbanyakkanlah selawat keatasnya kerana nabi s.a.w. pernah bersabda..:

"Barangsiapa yang berselawat keatasku satu selawat,
Allah akan berselawat keatasnya sepuluh selawat"

Firman Allah Allah s.w.t. :

"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah keatasnya
(Rasulullah) dan mengucap salamlah dengan sebenar-benarnya"

Akhir kalam buat teman-temanku..sambutlah huluran salam UkhwahFillah dari saya buat kalian semua.. Ukhwah kita bukan setakat disini sahaja..bahkan hingga keakhir hayat...peringatan, teguran dan nasihat dari teman semua amat-amat diperlukan..kerana ia salah satu panduan untuk diri ini menilai sejauh mana kesabaran dan keikhlasan dalam perjuangan ini...

salam dari saya...
PersinggahanTerakhir...

Tiada ulasan: