13 Januari 2010

WAJAH SIAPAKAH ITU DI DALAM ISTIKHARAHKU.....???

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga atas ni'mat yang telah diberikan oleh Allah pada diri ini..Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa Islam keseluruh alam. Mudah-mudahan diri ini akan menjadi sebahagian ummatmu bagi memartabatkan Islam dimata dunia InsyaAllah...

Hari ini kuluangkan sedikit masa untuk mengupdate blog persinggahan ini. walaupun masa seharianku banyak dihabiskan di Nadhrah Thaqafah Ent. InsyaAllah akan kugunakan sedikit masa yang ada ini untuk berkongsi sedikit sebanyak hal ehwal kehidupan seharianku kini.

Hari-hari berlalu tanpa ada berita yang menarik tentang diriku. aku masih disini, mencari sesuap rezeki untuk meneruskan kehidupan...selepas abangku mendirikan rumahtangga lebih kurang 3 minggu lalu, rumah dikampung kembali sunyi dari keriuhan sanak saudara..tidak seperti cuti akhir persekolahan yang lalu, semua berkumpul dikampung, dan suasana ceria itu masih lagi terngiang-ngiang ditelinga ini...tetapi kini, kepada anak-anak saudara dan anak -anak buahku yang masih bersekolah, mereka telah meneruskan pembelajaran mereka setelah sesi persekolahan bermula awal bulan ini..dan yang bekerja pula meneruskan kerja mereka seperti biasa termasuklah diriku ini..
Selepas abangku berkahwin, kini tinggal aku dan adik sahaja yang masih berbaki didalam keluarga..tinggal bersama emak dan ayah dirumah.membantu dan menjaga mereka seperti anak-anak lain yang masih belum berkeluarga.kadang-kadang kufikirkan juga tentang perjalanan hidupku akan datang...umurku semakin meningkat.tetapi masih belum menjumpai teman yang boleh mengisi kekosongan hati ini. Aku tidak pernah putus memohon doa pada yang maha esa. agar dipertemukan dengan teman hatiku. kuteruskan usahaku dengan solat Istikharah setiap malam agar dipermudahkan segala kehendak hati dan dipermudahkan segala kekusutan dan kemahuan diri...

Harapan yang terlalu tinggi kusematkan dalam setiap tadahan doaku pada yang maha esa.tiadalah sebaik pertolongan melainkan pada mu wahai Rabbi..kucuba ikhtiar dalam meneruskan permohonanku ini..hari demi hari ku sabar menunggu apakah jawapan dari Allah dari istikharahku selama ini.. dan Akhirnya.....

Alhamdulillah, maha sucimu Ya Allah, segala usaha, doa dan istikharahku selama ini diperlihatkan ..

Jelmaan wajah itu kulihat 2 malam lepas.selepas keinginan dan harapan itu betul-betul mengharapkan kepada petunjukmu. ku amat-amat bersyukur padamu Ya Rabbi atas pertemuan itu..Malam tadi wajah itu muncul kembali di dalam istikharahku... aku tidak mengenali wajah itu, bahkan seingatku tidak pernah sekali pun bertemunya atau sekadar berselisih dialam nyata ini... Ye, memang tidak kunafikan kejernihan wajah itu dengan diliputi sepasang pakaian putih seperti telekung solat, serta dihiasi dengan senyuman manisnya..Subhanallah, maha sucimu Ya Allah yang telah mendengar doaku selama ini. walaupun wajah itu tidak kukenali...

Tetapi kini ada beberapa perkara yang bermain difikiranku ..siapakah dia yang hadir beberapa kali didalam istikharahku selama ini..tidak pernah kutemui dialam nyata ini..adakah ini petunjuk darimu Ya Allah atas istikharahku selama ini, atau mainan syaitan semata didalam tidurku...

Astaghfirullah HalA'zim..Ya Allah lindungi aku dari syaitan yang direjam..lindungi aku dari segala kejahatan dan fitnah mereka Ya Allah...jika segala petunjuk itu darimu Ya Allah, maka permudahkan segalanya. akan ku susuri segala onak dan duri untuk menemuinya..semoga segala luahan hati ini didengari olehmu Ya Rabbal'Alamin.....

Tiada ulasan: