21 Januari 2010

DIRI TERUS BERMUHASABAH....

Selamanya…takkan pernah untuk aku berhenti, kan ku terus…terus…dan terus…. berharap! pada Dia Yang selayaknya ku berharap..hanya DIA! DIA…DIA…dan DIA lah ALLAH! padaNya ku meminta, padaNya ku mengadu, padaNya ku berserah! Dan padaNya jua ku kan kembali…

Tapi…layakkah aku pinta padaNya? Sedangkan aku kotor! Hina & Berdosa!

Pantaskah aku membuat pengaduan padaNya? Tentang dosa! Salah! Silap! Khilaf! Yang selalu ku ulang-ulang tanpa taubat yang pasti?

Benarkah segalanya telah kuserahkan padaNya? Bukankah puji dan puja manusia yang ku damba??? Bukahkah perhatian mereka yang kucari? Atau sekadar mencurah rasa untuk sekadar merasa lega??? pada siapa??? Bukankah pada mereka yang bergelar hamba??? Manusia biasa! Sejauh mana telah ku serah segala mala…hanya padaNya???

Ku katakan lagi padaNya ku kan kembali hanya padaNya…tapi? Sejauh mana kesanggupan aku untuk bertemu denganNya dalam keadaan diri yang berlumur noda? Sebanyak mana siap siaga aku dalam menghadapi kemurkaanNya? Sekuat mana untukku menanggung azab nerakaNya? Sedaya apa untukku menghindar titian siratul mustaqim yang lebih tajam daripada si mata pedang itu? Sepantas kilatkah? Sederas airkah? Atau tiada peluang tuk melangkah???

Ku tanyakan pada diri…tuk ku muhasabah diri! Kerana ku tahu amalku belum cukup sempurna untuk menghindar segala persoalan itu…

Kerna ku tahu…
Amalku untuk dunia melebihi amalku untuk akhirat…walhal dunia itu fana,sedang akhirat itu pasti kekal! Sedang bekal yang dicari didunia yang sementara itu tidak mampu menampung kehidupan akhirat yang pasti itu…


Amalku kepada ALLAH tak sebanyak keperluanku padaNya…sedangkan dalam tiap tadahan doa…bermacam2 dipinta walhal hanya dengan sekadar 2 rakaat solat, 3 atau 4...
Cukup dengan solat 5 waktu. tahajjud, hajat dan dhuha kemana..???


Kadang2 dengan 2 rakaat solat hajat…pelbagai hajat yang dipinta padaNya agar ditunaikan, mohon diperkenankan, dimakbulkan…kadang bila hajat termakbulkan…Alhamdulillah…sujud syukur dipersembahkan…sekadar bersyukur atas nikmat yang didambakan???

Sedang 24 jam kita bernafas dimukabumi Tuhan... Tentang oksigen…tentang air…tentang udara, tentang segala makhluk Tuhan yang tiada ternampak dek pancaindera mata, tentang itu pernahkah kita meminta pada Yang Maha Pencipta??? Dalam setiap pengakhiran atau awalan doa kita??? “Ya Allah, kurniakan aku udara, kurniakan aku oksigen untuk aku bernafas di muka bumiMu ini…” pernahkah begitu??? Pasti…Tiada pernah… sejauh mana kita menjadi hambaNya yang bersyukur??? Cuba..solat tahajjud 12 rakaat dan pinta padaNya..

” Ya ALLAH…ku mohon hanya REDHAMU!!!”

Tiada ulasan: