30 Disember 2010

SALAM TAHUN BARU 2011 / 1432H dari blog Persinggahanterakhir

Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi rasa kesyukuran dipulangkan kepada Allah SWT, Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Lautan selawat bersalut salam penuh kecintaan dipersembahkan buat Utusan-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW. Juga buat ahli keluarga baginda yang mulia, barisan sahabat baginda yang diredhai, seterusnya kepada para penyambung perjuangan Tauhid seluruhnya ila Yaumil Qiyaamah.

1 Januari 2010 sehinggalah ke tarikh hari ini, telah terlakar pelbagai kisah dan 1001 memori yang
Sudah pasti ada gembira, ada juga selingan kepahitan dan kedukaan. Alhamdulillah, Hijrah setiap hari bukan sahaja azam setahun sekali tetapi disusuli dengan usaha dan terus berusaha meskipun selalu tersadung dan sering pula jatuh tersungkur ke bumi :) diiringi dengan air mata
"Mana-mana hamba Ku yang melakukan maksiat, kemudian mereka bertaubat
maka akan Ku ampunkan dosanya, apabila dia mengulanginya dan bertaubat
maka akan Ku ampunkan dosanya,
apabila dia mengulanginya dan bertaubat
maka Ku ampunkan dosanya."
-hadith qudsi

Tiada yang sempurna melainkan Allah, kesempurnaan bukanlah milik insan tetapi berusaha untuk menyempurnakan kekurangan diri dengan memperbaiki diri ke arah kebaikan itulah yang perlu ditekankan. Biarpun bukan yang terbaik tetapi kita sudah berusaha melakukan yang terbaik, Insya Allah.

"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN."

Ku akan belajar dan terus belajar untuk menjadi manusia yang matang dan menjadi seorang muslim yang baik. Usaha dan terus berusaha untuk menjadi manusia yang matang dan muslim yang lebih baik..

Bila melihat warga emas berjalan berpimpinnan tangan, saya tersenyum kecil. Seronok! Bila anak-anak menginjak dewasa, ibu bapa berjalan berdua-duaan dan berpimpin tangan sambil berseloroh kecil dan pasangan ketawa kecil, tersenyum malu-malu. Sweet! Kasih sayang itu mewarnai hari-hari dan semakin hari sewajarnya semakin sayang dan semakin bertambah erat.


Sama seperti hubungan dengan al-Khaliq, semakin bertambah usia dari sehari ke sehari semakin bertambah erat hubungan dengan Dia. Semakin bertambah masa untuk meluangkan bersama si Dia, semakin banyak berfikir tentang mati dan semakin rindu untuk bertemu dengan Dia.

Ku cuba hayunkan kaki meredah seribu satu dugaan dan rintangan dihadapan,. kehidupan yang sementara mengajakku berfikir tentang hari-hari akhir kehidupan.. berapa banyakkah amalanku yang menjadi bekalan ku di sana nanti...? apakah aku telah bersedia ke arah itu..? wahai diri, sedarlah kerana ajal akan datang pada bila-bila masa....

perjalanan dan persinggahan...

Bismillahirrahmanirroheem..

Segala puja puji buat Khaliqul 'alam yg Maha Baik, pemilik cinta di atas segala cinta,segala-galanya buat hamba. Assolatu wassalam 'ala Rahmatan lil'alameen, Rasulullah s.a.w...Selawat dan salam kerinduan buat baginda yg berjuang habis-habisan demi memastikan generasi ummah mengenali siapa sebenarnya Pencipta dan memperkenalkan syari'atNYA yg suci.

Berdiam sebentar di rimba persembunyian. Menyelusuri perjalanan hati dan jiwa. Buat mereka yang sudi menziarahi blog ini, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. tanpa jasad dan usaha, apalah daya seorang hamba untuk menitipkan sesuatu disini....
Usah diharapkan ilmu yg ingin mendidik disini kerana kupasan budak yg sering tersasar ini mencacatkan ilmu mutlak..

Usah dicari permata hikmah di sini kerana MAZMUMAH masih menguasai diri dan hati
Usah diharap canaian minda yg tepat di sini, kerana khianat hati sering mencalar taat.
Usah dicita pengisian bermakna, kerana hubungan hamba ini tidak terjaga sebaiknya, rapuh komitmennya dgn Tuhan, juga dengan yg mulia khatimah segala anbiya' Rasulullah s.a.w., juga dengan si dia, lentera timur di akhir zaman.

Saya hanya berkongsi apa yang ada di salah satu wadah yg tersedia. Cuba mencari saham untuk akhirat. Cuba mencari keselamatan. Bukan kerana syurga, tp keampunan dan redha. Bukan kerana neraka, tapi takutkan murkanya. Namun, semakin dalam perjalanan, hanya sesalan ditemui. Ia hanya membawa kerosakan. Mengetuk huruf demi huruf, hanya menambah ingkar.

Nyata setiap perjalanan perlu pimpinan. Zahir dan batin perlu disuluh agar lariannya tak tersasar. Tapi, mencari mursyid ibarat mencari belerang merah. Meniti sang pendeta hati bukan mudah. Sukar dan payah. Ada yang bertanya mengapa penjelasan tanpa spesifikasi. Perubahan terjadi kerana pimpinan. Bukan mudah menjelaskan tanpa pelayaran. Beruntung bagi yang telah bersamanya.

Usah menolak kebenaran yg kini menunjuk bukti. Mengharapkan cinta, rindu dan takut yang solid sangat menekan diri. Menyubur rasa kehambaan dan berTuhankan Allah, bukan mudah tanpa murobbi. Masih tak mampu mengusir dunia dalam pengharapan sinar. Serius yang kadang kala jauh, kadang dekat menjerat hati. Ada pengkhianatan dalam ketaatan yang diberi. Menuntut ikhlas bagai siatan duri dari daging. Kiri dan kanan mengasak keyakinan. Depan dan belakang melapah kekuatan. Memandang diri di cermin hati mengundang benci dan mati. Tepat. Benci dan mati. Bagaimana ingin mengharap daulah sedangkan untuk menjadi komuniti sahaja tidak layak?

Ku persembahkan ketaatan demiMU. Walau cacat serba serbi, walau zahir dirantai tirani. Walau batin dijerat duniawi. Walau nafsu sering menawan diri. Walau bisikan mengajak pergi. Kerana hati masih mengharap dan terus mengharap pemimpin hati. Menyerah untuk dipimpin kerana sedar bukan mudah memenuhi janji yang telah terpateri di hari terciptanya diri.

Usah dinafi sebuah kebenaran yg kini merubah watak alam.
Siratan bicara cuma buat diri Hilang wujudku, nyatalah wujudMU.
Umumnya menutup rahsia. Sedetik disingkap bagi pencari makna.
Hamba hina yang mengharap kebangkitan Islam kali keduahttp://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=08c788c191e82a8282c1abac6d2b1b3c&url=https%3A%2F%2Fblogger.googleusercontent.com%2Ftracker%2F7190195974455614473-4884588926853506222%3Fl%3Dpersinggahanterakhir.blogspot.com

06 Disember 2010

MANUSIA BERHADAPAN DGN 6 PERSIMPANGAN

Abu Bakar r.a. berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu supaya meninggalkan agama, jiwa mengajak ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat dan anggota tubuh mengajakmu untuk melakukan dosa.

Dan Tuhan mengajakmu masuk ke syurga serta mendapat keampunanNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud "… Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya …".
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan sesiapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperoleh semua kebaikan...Wallahualam..

lihatlah..bukan satu, bukan 2, bukan 3,tapi 6 persimpangan sekaligus insan2 di dunia ini berhadapan dengan rintangan yag ada pada diri..MasyaAllah..patutlah melawan hawa nafsu itu lebih jihad dari jihad fisabilillah..dan sepanjang perjalanan hidupku disini menyaksikan, Allah..!!! sungguh banyak sangat persimpangan dan rintangan yang datang menarik jiwa yang maha lemah ni.. iman senipis kulit bawang!

Realiti,mustahil manusia dapat lari dari persimpangan-persimpangan tersebut..yang membezakan cuma, dimohonkan pada Allah agar tidak terjerumus dalam salah satu persimpangan tu lama-lama..diri taknak hilang agama, diri taknak hilang akal, diri taknak hilang akhirat dan apatah lagi syurga..

Allahumma a'tini iimana la yartad..waa yaqeena laisa ba'dahu kufr..ya Allah,berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi depengaruhi kekufuran..Ameen..

p/s: akhirnya, diri setuju dengan pendapat penulis tersebut, persoalan cinta tuhan...itu sukar didefinisi,biar bermain dengan cinta manusia,itu pun sudah cukup hebat terasa=)

..namun sungguh,cinta Ilahi itu pasti menjanjikan bahagia yg hakiki..

Salam Ma'al Hijrah 1432H dari blog Persinggahanterakhir...


Assalamualaikum wrt wbt...

Selamat membuka tirai baru tahun 1432H..semoga tahun baru Islam kali ini memberi kekuatan dan kegemilangan kepada umat Islam seluruh dunia...semoga cahaya yang dicari-cari kan kunjung tiba... Amin Ya Rabbal A'lamin..

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:-

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.

Wallahualam..

p/s: new year resolution?...la tahzan..cukup2lah..=)

25 November 2010

Kubur diatas KUBAH MASJID NABAWI...

SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu
menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.




24 November 2010

~ Teramat Rindu ~


Salam kerinduan buat buat teman-teman seperjuangan, blog ku yang tercinta serta rakan-rakan seblog yang masih lagi meneruskan dakwah di arena pem'belog'an ini.. syabas wa mubarak buat kalian semua, moga masih kuat, tabah dan sabar untuk menjalankan sesi dakwah yang kian lama kian banyak agendanya.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana masih memberikan saya ilham walaupun hanya secuku rasa .. Pun begitu saya amat-amat bersyukur atas ni'matnya yang tidak terhingga ini...
Syukur yang tidak terhingga juga kerana saya seperti kalian yang masih dikurniakan perasaan.. Perasaan RINDU yang teramat pada teman-teman dan pada blog saya yang lama tidak disajikan dengan sebarang santapan.. Hari ini, saya rasa terpanggil untuk meluangkan sedikit masa membuang sesawang dan sedikit pengubahsuaian yang perlu pada belog ini
alhamdulillah.. alhamdulillah.. Terima kasih yang teramat buat TUHANku jua TUHAN sekelian alam..ALLAHURABBI.. saya tak tahu kenapa saya rasa seolah-olah nak keluarkan segalanya apa yang terpendam dilubuk hati ini.. ape yang terpendam sebenarnya ye.. ??? erm, apa2 ajelah..hehe.......
semenjak sebulan dua ni, banyak perkara yang saya hadapi dan lalui,, ade yang best,, ade yang sedih,, ade yang hepii,, ade yang sakit,, ade yang mcm-macam.. bak kat pihak penaja Astro... mcam2 ada.. Apa pun yang berlaku tu,, alhmdulillah segalanya berjalan dengan baik didalam aturan Allah.. walaupun terkadang diatas, dibawah, diatas semula, redho dan syukur, apa kehendaknya itulah tanda kasih sayang kita..
untuk titik permulaan ini dan sempena bulan November yang masih berbaki, cukuplah dahulu luahan rindu saya buat semua teman-teman, terutama pada blog saya yang tercinta ini.. :-) .. Pesanan saya untuk semua terutama dri saya yang masih terumbang-ambing ketika ini, tajdidkan niat agar sentiasa ikhlas dalam melakukan segalanya.. siapa pun kita @ dimanapun kita.. kita hanya insan biasa yang harus memperbaiki diri yang terlalu banyak kekurangan dan yang tiada kesempurnaan.. apa yang penting senyum selalu.. senyum penawar bagi segala kedukaan..
salam sayang dan salam rindu buat teman-teman yang sudi menziarahi blog persinggahanterakhir, serta memberi nasihat dan buah fikiran yang berguna buat diri saya. setakat ini dahulu dari saya.. semoga bertemu lagi dilain masa.

17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

SALAM AIDIL ADHA..
Buat semua teman-teman PersinggahanTerakhir..
kullu amr, wa'antum bialfi khair....
Firman Allah Subhanahu Wata'ala. :-

"Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan sangat mengingkari (tidak menghargai nikmat Allah). "

Ibrahim, ayat 34

15 November 2010

Sahabat, penawar HATIKU....


Setinggi rasa kesyukuran dipulangkan kepada Allah SWT, Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Lautan selawat bersalut salam penuh kecintaan dipersembahkan buat Utusan-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW. Juga buat ahli keluarga baginda yang mulia, barisan sahabat baginda yang diredhai, seterusnya kepada para penyambung perjuangan Tauhid seluruhnya ila Yaumil Qiyaamah.

Alhamdulillah, sekali lagi kita bersua diruangan ini mencuri masa disebalik kelapangan yang terluang. Walau sedikit keletihandengan kerja-kerja haria, ku gagahi jua qudrat melaksanakan tarian jari-jemari di atas keyboard yang sikit tuanya menyebabkan hentakan jemari perlu dikuatkan.

Erm, uniknya tarbiyyah dari Allah mendidik hati melaksanakan kewajipan sebagai hambaNYA. Terkadang kita bergembira, saat yang lain kita berduka.. Begitulah putaran hidup hambaNYA melalui setiap liku warna-warni kehidupan yang pahit manisnya tersirat makna yang begitu besar. Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Petang ini kelihatan dingin sejuk sekali, setelah hujan Rahmat turun mencurah-curah sejak pukul 4 petang tadi.. awan masih lagi kelihatan mendung membawa tompokan awan gelap menyebabkan alam persekitaranku seakan-akan sudah menjangkau waktu maghrib walaupun tika ini jam baru menunjukkan pukul 6 petang... aku termenung dan terus termenung.. fikiran bercelaru memikirkan berbagai perkara..

Teringat teman-teman lama yang lama tidak dihubungi,.. semenjak balik dari oversia dan pulang ke Malaysia..ramai kenalan lama yang kucuba hubungi kembali. tersa indah suasana menyelubungi hati dan perasaan sebagai teman dengan membuka cerita lama semasa belajar bersama.. teman seperjuanganku Azil, Irfan dan Bayu adalah temanku yang selalu bersama ketika susah dan senang semasa berada di Asrama D.Q. kini kami hampir lupa sesama sendiri kerana disebabkan komitmen dan kerja membuatkan kami terputus berita seketika...

temanku Iqin, yang masih lagi meneruskan pelajaran di IPIS, adalah teman kesayanganku satu ketika dahulu. perkenalan dilaman Frindster seterusnya kami bertemu buat pertama kali di pesta buku Antarabangsa K.Lumpur. dialah teman, dialah penyejuk hatiku ketika sedih dan gembira.. kini dia masih lagi meneruskan pengajiannya.. kudoakan semoga allah merahmatinya dan ditemukan jodoh yang terbaik buat dirinya..

Dhira, Ikram dan Huda tiga nama yang menjadi temanku ketika waktu terluang. sms adalah penghubung ukhwah kami ketika waktu lapang. walaupun hanya ber sms tetapi, bertemu muka tidak pernah sama sekali. kami hanya temas sms. mencadangkan sesuatu, mengeluarkan idea jika diminta, bertanya khabar dan sebagainya.. hubunganku dengan teman-teman semua seperti biasa.. kebarangkali kesibukan diri membuatkan hubungan itu terputus seketika...

Temanku adalah penawar hidupku tika ini.. merekalah cintaku setelah ALLAH, Rasul dan kedua ibu bapaku.. tanpa teman-teman siapalah diri ini yang hanya keseorangan meniti sebuah kehidupan yang masih jauh disana.. apalah daya keseorangan dalam mencapai sebuah kejayaan hidup dan menggapai kemenangan Islam..
"Hidup ibarat roda, terkadang kita dibawah
dan jua terkadang kita berada diatas"
Ku cuba fahami dan hayati ayat-ayat itu.. ye, hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah.. begitulah kehidupanku, terkadang gembira, terkadang kesedihan
hanya dikau sahabatku..yang selalu dihatiku...

25 Oktober 2010

Buat Zahrahku yang dikasihi....

Zahrahku…,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Zahrahku…,
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.

Zahrahku…,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu

“Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”.

Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Zahrahku...,
Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.

Zahrahku..,
Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama.

“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

20 Oktober 2010

TEmAn HiDup....DiMaNa JoDohKu??


Suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di sebuah lorong yang sangat panjang.. Mengembara mencari sebuah destinasi, namun semakin jauh kaki melangkah, destinasi yang ingin di tuju menjadi kian kabur.Kadang-kadang Ali terjatuh, kadang-kadang Ali tergelincir, kadang-kadang Ali tersesat, kadang-kadang Ali berlari, kadang-kadang Ali mendaki bukit, kadang-kadang Ali menuruni lembah.. Suatu pengembaraan yang sangat jauh.. Dan dia tidak tahu apa yang bakal menantinya di hadapan..
Hasbunallahuwanikmalwakil.. Bismillahitawakkaltualallah,
wala haula wala kuwwatailla billah..
Ketika sedang mengembara, Ali akhirnya tiba pada persinggahan pertama, di situ, Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang kelihatan muram. Ali singgah lalu memberanikan diri untuk bertanya..
"Saudara, kenapa saudara bersedih?" Ali bertanya. Suasana sepi seketika. Masing-masing diam melayani perasaan. Tiba-tiba lelaki itu menangis. Ali menjadi serba salah, dia ingin segera berlalu pergi. Belum sempat dia mengatur langkah, lelaki itu tiba-tiba bersuara..
"Suatu masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan kepaknya, indah sekali.." Lelaki itu mula bercerita, wajahnya yang suram sekejap tadi kelihatan berseri seketika, seolah-olah sedang menggambarkan keindahan rama-rama miliknya itu. Namun, sebaik sahaja selesai berkata-kata, wajahnya kembali suram.. Dia kembali murung.
"Sayangnya rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan sayapnya yang indah itu... dia menderita kesakitan kerana aku.. akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian..." Lelaki itu menyambung kata-katanya, di hujung ceritanya itu, dia menangis semahu-mahunya. Tangisan seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan. Beberapa minit menemani lelaki itu, Ali akhirnya meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..
Sampai di persinggahan ke dua, Ali melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.. angannya jauh entah ke mana. Ali berasa pelik lalu terdetik untuk bertanya. Ali menghampiri lelaki itu, beberapa ketika berbasa-basi, Ali kemudianya menanyakan hasrat hatinya, dia ingin tahu kenapa lelaki itu sedang duduk termenung..
"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa saudara duduk termenung sendirian di sini?. seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.." Ali mengajukan soalan.. Pemuda di hadapannya membalas renungan matanya. Lama dia membisu, namun akhirnya dia memulakan cerita..
"Ibu bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan kepada mereka. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau menoleh ke belakang.." Pemuda itu bersuara seakan-akan berbisik. Dia seolah-olah sudah tidak punyai semangat untuk meneruskan kata-katanya. Suasana sepi beberapa ketika. Kemudian pemuda itu kembali menyambung ceritanya..
"Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa.." begitulah cerita pemuda itu.. Ali mendengar penuh teliti. Terbit rasa simpati di hatinya.. Namun Ali juga tidak dapat berbuat apa-apa, nasi sudah menjadi bubur. Setelah bersalam-salaman, Ali sekali lagi meminta diri, perjalanannya harus di teruskan..
Ali meneruskan lagi perjalanannya.. tiba di satu persinggahan, Ali bertemu pula seorang lelaki yang kelihatan sedang mencari-cari sesuatu. Matanya melilau ke kanan ke kiri, ke depan dan ke belakang. Dia mencari sesuatu. Ali simpati lalu cuba menghampiri, manalah tahu sekiranya dia dapat menghulurkan bantuan..
"Abang cari apa?" Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki itu.
"Burung aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.." Lelaki itu menceritakan serba ringkas. Ali mengerti bahawa tiada apa yang dapat di bantu kerana burung itu sudah terbang jauh. Sebelum berlalu, Ali sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tabah mengharungi dugaan hidup. Lelaki itu sekadar menganggukan kepalanya,
namun tidak sempat beberapa minit kemudiannya, dia kembali mencari-cari burung kesayangannya itu. Ali benar-benar kasihan melihatnya. Namun perjalanan harus diteruskan.
Setelah beberapa ketika meneruskan perjalanan, Ali berasa penat dan ingin berhenti berehat. Di perhentian kali ini... Ali ternampak seorang lelaki sedang menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, lelaki itu menangis. Ali berasa pelik, sungguh jarang lelaki menangis, lelaki itu menangis pasti kerana ujiannya bukan sedikit.. Sekali lagi Ali menghampiri lelaki itu.. Mulanya, Ali tidak berani bersuara, takut mengeruhkan lagi suasana.. Ali sekadar membatukan diri, menanti masa yang sesuai untuk bertanya..
Namun belum sempat Ali bertanya, tiba-tiba lelaki di sebelahnya menyapanya..
"Kau pasti hairan melihat aku menangis bukan?" Lelaki itu memulakan kata-katanya. Ali sekadar menganggukan kepalanya.."Dahulu, aku dan wanita saling mencintai. Kami hidup bahagia bersama. Namun suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan tulang rusukku.." Kata-kata lelaki itu tersekat-sekat dan terhenti di situ..pipinya masih basah.
"Kata-kata aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak ketemui tulang rusuk masing-masing..malangnya, setelah bertemu semula, dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi.." begitulah kisah lelaki itu. Kisah yang benar-benar menyentuh hati. Ali juga turut merasa simpati.. Ali cuba memujuk sekadar temampu namun lelaki itu tetap juga hanyut di ombak duka. Tangisan penuh kekesalan.
Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.
Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita.
* * * * * * * * *
Aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti....

09 Oktober 2010

Temanku, Sabarlah Dengan Ujian Itu...!!!

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan bolehjadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-
Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."-
Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-
Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-
Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!"...
..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."-
Surah Yusuf ayat 12

**** **** **** **** **** **** **** **** **** **** **** ****
p/s: (senyum pada diri sndri..)
Nikmat Tuhan yang manakah
yang hendak kamu dustakan??
"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"
subhanaLLAH....
segala persoalan terjawab...
'maka mengapa kamu tidak berfikir?' -al-baqarah-



06 Oktober 2010

Antara tanda-tanda mati dlm keimanan ::..

tanda-tanda mati dalam keadaan husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata:

"Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya."
(Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur."
(Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah

Rasulullah bersabda, maksudnya:
"Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab:
"Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."
(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim."
(Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

28 September 2010

Renungan buat Para Mujahid Islam .....

Assalamualaikum,

Duduk sebentar bermuhasabah...

Ikhlaskan hatimu wahai insani ,
Dikala senyum ,
Dikala pilu ,

Ikhlas ?

Menghendaki keredhaan Allah dengan sesuatu amal , membersihkannya diri dari segala noda individual mahupun duniawi ,

Kenapa ?

Allah tidak akan menerima satu amal pun tanpa disertai dengan keikhlasan. Tanpa keikhlasan ini pula , suatu amal tidak akan diredhai di sisi Allah. Allah meredhai suatu amal salih secara langsung jika disertai dengan keikhlasan, terlepas dari syirik yang kecil mahupun besar, yang kelihatan mahupun yang tersembunyi. Dengan kata lain, mereka harus melepaskan kata hatinya yang beerti harus bergantung kepada Tuhannya. Dengan begitu Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan, memberinya keamanan sebagai ganti ketakutan, dan memberinya kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan.

Senang ke ?

Wahai Insani, janganlah kamu menyangka bahawa mewujudkan ikhlas itu pekerjaan yang mudah, bahawa ikhlas itu boleh diperolehi setiap hati yang menghendakinya, dan bahawa ikhlas itu boleh diperolehi dengan usaha yang sederhana tanpa harus bersusah payah.

Lalu Bagaimana ?

Ketahuilah ,

" Ikhlas itu adalah suatu rahsia antara Allah dan hambaNya , yang tidak diketahui malaikat sehingga Dia mencatatnya, tidak diketahui ayatnya sehingga Dia merosakkannya dan tidak pula diketahui hawa nafsu sehingga Dia memesongkannya "

( Syeikh Al - Junaid )

Disebut Al - Qusyairi dengan sanadnya dari Rabb yang Maha Mulia , Dia berfirman

" Ikhlas adalah satu rahsiaKu, Aku memasukkannya ke dalam hati orang yang Aku cintai dari hamba - hambaKu"

Bolehkah aku mengadu Ikhlas ?

" Mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah"
( Muslim )

" Ya Allah,
sesungguhnya kami berlindung kepadaMu
untuk tidak menyekutukan sesuatu yang kami ketahui
daripadaMu dan kami memohon
kepadaMu sesuatu yang kami tidak ketahui "

17 September 2010

Bingkisan Puasa Enam...Eid Mubarak

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaiku, buat sahabat seislamku...

Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan

Kini Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?

dengan tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita.

ye, puasa Enam...

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun

Jadi apa tunggu lagi teman-teman..jom mulakan dari sekarang kita sama-sama mengerjakannya. InsyaAllah tidak rugi melakukannya...A'laikum Barakatillah...

تقبل الله منا ومنكم


Bagaimana keadaanMU..

Mungkin hatimu bertanya...
keadaan yg bagaimana??

......Renunglah sejenak bait-bait dari diriku ini...

Seringkali hati memohon dan meminta...
meluahkan segalanya...
harapan silih berganti...
mengharapkn sesuatu kepada ILAHI...

Pernahkah dirimu bermonolog sendiri...
bertanyakan khabar
mgenai teman sejatimu..??

dikala gembira duka...DIA sentiasa bersama..
kekal selamanya buat hati
yg bersih dan suci...

perharapan demi pengharapan..sentiasa diharapkan oleh kita..
tapi dimana kita sebenarnya??

Pernahkah kita bertanya..??
adakah DIA sehat ketika kita gembira..??
atau sedih melihat kita sebenarnya..??

kesedihan dan kesehatanNYA..bukan seperti kita..
DIA teman yg paling HEBAT...
tiada siapa mampu mnandingiNYA...

DIAlah ALLAH...MAHA SEGALANYA..

........................................................................................................................

Wahai saudaraku sekelian...
diriku sekadar mahu berkongsi...bukan utk menunjuk diri...
maafkanlah jika kata-kataku ini menyakitkan hati...

Tiba-tiba hati ini ingin membuat catatan mengenai hal ini...
ketika duduk bermuhasabah diri...
terasa sungguh kelemahan ini...
Kita asyik sungguh berdoa mmohon kebahagiaan, tapi...
pernah atau tidak hatimu terlintas bertanyakan khabar ALLAH..

Adakah ALLAH terima diri selama ini...
nikmatnya kita belajar...banyak kita tulis...
duit pun sudah melimpah, semuanya dari mana???
yang pastinya...itu semua bakal ditanya kelak??
bersyukurkah kita ini..??
jagalah hati inie..supaya tidak menjadi hitam tanpa disedari..

Mungkin kita rase baik diri..tapi disisi ALLAH bagaimana??
YA ALLAH...byk perkara diri ini terleka..
terlalu sibuk dengan dunia...sampai timbul riak yang sering mejelma...
jauhilah sifat itu dari diri ini...Maafkanlah diriku...terhadap kecuaian ini...

YA ALLAH...adakah diriMU sentiasa bersamaku..??hambamu amat lemah...
diriku masih mencariMU...janganlah biarkan diriku leka..
hamba mengharapkan diriMU sentiasa sehat bersama hambamu ini...

TANYALAH SENTIASA KHABAR TEMANMU......

SAHABAT..
Andai hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah..
Andai ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta..
Andai ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga..
Andai antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera..

09 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H.. dari Tinta Persinggahan


Assalamualaikum....

salam Ramadhan Karim..salam kasih sayang dan salam selamanya buat teman-temanku semua. doaku semoga kalian berada dalam Rahmatnya sentiasa InsyaAllah.
Maaf, lama menyepikan diri disini..hampir 2 minggu rasanya tidak menitipkan sesuatu buat teman-teman yang dikasihi..bukan sengaja untuk menyepikan diri. tetapi masa begitu mencemburu buat diri dalam melaksanakan tugas seharian dan menulis dilaman Persinggahan ini.

Teman-temanku..,
Hari ini 30 Ramadhan 1431H, hari terakhir Ramadhan dalam tahun ini..berakhirnya Ramadhan, maka berakhirlah segala kenikmatan yang telah Allah berikan khusus buat manusia..berakhirlah segala Rahmat dan maghfirah yang dibuka seluas-luasnya buat manusia didalam bulan mulia ini.. Renunganku semakin jauh pagi ini..fikiran berkisar tentang diri sepanjang perjalanan Ramadhanku kali ini yang telah sampai ke penghujungnya.. Muhasabah dihari terakhir Ramadhan membawaku mengenal erti diri sebagai hamba Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang kepada sekelian makhluknya... pasrah atas segala yang menimpa, sabar melalui dugaan kehidupan dan cabaran diri kepada manusia adalah sesuatu yang lumrah dan mesti dilalui oleh semua...

Alhamdulillah.. hari ini telah sampai kepenghujung Ramadhan. doaku mudah-mudahan sepanjang sebulan perjalananku didalamnya dapat mengubah diri dan meningkatkan amalan di hari yang mendatang nanti.. Perjalanan masih jauh, 11 bulan yang mendatang mesti dilalui dengan apa cara sekali pun.. walaupun sakit dan menderita yang menimpa.. pasrah dan tabah mesti diterapkan dalam diri..doa dan tawakkal tidak dilupakan sama sekali..

Buat Diri..
tabahkan hati dalam menempuh onak dan duri kehidupan.. "kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang hanya dia" janganlah mengeluh atas apa yang telah menimpa dirimu, anggaplah itu hanya ujian darinya. Semakin berat dugaan yang menimpamu, semakin sayang Allah padamu...dengan syarat kamu sabar dan tabah dalam menerima ujian itu.. wahai diri, ingatlah.."sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita" dalam apa jua situasi..

Syukur padamu RABBI, atas kurniaan ini.. nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikan pada diri ini.. nikmat IMAN dan ISLAM adalah nikmat yang terbesar dalam kehidupan seluruh umat manusia..Maha sucimu Ya Allah atas kurniaan ini..syukur ku padamu Ya Allah...

26 Ogos 2010

Perjalanan Ramadhan ke-16...


Assalamualaikum...

salam Ramadhan dan salam rindu dariku buat teman-teman seperjuangan semua, doa dan harapan mudah-mudahan kalian sentiasa berada didalam rahmat dan maghfirahnya dibulan yang mulia lagi berkat ini..

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga atas nikmat yang telah diberikan pada diri ini..dua nikmat yang terbesar buat manusia iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. dua nikmat yang telah diberikan kepada ummat akhir zaman... dua nikmat yang jika tidak ada pada diri seseorang manusia itu, maka sesatlah ia selama-lamanya...

Usai solat subuh disurau tadi, aku meluangkan sedikit masa duduk dipangkin halaman rumah. kesejukan angin pagi perlahan mencengkam kulit tubuhku. aku Melihat langit membiru, mula memancarkan kecerahannya, tersusun. Aku tersenyum, hati merasa tenang, jiwa melapang. Syukur, Alhamdulillah, aku masih disini, di Ramadhan yang ke-16. Hijrah 1431. pertengahan ramadhan yang ku rasakan begitu cepat berlalu. bagaikan semalam baru bersua dengan bulan rahmat ini...

Jiwa ku kosong, tidak tahu apa yang sedang kufikirkan ketika ini. Alhamdulillah, tadarrusku sudah menjangkau ke juzu' 17.. ku cuba sedaya upayaku menghabiskannya sedikit demi sedikit selepas solat setiap solat fardhu InsyaAllah.. fikiran ku melayang lagi entah kemana.. waktu masih awal untukku bersiap ke tempat kerja. kerja yang memenatkan ketika dibulan puasa amat-amat menguji keimanan dan keteguhan diri. demi Islam dan demi keluarga tercinta InsyaAllah, akan ku lakukannya dengan sabar dan tabah....

Hari ini 16 Ramadhan. dan malam ini adalah malam ke-17 Ramadhan.. dalam sejarah islam, malam inilah berlakunya penurunan Al-Quran yang mulia. Kitab yang memberi petunjuk dan rahmat bagi seluruh ummat manusia. kitab yang menjadi wasiat Nabi Junjungan kita kepada manusia sehingga akhir zaman.. Malam ini juga tertulis berlakunya peperangan pertama dalam sejarah ummat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu perang Badar Al-Kubro. peperangan menentang kaum Musyrikin Makkah yang mana ketika ini jugalah kaum Muslimin mendapat kemenangan walaupun ketika itu bilangan mereka sedikit berbanding pihak musuh.

Hari beransur cerah ketika fikiranku melayang entah kemana. memikirkan berbagai perkara, angan-angan, kehendak hati, perasaan diri dan sebagainya. entahlah, entah apa yang kucari-cari katika ini. masih tidak memahami isi hati dan perasaan.. Ya Allah bantulah aku..Ya Allah, pinpinlah tanganku kepada hidayahmu. juga kepada teman-teman mohon bantulah aku.. bantulah aku..!!!tolong jangan biarkan diriku terkapai dilautan berseorangan.. aku mohon bantuan kalian semua...tolonglah aku..

25 Ogos 2010

santai sebentar....

Cinta Sufi adalah tajuk sebuah novel-'dragging' kepada Triologi NOvel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta-tiada kaitan dengan Episod Cinta sebelum ni.
walaupun belum menghabiskan keseluruhan bacaan.. tetapi, hati mula memahami sedikit demi sedikit suasana keadaan disekelilingnya..

Munculnya Cinta Sufi, ia mengubat rindu saya pada Laksamana Sunan. Watak-watak lain saya tidak berapa kisah sangat, tetapi Laksamana Sunan @ Saifuddin sangat memberi impak pada perasaan saya, selain banyak menegur diri saya secara tidak langsung. Selain Saifudin, saya pernah mengkagumi Tombiruo (Amirudin & Amarudin), Ryu Watanabe (Cintaku di Harajuku), Luqman (Satu Janji), Mikhail, dan Adam. Terkadang watak mereka tidak didatangkn secara Islamik keseluruhannya, tapi penulis -Ramlee Awang Murshid- berjaya membina watak itu sebagai seorang yang hebat dengan prinsip mengikut karekter masing-masing.

Saya mula meminati karya beliau sejak pertama kali mengkhatamkn novelnya yg bertajuk Tombiruo. saya kira novel itu adalah pilihan terakhir untk mengisi waktu bosan saya. Tapi lain pula jadinya bila saya mula menjejak novel-novelnya lain hasil karya beliau.

Apa yg saya sgt kagum, Ramli Awang Mursyid (ram) banyak membuat rujukan dari sumber-sumber ilmiah dalam setiap hasil karyanya. Saya kira tiada seorang pun penulis di Malaysia yang pernah berbuat demikian selain beliau. Novelnya tidak pernah sia2 untuk dibaca (ayat org puasa, =)))) -terlalu byk info, pengalaman, pengajaran, dan sudut berfikir. Saya bertambah kagum sebab RAM mampu menghasilkn sesebuah novel dalam masa yang singkat. kebarangkalian berkat doanya pada Ilahi. Sehingga kini dia telah menghasilkn 17 buah novel bersama alaf 21-. Ianya satu pencapaian yang sangat hebat!

Akhir kata (ayat skema karangan berbentuk surat tidak rasmi), saya juga sebenarnya berminat untuk menjadi penulis, tapi sekerat jalan, saya dah give up, camne tu ye??? setakat tulis kat blog sendiri, boleh ler... ^_^

21 Ogos 2010

Dia mati dalam Jamaah....

MALAM ini, ya sudah masuk sepuluh hari, Ramadan melangkaui jajahan. Jika ada yang belum perasan, sesungguhnya sudah suku bulan Ramadan meninggalkan rahmatnya. Tiada yang aneh sepanjang sepuluh hari ini kecuali cerita tentang kematian sebentar tadi:

Lewat telefon bimbit berbunyi, imam tua cepat-cepat menyongsong berita sebelum tengah hari bahawa ada jiran yang baru sahaja dijemput Ilahi. Bersungguh-sungguh imam tua memperkenalkan nama dan menceritakan rupa, namun sedikit pun tidak terimbas ke jemala. Sedang, rumahnya hanya langkau sebaris dua.

Lorong-lorong ke surau semakin sempit dengan deretan kereta pelbagai saiz. Surau kecil sudah dipenuhi ratusan, barangkali ribuan jemaah yang berkemeja dan berbaju batik, lelaki, wanita tidak terkira. Setiap kali melintas, wajah mereka jarang pernah mata menyapa pandang.

Tengah hari itu, jika surau boleh berkata, pastilah rungutan menjadi seloka. Surau kecil, tidak pernah penuh barang satu saf, kali ini kaki melangkah terpaksa beriring maaf. Ramadan hanya melimpahkan manusia di waktu malam, sedangkan tengah hari itu, jemaah melimpah hingga ke tanah! Dari mana datangnya begitu ramai manusia? Soalan itu tidak terjawab hingga sempurna solat zuhur berjemaah.

Solat jenazah dijanjikan usai solat zuhur. Benar seperti yang dijanji. Sekujur tubuh dibalut kemas kurus menanti. Dan sebak menyelirat di pembuluh darah dengan simpati. Walaupun jenazah tidak dikenali, namun hanya hati berdengung dengan selawat dan puji Ilahi, moga jenazah diselimut dengan rahmat yang tidak bertepi. Kasihan, tidak cukup untuk memujuk anak-anak kecil arwah yang disorong waris ke sisi.

Sebelum surau di tinggalkan sepi kembali, sempat saya bertanyakan tubuh-tubuh asing yang masih menghantar pandang meningkap van jenazah yang belum datang. Bimbang juga, jika yang datang malaikat atau jin utusan. Jawab seorang lelaki sambil memaniskan muka bahawa mereka bukanlah siapa-siapa hanya ahli jemaah. Dan arwah, sebelum meninggal adalah sebahagian daripada jemaah mereka. Kata saya, Syukur Tuhan, dia mati berjemaah!”