11 Disember 2009

Peringatan Buat Diri..jagalah Perangai & Akhlakmu

Assalamualaikum buat teman persinggahan yang disayangi…,

Salam ingatan yang berpanjangan dari saya buat kalian semua.lama juga rasanya tak menitipkan sesuatu bingkisan buat diri dikala ini.


Hari ini Jumaat 11 Dis 2009, kucuba gerakkan jari jemariku ini dipapan keybort laptop abangku.aku tak tahu apa yang ada didalam fikiranku tika ini.fikiranku kosong ,…entah apa yang akan kulakarkan di blogku ini…tetapi hati ini meronta-ronta ingin menitipkan sesuatu disini, dikala fikiran ku kosong dan hati tidak begitu megizinkan untuk meluahkan apa yang terbuku selama ini…

Hampir sebulan bekerja di Azhar Media, banyak ilmu pengalaman yang dapat kutimba.sesuatu yang berharga ini tidak akan kulupakan sampai bila-bila…Ukhwah yang terbina diantara aku dan teman-teman juga menjadikan sering berhati-hati bila bersama mereka…pengalaman satu ketika dahulu bersama teman-teman masih terbayang dimata…akan ku jadikannya sebagai salah satu pengalaman hidupku.

Hafiz.., teman yang sering membantuku dalam setiap kerja edit yang ku lakukan.hanya kami berdua lelaki dalam 5 orang wanita..sifatnya yang ramah dan berterus terang dalam percakapan, membuatkan hubungan kami ceria setiap hari.seorang yang bersemangat dalam melakukan kerja dan suka membantu teman-teman yang lain.

Kak Masah, seorang yang ramah dan ringan tangan dalam kerja-kerja yang dilakukan.tidak pernah menolak pelawaanku ketika memerlukan bantuan darinya.ku panggil kakak kerana ia lebih usia dariku.. sifatnya yang suka membantuku sering kulupakan ucapan syukran padanya..maafkan saya kak..

Kak Nuri..,seorang yang lembut diwajah, tegas dan bertanggungjawab dalam setiap kerjanya.walaupun setiap gurauannya selalu ditujukan padaku..kuterima dengan hati terbuka..kecerdikannya dalam penggunaan ayat Bahasa Arab, selalu menjadikan rujukanku tika ku inginkan bantuan darinya..

Kak Fizah.., kakak kepada Hafiz..seorang yang lembut keperibadian dan lembut tutur kata.tak hairanlah jika kukatakan, baginya mudah untuk mendapat teman kerana keperibadiannya…tak salah jika kukatakan dia terlalu sayangkan adiknya dan teman-temannya yang lain..sering membantu tika teman-teman memerlukan bantuannya…

Itulah dia teman-temanku di Azhar Media..teman yang selalu membantu dalam setiap gerak kerjaku disana…kadang-kadang kurenungi sifat, perangai dan ragam mereka disana..elok budi pekerti dan ramah, memang itulah lumrah akhlak seorang muslimah.tetapi ada juga yang tidak pandai menjaga mulut dan suka menyakiti hati orang lain…Cuma dapat kukatakan pada diri, dia bukanlah seorang wanita yang baik bagi seorang lelaki.

ye, memang benar apa yang selalu dikatakan. setiap pertemuan pastinya ada perpisahan.. perpisahan kita untuk sementara waktu.perpisahan yang membawa haluan kita semua kepada tujuan yang satu.. iaitu kehidupan yang perlu diteruskan dan perjuangan yang masih belum selesai…Salam Ukhwah Fillah buat teman-temanku..sambutlah salam perjuangan dariku.semoga diri kalian sentiasa dilindunginya selalu..Amin ya Rabbail A’lamin…

p/s : maaf atas coretan ini..sesungguhnya ia datang ikhlas dari hati sanubariku..
maaf jika ada yang terasa...

09 Disember 2009

INDAHNYA UKHWAHFILLAH.....

Kenangan Ukhwah Terindah....
Salam pertemuan...berkongsi kehebatan dan kemanisan ukhwah di kala ini...

masih terasa kehangatanya...sungguh manis ukhwah dalam perjuangan ini...sehingga tak terkata...

" UKHWAH TERBINA GENERASI PERKASA "

Ukhwah adalah ikatan persaudaraan.Tanpa ukhwah manusia terseksa. Ada ukhwah datangnya saudara. Dengan ukhwah kita semua berkenalan, memahami, berkongsi cerita suka dan duka, pahit dan manis serta mendapat ketenangan dan kegembiraan bersama.
Semakin tenang di pantai, tambah lagi dengan tiupan angin bayu pantai...nyaringan suara ombak...membina lagi kemanisan ukhwah yang ada serta memperkasakan tenaga gerak kerja di jalan ALLAH.

" SATU UKHWAH, SATU PERJUANGAN, SATU MATLAMAT "

Manisnya ukhwah yang tak ternilai ini. Betapa mahalnya ukhwah. Rugilah siapa yang tidak mahu pada ukhwah atau melepaskan peluang berukhwah.Rehlah ukhwah yang sangat memberi makna tentang manisnya sebuah ukhwah. Walaupun pahit diharungi untuk mendapat kemanisannya, namun ia tetap berharga.

Jumpa skali skala..berkumpul ramai-ramai...gema dan gempak gempita suasana...semua nak bercerita dan berkongsi cerita...tak cukup telinga nak mendengarnya...sikap berlapang dada, kesamarataan dan lebihkan sahabat di amalkan..semuanya jadi ok belaka...

Terima kasih dan bersyukur pada yang MEMBERI pada diri ini mengenali ukhwah yang mahal harganya dan tiada bandingannya.
gandinagn biru dan hijau kelembutan dan ketenangan sebuah ukhwah yang terbina

" Ya ALLAH Ya Tuhan ku, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar, penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawkkal kepada Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang Mu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama mu. "...Aamiiin...