02 Disember 2009

BINGKISAN DIRI BUAT EMAK DAN ABAH......

Alhamdulillah, Maha Suci Allah yang masih mengurniakan kita nikmat kesihatan serta masih lagi bernafas untuk kita menjalankan tugas kita sebagai khalifah.

Ya Allah,
Kau masih lagi memberi kesempatan pada diri ini untuk berbakti kepada insan yang bergelar ayah dan ibu...

Terkenang kembali masa zaman kecil2 dahulu..ibu bapa adalah segala2 buat kita. Sewaktu itu kita merasakan mereka adalah pelindung kita. Ibaratnya tanpa mereka, kita merasa tidak selamat walaupun hakikatnya Tuhan bersama kita. Pada masa inilah mereka menerapkan kepada kita pelbagai ilmu dan mengajar tentang kehidupan. Pada masa itu, kita sentiasa mengiyakan apa sahaja yang dituturkan oleh mereka.

Namun, apabila usia semakin menginjak dewasa..kita mempunyai acuan pemikiran kita sendiri. Namun segala acuan pemikiran ini adalah tempias kepada didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kita. Namun, dalam satu2 situasi kita kadangkala menemui rakan yang mempunyai ragam yang kurang menyenangkan. Dalam keadaan ini, kita tidak boleh menghukum ibu bapa mereka dengan mengatakan tidak pandai mendidik anak.

Kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Oleh itu sahabat, kita sepatutnya meletakkan diri kita sebaiknya dalam masyarakat..bukan untuk dipandang baik semata2 tetapi menjaga maruah ibu bapa kita disamping menjaga nama baik islam yang kita bawa. kadangkala kita lupa bahawa kita mencerminkan keluarga kita.

Katakanlah:


“Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar”. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya). (surah Al-An’am,6:151)

Ayat Allah sendiri telah menggariskan kepada umat islam supaya menghormati ibubapa serta berbakti kepada mereka. Sungguh mereka amat tinggi kedudukannya disisi Allah kerana jasanya kepada kita.

“Redha Allah terletak pada redha ibubapa”

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (surah Al Isra’,17:23)

Dan orang yang berkata kepada dua orang ibu bapanya: “Cis bagi kamu keduanya, apakah kamu keduanya memperingatkan kepadaku bahwa aku akan dibangkitkan, padahal sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumku? lalu kedua ibu bapaknya itu memohon pertolongan kepada Allah seraya mengatakan, “Celaka kamu, berimanlah! Sesungguhnya janji Allah adalah benar”. Lalu dia berkata: “Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang yang dahulu belaka”. (surah A-Ahqaaf,46:17)

Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan yang sentiasa patuh kepada ibu bapa dan bukanlah golongan yang melupai jasa2 mereka kepada kita. Walau sebanyak manapun wang kita laburkan untuk mereka takkan pernah mampu membeli kasih insan yang bernama IBU dan BAPA